Thursday, January 22, 2009

Apakah anda masih setia?

Ya...kita sudah hampir melangkah ke bulan Februari 2009, bagaimana dengan azam baru kita masing-masing? Apakah anda masih setia kepadanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Bagi saya, salah satu daripada azam baru saya ialah meluangkan masa secara tetap dan konsisten untuk membaca dan merenung Alkitab iaitu Firman Tuhan. Buat masa ini, Puji Tuhan kerana berkat rahmatNya, saya masih berada dilandasan yang baik. Belum pernah gagal untuk membuka Alkitab dan membacanya. Walau bagaimana pun ada juga beberapa sekali kerana gara-gara menonton "Live EPL" bolasepak saya hampir-hampir terlupa membacanya. Pengalaman ini menyedarkan saya betapa pentingnya melakukan apa yang terpenting dahulu. Kini, kalau ada "Live EPL" saya baca Alkitab dahulu sebelum duduk didepan TV.
Untuk peringatan bersama, tidak baik membaca Alkitab didepan TV yang sedang "ON"! Nanti itu mata sikit-sikit tingu atau menjeling pada TV. Jadi kasih "OFF" dulu itu TV baru baca Alkitab. Tapi, cara yang paling baik membaca Alkitab ialah dengan memilih tempat yang tidak ada gangguan seperti didalam bilik tidur atau di luar rumah. Tapi, hati-hati kalau membaca Alkitab di bawa pokok kelapa atau pokok durian! Bahaya nii....Tidak digalakkan. Maka dengan itu, pilihlah tempat yang baik dan sesuai bila mahu membaca dan merenung Alkitab. Dan seandainya ada Gereja yang berdekatan dengan rumah anda cuba-cubalah pakai Gereja.(Jangan takut orang cakap "Wah! Holy-holy sudah kau kan? ) Bah! Sama-samalah kita rajin-rajin bermesra-mesra dengan Alkitab, Firman Tuhan. Dan akhir sekali, apa juga azam baru anda, teruskan azam baru anda. Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Teruskan perjuangan yang baik dan mulia. Amin.