Thursday, October 22, 2009

Obat untuk hilangkan "Tension."

Kenapa si Ah Bian pergi tingu wayang bersama denga 18 org kawannya? Sebab, di bawah 18 tidak dibenarkan masuk!

(Why did Ah Bian go to a movie with his 18 friends?
Because below 18 not allowed! )

Si Ah Bian mau beli TV berwarna. Jadi dia pegi kedai lah.
Ah Bian: "Tokey, ada TV yang ada warnakah?
Tokey: "Ada!
Ah Bian:" Bah, kasi saya warna hijau ahh."

(Ah Bian wants to buy a TV set. He goes to a shop.
Ah Bian : "Tokey, Do you have color TV ?"
Tokey: "Yes !" Ah Bian : "Give me a green one, please.)

Nota: Bagus juga bah, baca buku atau tingu wayang yg bikin Ha ha ha/He he he....Biasanya selepas ketawa, "tension"(tekanan & kerisauan) hilang bah! Jadi, kalau susah-suah hati atau sedih, bah, pandai-pandailah menghibur hati. Tapi, jangan terlampau nanti, termasuk pula Hospital Bahagia @ Bukit Padang. He he he....

Sunday, October 18, 2009

Tidak ada Masa bah!

Biasanya orang memberi berbagai-bagai alasan bila tidak berjaya melakukan suatu kerja yang disuruh. Dan antara alasan yang biasa sekali diberi ialah, "Tidak ada Masa bah!" Misalnya boss tanya pekerjanya kenapa tak buat kerja yang disuruh. Jawapan: "Tidak ada Masa bah boss."; Demikian juga bila guru bertanya kepada murid, kenapa tak buat kerja rumah? Murid menjawap: " Sori...Tak ada masa bah cikgu." Begitu juga dengan anak-anak yang sibuk berkerja di bandar, bila ditanya kenapa tak sering balik ke kampung untuk bertemu dengan ibubapa. Alasan: "Tidak ada masa bah! Sibuk betul." Demikian juga bila umat yang jarang-jarang pergi sembayang. Alasan mereka,"Tidak ada Masa."
Betulkah alasan ini? Bila difikirkan secara mendalam alasan Tidak ada Masa adalah satu alasan yang tidak logik dan tidak masuk akal. Kerana kita sentiasa ada masa bah! Kita ada 24 jam didalam sehari. Jadi, pandai-pandailah kita mengatur masa dan membahagi-bahagikan masa mengikut kepentingan dan keutamaan sesuatu perkara atau hal.
Perkara yang penting sekali misalnya hal pergi sembayang dan bersembayang dirumah didahulukan dulu. Keutamaan harus diberikan kepada perkara ini terutama sekali didalam kehidupan kita setiap hari dan khasnya pada Hari Ahad. Selepas itu diikuti dengan perkar yang lain seperti Hal keluarga, kerja, membuat kerja-kerja rumah, anak, bil, hutang, pakaian, rumah dan sebagainya.
Mengatur masa adalah penting sekali didalam kehidupan kita. Sebab itu, buatlah perancangan bagaimana menggunakan masa yang ada sebaik yang mungkin. Jangan terlalu tumpuhkan kepada suatu perkara sahaja sehingga hal-hal yang lain diabaikan. Misalnya terlalu bekerja sehingga lupa sembayang. Atau terlalu keluar dan bersama-sama dengan kawan-kawan(Aramai Tii bah!) sehingga kurang masa untuk bersama dengan ahli-ahli keluarga sendiri. Atau seorang pelajar terlalu belajar sehingga hal berdoa ditinggalkan dan kesihatan badan diabaikan. Keadaan seperti ini boleh membawa padah dan kerugian kepada diri sendiri. Sebab itu Keseimbangan didalam mengatur masa haruslah ada.
Perkara yang penting mestilah dimasukkan didalam "Perkara Utama "yang penting yang mesti dilakukan setiap hari. Walau bagaimana pun perkara yang penting tidak semestinya diluangkan masa yang terlalu banyak. Misalnya hal berdoa. Penting sekali berdoa tapi tak perlulah berdoa berjam-jam setiap hari. Yang penting kita berdoa dan luangkan masa yang dianggap logik dan manasabah. Misalnya satu jam masa berdoa setiap hari.
Selain daripada itu ada perkara yang terpaksa kita luangkan masa yang lebih lama daripada berdoa. Kerana ini dah mengikut Peraturan berkerja. Jadi, Undang-undang ini haruslah kita hormati dan patuhi iaitu berkerja 8 jam sehari!
Apa yang penting didalam hal MASA ini ialah kita aturlah MASA kita dengan baik supaya perjalanan hidup kita lebih aman dan teratur. Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan didalam hal mengurus kehidupan kita setiap hari agar kita mempunyai ketenangan dan kebahagian didalam hidup.
Kalau kita atur MASA kita dengan baik maka, hidup kita tidak akan kelam-kabut dan tidak huru-hara. Sesungguhnya perancangan dan pembahagian MASA yang baik adalah penting sekali didalam hidup kita supaya boleh memastikan kita ada MASA untuk semua perkara. Maka dengan itu kita tidak payah lagi berdalih "Tidak ada Masa bah!"