Sunday, December 12, 2010

Jangan mulakan...

Jangan mulakan tabiat yang mungkin dianggap oleh orang lain sebagai sesuatu yang baik dan boleh membuat anda merasa "dewasa" dan "bebas". Tapi sebanarnya tabiat ini tidak ada apa-apa kebaikannya dan tidak ada gunanya. Meskipun org mempertahankannya sebagai sesuatu yang berguna untuk kasi panas-panas badan bila kesejukan. Atau sekurang-kurangnya untuk menhalau nyamuk-nyamuk. Memang ada juga logik alasan ini bagi mempertahankan tabiat "main asap-asap" ini. Walau bagaimana pun jika kita berpandangan jauh, merokok sebenarnya  hanya merosakkan kesihatan badan dijangka-masa yang panjang. Mungkin didalam lingkungan 10 tahun belum lagi terasa apa-apa. Tapi tungguhlah "hasilnya" apabila dah tua. Pasti perbagai masalah kesihatan akan timbul seperti tekanan darah tinggi, jantung rosak, kesesakan bernafas dan lain-lain lagi jenis penyakit yang ada kalitan dengan aksi merokok....Jestru itu, adalah baik dan bijak untuk tidak memulakan tabiat yang tak berfaedah ini. Jangan mulakan.....dan....kalau dah melakukannya, berhentilah demi kesihatan badan yang baik dan supaya wang  yang digunakankan untuk membeli rokok dapat digunakan untuk membeli barang-barang yang lebih berguna seperti beras, sayur, daging, dan sebagainya.

Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jangan mudah berputus ada. Jika anda mahu berhenti merokok, kuatkanlah hati dan semangat. Janga mudah mengalah kepada keinginan yang buruk dan merbahaya. Firiklah secar mendalam dan ambillah langkap untuk berhenti merokok agara hidup anda lebih aman, bahagia dan bebas dari rokok. Pilihlah cara hidup yang lebih baik. Yang pasti ialah merokok adalah tidak baik,  bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada sesama manusia. Sebab itu itu, pilihlah cara hidup yang lebih baik.

Sesungguhnya, Hidup tanpa rokok lebih baik daripada hidup dengan rokok. Jadi, pilih cara hidup yang baik dan sihat. Jangan merokok! Berhentilah merokok!


Friday, November 26, 2010

Saatnya akan tiba....

Sama ada kita mau atau tidak; sama ada kita bersedia atau tidak, saatnya akan tiba tanpa kita duga. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan apabila ianya terjadi maka segala-gala didalam hidup kita tinggalkan.
Pada saat itu, harta yang kita kumpulkan akan menjadi harta peninggalan yang bakal diwarisi oleh beberapa orang;
Pangkat dan kedudukan dunaiwai tidak berguna langsung...
Sama ada kita cantik atau hodoh; besar atau kecil, tinggi atau pendek.....semuanya tidak bermakna sama sekali.
Yang menjadi ukuran ialah iman kita kepada-Nya dan kesetiaan kita kepada-Nya. Demikianlah  keadaannya bila saatnya akan tiba.....iaitu kematian yang bakal kita lalui.
marilah bersiap untuk menghadapinya dengan beriman kepada Tuhan Allah yang Maha Kuasa sepenuh hati. Amin.

Friday, November 12, 2010

Banyak DUIT?

Bila ada banyak duit macam baru terima gaji, apa anda buat dengan wang berkenaan? Terus berbelanja beli ini dan beli itu? Atau "enjoy" terus. Pegi kat restoran atau tempat makan dan minum yang berjenama dan popular-memang sedap tapi bayaranya "mahal gila!"; Atau minum sampai mabuk-mabukkan. Tapi tak peduli yang penting puas hati. Mahal pun hantam saja,"Ada duit bah! Maklumlah baru terima gaji."

Bah, cubalah fikirkan secara mendalam, samada sifat atau perangai seperti ini bijak atau tidak. Kalau sifat seperti ini berterusan, didalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan masalah dan kesusahan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada orang lain terutama sekali para ahli keluarga sendiri. Jadi, baiklah berjimat-jimat dan "pakai otak" kalau mau berbelanja. Dan jangan lupa untuk simpan duit kedalam bank.

Jadi, kalau dapat  gaji gunakan gaji berkenaan untuk memberi keperluan yang penting dahulu dan membayar apa juga bil-bil(letrik,air dan lain-lain), hutang atau loan/pinjiman dan jangan abaikan perkara menyimpan wang kedalam bank. Setelah segala perkar dan hal yang penting sudah dilakukan dan diselesaikan, barulah menggunakan wang yang dianggap "baki" untuk enjoy sikit seperti pergi memakan makanan yang sudah lama anda idam-idamkan. Tapi jangan terlalu pula membelanjakan wang "baki" tuu. Kalau boleh jimat jugalah.
Pendek kata saudara dan saudari, berhati-hatilah dan berjimat-jimatlah untuk berbelanja bila ada banyak duit. Nanti baru dipertengahan bulan dah minta pinjam atau minta advance atau hutang duit kawan sudah. Elakkanlah perkara ini.Rancanglah penggunaan wang dengan baik dan teliti supaya tidak ada masalah dari segi kewangan. 

Kebanyakan kita berpendapatan yang dianggap "cukup makan". Jadi, janganlah lalai didalam hal mengurus kewangan kita nanti susah, kita juga yang bertambah susah sendiri. Oleh itu, jangan boros berbelanja bila banyak duit. Pakai  apa yang perlu dan simpan yang lain. Simpan sikit pun tak apa yang penting ada simpan sikit-sikit kerana lama-lama menjadi bukit juga bah tuu selepasa 10 tahun atau pada tahun-tahun berikut. OK demikianlah pedoman dan inspirasi pada hari ini. Tuhan memberkati kita semua. Amin.

Saturday, October 23, 2010

Keperluan asas manusia!

Menurut orang-orang yang pakar didalam kehidupan, manusia hanya memerlukan tiga perkara asas yang dianggap yang terpenting sekali didalam hidup manusia. Perkara itu ialah Makanan, Pakaian dan Rumah atau tempat tinggal. Bagi memastikan perkara-perkara asas ini sentiasa ada maka, manusia perlulah ada pekerjaan untuk mendapatkan wang. Ini dia boleh dapatkan samada berkerja dengan orang lain atau membuat kerja sendiri seperti berkebun dan menjalankan perniagaan;Bisnis sendirilah. Atau mengabungkan kedua-duanya seperti kata orang sambil makan gaji, buat juga kerja-kerja samping untuk menambah pendapatan. Yang penting ianya dilakukan dengan baik dan tanpa unsur-unsur penipuan dan ketidak-jujuran.

Manusia perlu gigih dan rajin demi menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi dirinya dan juga untuk para ahli keluarganya sekiranya ia ada keluarga.

Perkara-perkara yang lain seperti kereta, Hp. komputer, kamera, perhiasan,perabot, dan sebagainya, kita boleh hidup dgn bahagia tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun, perkara-perkara ini penting juga kita miliki demi membuat hidup kita lebih mudah & selesa. Tapi, kita mesti ingat bahawa barang-barang duniawi bukanlah yang terpenting sekali didalam hidup kita. Yang terpenting sekali ialah mengimani TUHAN ALLAH. Amin.

Saturday, October 16, 2010

Wang@Duit

Wang bukanlah segala-galanya didalam hidup ini.
Tapi didalam hidup ini segala-galanya perlukan wang.
Sebab itu jangan "sesuka hati" buang duit.
Pandai-pandailah pakai duit. Dan gunakanlah duti untuk kebaikan dan bukan utnuk kejahatan. Bah, carilah duit dengan cara yg HALAL. Bukan secara HARAM nanti KARAM diakhir hayat.(Fr.Pak Janggut).

Wednesday, October 6, 2010

Keluarga dan Kawan

Kita berkenalan perbagai orang dan sebahagianya daripadanya menjadi sekadar kenalan, dan kawan biasa kita. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa ada diantara mereka ini menjadi kawan baik kita atau best friends kita. Namun jumlah yang kita anggap sebagai best friends selalunya tidak banyak mungkin antara 2-10 orang. Dan biasanlah org2 yg kita anggap best friends, kita luangkan masa utk mereka utk cerita2 atau utk makan2, kita ingat birthday mereka, kita ingat ulangtahun perkahwinan mereka, kita kasi hadiah, kita berkunjung ke rumah mereka, kita lawat mereka di hospital, kita bantu semampu yg boleh, kita kenal anak2 dan org2 yg dekat dgn kawan kita seperti ibubapa, abang, kakak, adik dan saudara-mara mereka, kita keluar bersama mereka utk makan angin atau utk bersukan dan sebagainya. Inilah kebaikan kalau tahap persahabatan itu dah sampai tahap "best friends." Tapi kadang2 ini buli menimbulkan masalah juga. Misalnya isteri/suami beranggapan negatif dan salah-faham, bila kita masi keluar sekali-sekali dgn "gang keras" semasa disekolah dulu sehinga menimbulkan salah-faham dan menyebabkan perhubngan sumai-ister menjadi tegang dan rengang. Bila hal ini terjadi dan perkara ini adah menjadi "berat & teruk" maka hal ini ada baiknya diperbetulkan dan diterangkan dgn baik supaya "misunderstanding" atau salah-faham diantara suami-isteri dapat dielakkan.Tapi kalau bertambah buruk sehingga menimbulkan pergaduhan mungkin ada baiknya, belajar mendahulukan keluarga dulu dan kawan-kawan tuu dikemudiankan tapi jangan sampai best friends ini dibuang dan dilupakanlah. Kerana kita perlukan kawan bah!

Memang tidak menghairankan kalau suami/isteri terlalu meluangkan masa dgn kawan-kawannya terutama sekali utk aktiviti "Aramai tii" atau main lap-lap fuu(berjudilah!) maka ini menimbulkan tension, ketidak-puasan hati, kemarahan pada isteri/suami dan anak-anak. Kerana mereka merasa mcm tidak kena sayang dan tidak kena peduli. Malah tidak hairan jika timbul perasaan cemburu atau yg paling bahaya ialah bila ianya menyebabkan "cemburu buta": Jangan-jangan kamu ada hubungan yang rapat betul nii. Mantang-mantanglah saya sudah tua dan tak lawa lagi!: Kau ini asyik dgn gang kau saja! Lupa tanggungjawap kpd anak-anak! Kau ini, minummmm.....saja! Banyak karaja bah dirumah ini!

Bah......bila hal seperti ini terjadi maka ada baiknya fokus diahlikan kembali kpd yang asas dan penting. Jadi, luangkanlah masa yang lebih dengan keluarga dan kurang-kurangkanlah masa bersama-sama dgn "gang Aramai tii." Ingatlah bila ada kesusahan, masalah dan sakit-sakit isteri/suami dan keluarga juga yang jaga & pelihara kita. Maka Ngamlah bah kalau kita utamakan keluarga dulu; luangkanlah masa bersama-sama dgn anak-anak dan isteri/suami sambil membantu keraja-keraja rumah. Jangan isteri/suami saja yang merasa "beban keluarga." Kalau tidak , mungkin dihari-hari tua kita kesepian dan kesunyian kerana gara-gara jarang dirumah semasa anak-anak membesar dan asyik saja bersama dgn kawan-kawan sehingga hubungan dgn anak-anak menjadi jarang dan jauh. Dulu main jauh-jauh kini anak-anak pun main jauh-jauh juga. Kebalikan kah ni atau ketulahan? Maklumlah kata orang bagaimana acuannya, begitulah bentuk kuihnya! Bah! Belajarlah berkawan dgn keluarga, dan anak-anak sendiri dulu. Pendek kata, dahulukan keluarga sendiri(isteri/suami & anak2, saudara-mara & lain2 saudara) dan kawan-kawan pula........belakang pun buli bah tu..Yang penting jangan lupa kawan lah! Hehehe...

Tuesday, September 28, 2010

Simple tapi ....

Perkara-perkara yang sebenarnya mudah, senang & "simple" seperti mengucapan "Thank You, Terima kasih, I am Sorry, Saya Minta maaf, Selamat pagi, Good morning, Good evening, Good nite, Please...,Buli kau tulung, Tolong gia kasi itu, I am wrong, ....You are right, Anda benar, Kau betul, dan sebagainya, bukanlah perkara yang berat tapi kadang2 kerana keegoan dan kesombongan yg menguasai diri kita serta sifat yang segan & malu membuat perkara2 yang simple ini susah utk kita terjemahkan didalam hidup kita. Nampak simple tapi susah kan? Sesungguhnya inilah cabaran didalam hidup kita iaitu merendahkan hati utk belajar supaya lebih berhemah & bersopan supaya perkara2 yg simple ini dapat kita lakukan didalam kehidupan kita setiap hari. Kebiasaan kita utk melakukannya akan membuat hubungan kita dgn sesama manusia terutama sekali dgn org2 yang dekat dgn kita akan menjadi lebih baik dan mesra. Dan dengan itu "tension" atau ketegangan didlm perhubungan/persahabatan diantara kita dapat dikurangkan atau dielakkan; dan perasaan saling mengyayangi & menghormati sesama insan selaku manusia ciptaan Tuhan dapat dipupuk, ditingkatkan dan terpelihara. Jestru itu, marilah kita membiasakan diri utk melakukan perkara2 yg simple ini supaya ianya menjadi budaya didalam kehidupaan kita setiap hari. Yaaa....simple tapi susah! Walau bagaiman pun ianya mampun kita ubah jika kita mahu berubah utk menjadi manusia yang lebih bersopan & budiman.

Wednesday, September 15, 2010

Kecewa? Kenapa?

Pernahkah anda meminta/memohon sesuatu drp boss anda? Apa yg anda minta adalah baik dan tak begitu berat utk ditunaikan TAPI ditolak oleh boss! Minta naik gaji tak kena kasi; minta naik pangkat pun tak diberi pertimbangan; minta cuti pun tidak dilayan. Dan yang paling bikin sakit hati ialah alasan boss kasi semasa menolak permohonan kita pula macam tak begitu masuk akal. Tapi kerana dia boss, keputusannya terpaksa juga diterima. Melawan pun tak ada guna kerana kita adalah pihak yg memohon dan bukan pihak yg kasi lulus permohonan. Walau bagaimana pun perasaan kecewa bercampur geram tetap ada jugalah! Kenapa?

Saya fikir, kebanyakan kita apabila meminta atau memohon sesuatu kita sudah awal-awal mengharapkan jawapan yang positif. Kita tidak menyediakan diri untuk menerima jawapan yang negatif. Jadi, bila tak mendapat kelulusan maka kecewalah kita. Kadang2 perasaan ini terbawa-bawa sampai berhari-hari malah ada yg sampai bertahun-tahun merajuk, marah, kecewa, sakit hati, benci dan sebagainya. Perasaan seperti ini meskipun dapat difahami atau "understandable" tapi perasaan negatif seperti ini sebenarnya dapat kita elakkan sekiranya kita tidak terlalu mengharapan jawapan yg kita inginkan. Jadi, kita harus belajar bahawa bukan setiap permohonan atau permintaan itu ditunaikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi kita bersedialah untuk menerima jawapan "Ya" atau "Tidak" atau "Nanti dulu". Jadi, kalaulah kita ada sifat yang terbuka seperti ini maka perasaan kecewa dan geram tak akan timbul. Mungkin ada jugalah tapi sikit-sikit saja. Kerana kita dah sedar bahawa kita hanya memohon dan apapun jawapan yang bakal kita dapat, kita terima dengan baik. Walau bagaiman pun tak salah ada perasaan "harap-harap dapat" Pendek kata, kita mesti selalu bersifat optimistik dan bukannya terlalu bersifat pesimis.

Monday, August 16, 2010

Mati: Masa berjudikah?

Dulukan kalau ada orang mati, banyak betul pantang yang perlu dipatuhi sebagai tanda kesedihan & perkabungan. Misalnya keluarga si mati dan jiran yang berdekatan tidak boleh pasang radio(Kalo mau pasang pun tidak buli kuat2), tidak buli bising-bising; makanan pun tak buli sedap2, tidak buli minum minuman yg kasi mabuk(biasanya minum kopi dan milo saja dan roti plywood atau roti org mati yang berbentuk empat segi), kuching mesti dimasukkan didalam kurungan, tidak buli ketawa2, tidak buli juga bermain judi & ketam2 dan macam2 lagi pantang yg perlu dipatuhi sebagai tanya berkabung dan tanda menghormati org mati dan keluarga yg mengalami kesusahan. Disamping itu org2 yang datang biasanya memberi bantuang didalam perbagai bentuk. Misalnya memberi beras, ayam dan wang. Disamping memberi bantuan tenaga seperti menolong memotong daging2, memasak, mengambil kau api, mengorek lubang kuburan, membuat keranda dan sebagainya. TAPI pada masa kini, lain sudah. Kini pantang yang baik ini kebanyakannya tidak diikuti lagi. Kini ianya telah mengalami perubahan mengikut Konon-konon mengikut era teknologi dan modern....tapi perubahan bukan pula menjadi lebih baik tetapi mcm lebih buruk pula. Kini.....kalo ada kematian, org mesti "buka meja" ; org-org dewasa & tua main judi. sementara itu kanak-kanank pula main ketam2. dan minuman yg kasi mabuk. Perkara2 ini mengakibatkan keadaan yang bising dan tanda2 perkabungan/kesusahan tidak dihormati atau dilupakan.

Adat yang bagus hilang sudah bah! Saya fikir baguslah tidak ada perjudian pada masa susah-susah terutama sekali waktu ada kematian. Marilah kita sama bersatu hati utk menghentikan perjudian dimas ada kematian. Marilah kita Buanglah perkara in kerana ini bukan adat kita. Lagipun....ikin malu bah ini! Sesungguhnya, tidak NGAMlah berjudi masa ada org mati. Kalau suka berjudi, pilihlah hari dan masa yang lain. Tapi bukanlah dimasa ada org mati. Sebab itu, marilah kita berpantang dan berkabung dimasa ada org mati. Marilah kita mengamalkan cara kehidupan yang lebih baik sesuai dengan tuntutan & pengajaran agama yang kita anuti. Amin.

Wednesday, August 11, 2010

Bercintalah dan berdating..

Bila jatuh cinta, janganlah lupa batas-batas percintaan. Jagalah maruah diri masing-masing. Jangan sampai terlanjur membuat perkara-perkara yang tidak sopan dan tidak bermoral. Jangan terlalu siok-siok sehingga perkara lain yang lebih penting terbiar dan diabaikan. Misalnya pelajaran. Janganlah kerana asyik berdating sehingga buku-buku lupa dibaca. Ingatlah cinta itu boleh ditangguh-tangguh. Tapi buku-buku dan nota-nota pelajaran yang menanti  dibaca tidak boleh ditangguh-tangguh kerana exam tetap berjalan samada anda bersedia atau tidak. Sebab itu kalau sedang dilamung cinta, bah! Pandai-pandailah bah mengatur masa untuk berdating dan masa untuk belajar.  Dan berfikirlah secara waras dan logik. Tak baik bah berdating terlalu lama. Ingat-ingatlah itu pelajaran. Nanti gara-gara asyik berdating, pelajaran  kena tinggal-tinggal dan akhirnya gagal didalam exam. Nah! Sendiri juga yang susah dan rugi. Kalau kena tinggal oleh kekasih kerana dia beranggapan kau tidak ngam untuk dia kerana dia mau orang yang ada otak sebagai kekasihnya. Maka hidup ibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga. Jestru itu, kalau mau bercinta, pandai-pandailah berdating secara bijak. Sesungguhnya pelajaran itu lebih penting daripada berdating. Kerana kalaulah mengalami kegagalan didalam percintaan tetapi pelajaran maju maka, kehidupan masih lagi OK dan mantap. Kerana buli cari karaja mah. Sebab itu, utamakanlah pelajaran dahulu. Hal bercinta dan berdating buli juga bah.....tapi jangan sampai pelajaran itu menjadi korban! Pendek kata, belajar dulu. Sudah Pass barulah bermain cinta atau sambung itu dating-dating. Bah....begitulah sharing hari ini. Hehehe...

Monday, July 26, 2010

Kenapa OHH.... Mengapa?!

Ada pembunuhan dimerata-rata dunia; Ada perperangan dan pemberontakan disana sini; Ada penipuan didalam setiap lapsian masyarakat; Ada penyakit  yang susah disembuhkan, Ada masalah dimana-mana, ada penipuan, keganasan didalam perbagai bentuk dan kejahatan yang bermacam-macam dilakukan oleh manusia disetiap pelusuk dunia dna kita sendiri membaca disurat-suratkhabar, melihat di kaca TV dan....banyak kematian  dimana-mana dan kita sendiri adakalanya mengalami kesusahan, masalah, kesedihan, kesakitan dan........semua perkara-perkara ini membuat kita melaungkan "Dunia ini Kejam! Kejam! Oh! Dimanakah kau Tuhan? Kalau kau benar-benar menyayangi manusia kenapa kau tidak tamatkan segala kejahatan dan keganasan? Kenapa?OH.... Mengapa?

Yaaa....beginilah sifat manusia. Dia sendiri yang buat salah dan timbulkan kekacauan dan lakukan kejahatan, lain orang pula yang disalahkan. Dan yang paling aneh dan ganjil sekali ialah Tuhan pula yang disalahkan yang langsung tidak ada kaitan dengan kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh manusia yang  adakalanya memperalatkan nama Tuhan untuk melakukan kejahatan kepada sesama manusia.

Kenapa kita bertanya kepada Tuhan yang bukan penyebabnya? Kenapa kita tak tanya kepada orang-orang yang melakukannya? "Hoi! Kenapa kamu buat jahat?" Hoi! Hoi! Kenapa kamu bilang kamu percaya Tuhan tapi  buat kejahatan? Kenapa?" Persoalan ini memang sukar dicari jawapan yang memuaskan. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Kita boleh memberi teguran dan tunjuk-ajar kepada mereka supaya jangan buat kejahatan  melalui perbagai cara. Misalnya melalu surat, siaran TV, penerbitan buku-buku dan sebagainya. Kita juga boleh berdoa untuk mereka agara mereka disentuh oleh Tuhan agar mereka sedar dan bertobat. Dan yang akhir sekali, sekurang-kurangnya kita jangan menjadi penyebab kejahatan dan keganasan. Jestru itu, saudara dan saudari, marilah kita menjauhkan dan menyangkal serta membatalkan apa juga jenis kejahatan dan bentuk keganasan. Marilah kita membina dunia yang aman dan damai tanpa kejahatan dan keganasan. Mari amalkan semangat bersaudara dan bersatu didalam hal menentang kejahatan dan keganasan. Dan marilah nama saling menghormati dan mengasihi sesama selaku insan yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa suapaya dunia yang kita diami ini menjadi tempat tinggal yang lebih baik dan aman.Amin.


Wednesday, July 14, 2010

Bantulah dgn iklas....


Bantulah semampu-mampu yang anda dapat lakukan tanpa memikirkan untuk mendapat balasan dari penerima bantuan anda di suatu hari nanti, supaya anda dapat hidup dengan tenang dan aman tanpa dihantui dengan persoalan,"Bilakan saya akan mendapat balasan daripadanya?" Dalam erti kata yang lain, Bantulah tanpa mengharapkan bantuan di kemudian hari.

Tuesday, July 13, 2010

PROMOSI BUKU; Membeli sambil membantu...

PROMOSI BUKU-BUKU TULISAN FR ERIK(Patrick Jerome)


Buku-buku ini adalah ditulis untuk menambah pengetahuan agama umat Katolik. Jadi, silalah membeli sambil membantu saya untuk meneruskan karya/projek Menulis dan Menerbitkan buku-buku yang berunsur pedoman dan panduan yang berdasarkan kepada Alkitab dan Ajaran Resmi Gereja Katolik. Semoga buku-buku ini membawa  kebaikan pembangunan yang positif didalam hidup anda sebagai seorang Katolik. Sesungguhnya, buku-buku ini bukan saja sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bacaan anda dan keluarga.Tetapi ianya juga baik dijadikan sebagai hadiah kepada ahli-ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.

1) Pedoman Membangun Kehidupan Rohani Kristian.(Harga RM10.00*): Buku ini memberi berbagai-bagai nasihat rohani didalam kontex iman Katolik. Antara perkara yang ditekankan didalam buku ini ialah Bagaimana melawan godaan setan dan iblis dan bagaimana tumbuh didalam iman Katolik dan Buku ini sesuai dibaca oleh semua umat Katolik termasuk orang tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak.

2) Jangan Mengalah.Pertahankan Iman mu! (Harga RM8.50*): Anda selalu diancam dan diserang oleh para penyebar agama baru yang biasanya mencabar iman anda sebagi seorang Katolik? Maka inilah buka yang sesuai sekali untuk and abaca. Kerana buku ini memberi beberapa panduan dan nasihat bagaimana menghadapi orang-orang yang anti-Katoliki. Buku ini juga membimbing anda bagaiman mempertahankan diri anda sebagai seorang Katolik.

3)Pedoman Memilih Teman Hidup.Bagaimana memilih suami/isteri. (Harga RM8.50*): Jika anda mencari bahan panduan dan pedoman didalam hal bagaimana memilih “kekasih” yang ingin anda jadikan suami isteri(teman hidup) maka buku ini adalah pilihan yang tepat untuk dibaca. Isi-isi buku ini juga boleh dijadikan oleh para suami/isteri sebagai pedoman didalam perkahwinan mereka.

4) Belajar Dari Kebijaksanaan Orang lain.(Harga RM7.00.*):Buku ini ada sesuai untuk dibaca oleh semua orang kerana isi buku ini mempaparkan beberapa “Kebijakasanaan Orang Lain” dimana kata-kata hikmat mereka boleh kita jadikan pedoman dan pandunan didalam hidup kita sendiri. Sesungguhnya kebijaksanaan mereka memberi semangat dan inspirasi kepada setiap pembaca.

Mahu memiliki buku-buku ini?: Anda boleh memiliki buku-buku ini satu persatu sesuai dengan pilihan anda dan membayar sesuai dengan jumlah buku dan jenis buku yang anda tempah.

Diskaun/Potongan Harga: Sekiranya anda berminat utk memiliki kesemua buku ini iaitu keempat-empat buku ini, anda hanya perlu memberi mengirim RM30.00(Tiga puluh ringgit sahaja). Harga biasa adalah RM34.00. Ini bererti anda mendapat diskaun/potongan harga sebanyak RM4.00.

Cara Membayar: Sila pilih satu cara berikut untuk membayar:
i) Dengan Wang Pos atau cek atau Bank Draft. Bayar kepada PATRICK JEROME; Kirimkan ke alamat Mile 1, Jln Tun Haji Abang Openg, P.O.BOX 327, 93704 Kuching, Sarawak.    ATAU

ii) Masuk wang tunai /credit secara langsung kedalam akaun PATRICK JEROME, Public Bank NO.Acc 3071923101. Atau Bank Simpanan Nasional(GIRO) 12100-29-83482355-7; Atau Maybank 111234067381.

Tempahan/Order: Sila nyatakan nama anda mengikut IC, Tajuk buku yang ditempah dan jumlah naskah yang anda perlukan, alamat anda dan kirimkan tempahan/Order kepada saya melalui email pjerik2002@yahoo.com atau Hantarkan SMS ke 0198329505. Bagi mengelakkan kekecewaan dan bagi memastikan stok buku-buku yang anda tempah/order masih ada. Maka, semua Tempahan/Order yang diterima perlu disahkan terlebih dahulu. Setelah disahkan ada stok, maka barulah anda diarah untuk membayar sebelum buku berkenaan dikirimkan kepada anda. Polisi Bayar Dulu diutamakan bagi mengelakkan tempahan/order palsu.

MAKLUMAN/PEMBERITAHUAN: Setelah anda membayar,sila maklum kepada saya melalui email pjerik2002@yahoo.com . Atau hantarkan SMS ke 0198329505. Sila berikan butir-butir perbadi anda, alamat anda, No.HP anda atau No.talipon, jumlah dan tajuk buku yang ditempah dan bayar mengikut tempahan anda. Buku-buku yang ditempah hanya akan dikirim kepada anda setelah pembayaran drp anda diterima dan disahkan betul.

RIBUAN TERIMA KASIH: Sekiranya anda membayar lebih daripada jumlah wang yang perlu anda bayar maka saya menganggapnya sebagai Derma Iklas anda kepada saya. Maka dengan itu saya ucapankan Ribuan Terima Kasih dan God bless you.Amin.

"Menginjil dan Membangun iman umat Katolik melalui buku-buku rohani."

...((Nota: *Semua harga adalah termasuk kos penghantaran/pengiriman. Bagi penghantaran dengan tangan secara peribadi atau diambil sendiri Diskaun diantara 20%-30% akan diberikan mengikut tempat dan keadaan)...

Sunday, July 4, 2010

Boros Tokou(Bahasa Kita)

Toiso-iso doh tinaau toi koh bangsa hiti pomogunan haro doh boros diolo sondiri. Ingkaa nogi oh tulun tokou. Haro nogi boros tokou sondiri. Iri nodi dah dot minsingilo toi koh balajar tokou noh dah dot boros tokou sondiri. Kada tokou lingai toi koh tongkidai oh boros tokou sondiri. Sabab boros nopo nga kointutunan doh toiso-iso doh tinaau. Sabab noh dilo kano noh balajar doh moboros doh boros tokou sondiri.


Amu noh dah osonong doh mangakun tokou doh tulun doh Kadazan toi Dusun om amu ii dii koilo doh moboros boros sondiri. Kotingayam noh moti dot komoyon doh tulun Kadazan/Dusun kah om amu ii koilo doh moboros dot boros sondiri. Jadi, kano noh balajar doh boros tokou sondiri om moboros dah boros doh pinatahak doh Kinorohingan diti doh tikid tadau.

Osonong ii bogia doh koili doh boros doh suai. Miagal doh boros doh malayu om boros doh Ingilis nga kada dii gia tokou tolikudai toi koh tongkidai oh boros doh tokou sondiri. Orubat noh moti nung atagak noh iti boros tokou. Om iso ralan doh tosonong noh kopio doh mongogompi doh boros dotokou diti nga: Koiso nopo nga tudukan toi koh iaaho tokou tanganak tokou sondiri doh boros/boos diti. Om koduvo nopo nga parasan om monikiboros doh boros dii kumaa doid tanganak tokou. Kotolo noh nga mambasa buuk id boros tokou sondiri. Om kaapat nopo naga mokinongou doh Radio pangaan Kadazan/Dusun id RTM.

Jadi, oi tompinai ngaavi doh Kadazan/Dusun kano noh guno om gompio tokou noh boros tokou sondiri ii pinokungkus doh molohing-lohing tokou om ii pintahak doh Kinorohingan doid dotokou.

(Nota: Marilah kita menggunakankan bahasa kita diantara kita. Dan bagi orang-orang Dusun/Kadazan) yang belum pandai bertutur didalam bahasa sendiri,  BELAJAR BAH! JANGAN MALU BELAJAR BAH!)

Thursday, July 1, 2010

Berpihak kpd Tuhan?

Bila kita mempunyai kesusahan atau masalah, kita barulah berjinak-jinak dengan Tuhan. Kita mula berdoa atau bersembayang kepada-Nya. Malah kita mula membaca Kitab Suci  dengan tujuan untuk mengetahui lebih mendalam menganai pengajaran dan suruhan Tuhan. Kita tiba-tiba ingin tahu apakah kehendak Tuhan didalam hidup kita. Kita mahu mengenal-Nya lebih dekat. Inilah "kebaikannya" bila mendapat kesusahan atau masalah. Ingat Tuhan bah! Sesungguhnya, Tuhan itu sentiasa berada disamping kita.  Dia tidak pernah meninggalkan kita.  Inilah hakikat kehidupan yang perlu kita sematkan sedalam-dalamnya didalam hati kita. Kita mesti belajar untuk mempercayai bahawa Tuhan itu sentiasa berada di pihak kita. Jangan kita ragui kesetiaan Tuhan yang sentiasa berdampingan dengan kita. Dia disamping kita dimana juga kita berada. Apakah kita menyedari kehadiran-Nya didalam hidup kita? Marilah kita belajar untuk lebih  peka dan sensintif dengan kehadiran Tuhan didalam kehidupan kita setiap hari.

Sebenarnya, meskipun penting untuk mengetahui dan merasakan bahawa Tuhan sentiasa berada dipihak  kita. Tetapi yang lebih penting ialah memastikan bahawa kita sentiasa berada di pihak Tuhan. Ini dapat kita buktikan dengan mengikuti segala perintah dan pengajaran-Nya serta sentiasa menjauhkan perkara-perkara yang jahat dan dosa. Sebab itu, marilah menjadi pengikut Tuhan yang taat dan setia. Amin.

Friday, June 18, 2010

Jangan sombong bah!

Ada orang bila dah "maju-maju" menjadi orang sombong sudah. Mantang-mantanglah kasi jalan kereta lawa, taklah konon mau tingu kawan. Hon-hon kaka tapi tidak kasi naik kerana takut kereta kotor! Eee...sombong juga!


Ada juga orang yang dah bergelar "kaya" jadi, tidak sudah bergaul dengan orang-orang biasa kerana konon2 tak setaraf kerana taku kaka jatuh maruah kalau berkawan dengan org miskin. Jangan begitu bah! Nanti jatuh miskin baru tau!

Ada orang dah berpangkat maka terlalu berlagak. Cakap macam dia berkuasa seluruh dunia dan cakap pun macam tahu segala-gala....Silap pun tak mengaku salah. Cara cakap pun bikin sakit hati orang dan minta puji saja. Pendek kata Masuk bakul angkat sendiri....Jangan begitu bah.Nanti mangkat(mati) tiada pangkat tau!

Ada juga orang yang cantik atau hensem, maka berlagak sombong. Jangan begitu bah! Patut org yg cantik atau hensem lebih cantiklah perangainya supaya lebih "cantik bah kan...."Ingatlah suatu hari nanti kecantikan/kehenseman akan hilang juga dimana muka kita akan berkedut-kedut. Harap2 tak jadi muka "bulldog". Saya teringat satu cerita: Ada ini lelaki cubalah kuntik-kuntik("mengoda") itu sumandak tapi tidak kena layan bah. Lalu dia bilang,"Cantiklah barang kali tapi kentut kau bau juga bah!"(Hehehe....jangan marah amoi.)

Jestru itu, jangan begitu bah! Jadi, janganlah ada kelebihan atau keberhasilan didalam hidup menjadikan kita orang sombong. Sepatutnya keberhasilan didlm hidup membuat kita lebih dermawan, budiman, sopan, peramah, rendah hati dan kudus. Janganlah kita terlalu berlagak hanya kerana dah maju dan kaya. Kerana segala-galanya ini tidak akan berkekalan. Kerana mungkin suatu hari nanti kekayaan akan meninggalkan kita. Misalnya menjadi muflis alias bingkaraplah! Atau kita meninggalkan kekayaan kita kerana matillah! Jadi, kalau kita mengalami atau mendapat rezeki yang lebih baik, janganlah lupa utk tetap manjadi manusia yang beriman, budiman dan berjasa kepada sesama manusia. Ingatlah bahawa Tuhan hanya memberkati org2 yang baik-baik. Amin.

Thursday, June 10, 2010

Jangan minum dan jalan!

Slogan "Jangan minum dan pandu(Don't drink & Drive) banyak kali diudarakan dan dimuatkan didalam suratkhabar. Dan kempen ini memang baik sekali kerana ianya mengajar orang ramai supaya jangan meminum minuman keras jika mahu memandu kereta atau motosikal atau basikal! TAPI.....nampaknya banyak orang suka "Aramai Tii"-meminuman minuman keras dan kemudian tuu nak tunjuk HERO. DAn mabuk pun mau memandu kereta kerana mau pulang rumah. Kalau dah pening @ mabuk bagus minta hantar orang pulang bah! . Kalau tak mabuk, OK lah! Tapi kalau dah setengah mabuk atau dah mabuk sekali, JANGAN memandulah......nanti bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan orang lain. Jadi, janganlah jalan kalau dah minum minuman keras nanti kalau ada apa-apa kejadian yang buruk terjadi seperti terlibat didalam  kemalangan sehingga "bingkuk tapi tidak mati" kan menyusahkan orang lain terutama sekali  para  ahli keluarga. Ingat! Bukan senang mau "jaga dan piara" orang yang sakit. Lainlah kalau "asiden dan gol terus!" Belanja mengubur sekali saja. Walau bagaimana pun menyusahkan orang jugalah. Jadi, pandai-pandailah jaga diri dan ingat-ingatlah keluarga yang tersayang. Jadi, jangan minum dan jalan nanti silap-silap haribulan jalan terus.(Mati bah!).

Thursday, May 27, 2010

Aramai Tii!

Bagi di Sabah ungkapan "Aramai Tii" adalah popular sekali dan ianya dikaitkan rapat dengan apa saja jenis perayaan atau pesta dimana minuman keras disajikan. Misalnya pesta perkahwinan dan pestam Kaamatan. Walau bagaimana pun ini bukan bererti minum sampai mabuk-mabukkan. Jadi sempena dengan bulan May ini dimana minuman tradisi seperti tapai, lihing, montoku, bahar dan minuman modern seperti beer, stout dan lain-lain lagi jenis minuman turut dihidangkan adalah diingatkan supaya jangan terlalu minum minuman keras yang boleh memabukkan. Kerana kemabukan boleh membahayakan diri sendiri terutama sekali jika kita memaandu kenderaan. Jestru itu, kalau mau minum, boleh juga bah tuu tapi sikit-sikitlah. Jangan terlalu banyak nanti mabuk, susah lagi.Dan INGATLAH kalau dah minum, janganlah memandu kereta. Bagus berehat saja. Tidur diam-diam. Nanti kalau anda memandu kereta, silap-silap haribulan nanti terus "berehat selama-lamanya(matlah) nanti. Kalau bukan kau sendiri mungkin orang lain yang kena gara-gara perbuatan anda yang tak bertanggungjawap. Sebab itu kalau ada minum minuman yang keras, JANGANLAH MEMANDU BAH! 

Bah.....Selamat menyambut Pesta Menuai. Kotobian Tadah Tagazo doh Kaamatan. Vanadan tokou noh dah nngaavi doh Kinoingan. Amin.

Tuesday, April 27, 2010

Sajak dulu-dulu

Hidup ini...


bagaikan roda yang berpusing

buruk dan baik akan ditempuh;

bagaikan laut ada pasang dan surut

kala bergelora dan tenang

demikianlah hidup.....



Pahit dan manis akan dikecap

dugaan dan cabaran ditempuh

pujukan dan godaan ditentang

setia dan jujur dipegang

Kehendak Tuhan harus dicuba dan diikut.



(Nukilan Patrick @ Pat Jerome,Tambunan, 28.2.1982)

Thursday, April 15, 2010

Yang penting & Terpenting sekali...


Pernahkah anda bertanya apakah yang penting didalam hidup dan apa yang terpenting sekali didalam hidup ini? Yaaa......kalau difikirkan secara menyeluruh memang banyak sekali yang penting didalam hidup ini. Misalnya seperti kereta, wang, makanan, minuman, rumah, kawan, keluarga, pelajaran, pekerjaan, astro, HP, bahu, kasut, TV, CD, iPod, MP3, perhiasaan, minyak wangi, holiday, tanah, pelaburan, gaji, saudara-mara, anak, isteri, suami, dan banyak lagilah! Macam semua pun penting dan inilah yang bikin sakit kepala untuk menentukan mana yang penting. Walau bagaimana pun mengikut "pakar kehidupan", sekiranya keperluan didalam hiudp ini diringkaskan dan disederhanakan hanya tiga perkara asas yang penting. Satu, makanan(kalau tada makanan, kelaparan ooh; dan cepat mati bah!). Kedua, pakaian (Tidak bagus gia jalan-jalan telanjang). Dan ketiga, Rumah, tempat tinggal.Tidak bagus gia kalau berehat/ tidur kena hujan. Sejuk bah tuu! Atau kena matahari. Panas bah tuu. Perkara yang lain-lain seperti tanah, HP, TV, Kereta dan sebagainya, kita boleh terus hidup tanpa barang-barang berkenaan. Walau bagaimana pun bagus juga bah kalau mampu dapatkan barang-barang berkenaan. Kerana ada guna juga bah! Tapi kalau tak dapat, tak apa. Yang penting ada makanan, pakaian dan rumah. He he he...

Dan yang terpenting sekali didalam hidup  mengikut "pakar-pakar agama" ialah TUHAN ALLAH. Sebab itu, marilah kita mengimani TUHAN ALLAH  dengan segenap hati kita. Kerana tanpa TUHAN ALLAH, kita tidak sempat  "merayau-rayau" di muka bumi ini. Tapi kerana TUHAN ALLAH berikan kita kehidupan maka kita  bukan saja "merayau-rayau" di bumi ini tetapi "berkeliaran" bah! Jadi, janganlah kita lupa menyembah dan bersyukur kepada TUHAN ALLAH  setiap hari. AMIN.

Saturday, April 10, 2010

Kawan atau pengawan?

Kata orang," Berkawan biarlah banyak tapi pilihan hanyalah satu." Begitulah kalau mahu mencari kawan untuk seumur hidup. Ini bererti kita berkenalan dan berkawan  dengan banyak-banyak orang dulu dan dimasa yang sama cubalah melihat dan menilai mana satu yang berkenan dihati. Kalau dah dapat yang NGAM dan sesuai dengan diri sendiri, maka rapatkan dan mantapkan persahabatan sehinggalah menjadi "Raja dan Permaisuri sehari."

Walau bagaimana semasa berkawan dengan banyak orang berhati-hatilah  dengan kawan-kawan, baik yang  kawan-kawan lama maupun dengan kawan-kawan yang baru. Kerana ada orang memang mencari  kawan tetapi bermotif jahat. Mereka pura-pura berkawan tetapi tujuan utama mereka untuk mendapatkan kawan-kawan bukanlah untuk berkawan tetapi  untuk mengawan mereka.

Mereka mahu memuaskan nafsu seks mereka  tanpa mahu terikat dengan apa tanggungjawap dan komitmen dengan orang yang mereka sasarkan. Target mereka adalah untuk main siok-siok saja. Lepas tuu, mereka tinggalkan kawan yang mereka dah curi keperawanannya dengan cara  yang licik sekali. Misalnya memberi berbagai-bagai hadiah yang mahal dan menarik, dengan berlagak sebagai orang baik dan alim, dengan kata-kata yang manis dan mendayu-dayu dan sebagainya. Jadi, bila kawan dah terpikat dan merasa terhutang budi, maka pada saat-saat seperti itulah mereka akan meminta  supaya si kawan membuktikan cinta mereka dengan menyerahkan tubuh mereka. Jadi, didalam keadaan serba-salah diantara mahu membuktikan cinta dan takut ditinggalkan oleh si kawan sekiranya permintaannya ditolak, maka terpaksalah mengadai badan dan maruah demi memuaskan hati si kawan. Sesungguhnya, Jangan menyerah dan jangan termakan dengan kata-katanya yang manis dan mendayu-dayu. Kuatkan hati dan pertahankan maruah dan harga diri sendiri. Jangan mudah mengalah dengan mengikut telunjuk si kawan mementingkan kepuasan dirinya sendiri.

Sesungguhnya kawan jenis seperti ini buang saja, tinggalkan saja tanpa menitiskan airmata. Kerana niatnya jahat dan tidak suci dan tidak iklas. Dia mahukan apa yang belum menjadi miliknya. Jadi, tak perlulah melayan kawan seperti ini. Kerana dia bukanlah  seorang kawan tetapi dia adalah seorang pengawan! Putuskan saja persahabatan. Jangan takut ditinggalkannya. Kerana bukan seekor ikan di laut dan bukan sekuntum bunga di taman.Jadi, tinggalkan dia, dan carilah  yang baru dan yang lebih baik. Kalau tak dapat pun, biarlah hidup membujang sampai akhir zaman asalkan bahagia dan aman  sepanjang hidup didunia ini. He he he.......

Wednesday, March 31, 2010

Cari Jalan;Buat jalan

Dimana ada kemahuan dan semangat yang mahu berjaya didalam hidup disitu ada jalannya. Kalau tak ada jalan, carilah jalan untuk maju. Kalau tak dapat cari jalan, BUATLAH jalan kearah kejayaan. Jangan terlalu mengharap orang lain bagi jalan. Berusahalah sendiri. DAN jangan belum lagi mencuba dah mengalah dan lemah semangat. Jangan sekali-kali membuat perbagai ramalan yang negatif dan prasangka yang jahat  kalau belum mencuba. Cuba dulu bah. Barulah tau. Kalau salah jalan, cari lagi  atau buat lagi jalan yang lain. Tapi jangan ulang jalan yang dah dicuba dan dilalui. Cari jalan baru sampai  mencapai kejayaan yang memuaskan hati.

Tuesday, March 30, 2010

Mau terkenal?

Tidak payah tunggu sehingga menjadi terkenal barulah

memulakan sesuatu. Tetapi kita perlu memulakan

sesuatu untuk menjadi terkenal.

Senang & Susah

                        Bukan senang untuk jadi orang senang;

dan bukan susah jadi orang susah.

Tapi, kalau mau senang, kita mestilah

bersusah-susah

dulu demi mencapai kejayaan.

Lepas tuu, barulah senang...

Monday, March 15, 2010

Pasal hutang.

"Tokey, seluar ini berapa harganya?"
"Dua puluh ringgit saja."
"Buli hutangkah?"
"Buli tapi ini seluar simpan dulu disini."

Yaa......manusia memang suka berhutang kerana ini adalah cara yang mudah dan jalan pintas untuk memiliki dan menikmati sesuatu yang diidam-idamkan selama ini. Kalau tungguh sampai ada wang yang cukup,  jangan-jangan sampai mati pun tak merasanya. Jadi, jalan yang mudah untuk mendapatkan sesuatu ialah main hutang. 

Tabiat berhutang ini tidak mengenal batas. TV hutang; Kereta hutang, rumah hutang,  peti sejuk hutang. Malah bini pun hutang kerana berian dibayar secara ansur-ansur. Maklumlah berian mahal bah! Mahal pun tak apa bah!  Yang penting dapat hidup bersama-sama. Lagi pun mentua boleh runding mah....(Hehehe..).

Sesungguhnya, tabiat berhutang ini  tidak baik dan tidak digalakkan. Kerana ini boleh memburukkan keadaan hidup dan  mengakibatkan kehidupan tidak tenteram dan tidak bahagia. Kerana asyik risau memikirkan bagaimana mahu membayar hutang. Sesungguhnya,  banyak sekali keburukan berhutang. Sebab itu, janganlah suka berhutang sini sana sehingga hutang keliling pinggang.

Kalau mahu berhutang, boleh juga tetapi berhutanglah sesuai dengan kemampuan untuk membayarnya kembali. Misalnya gaji anda RM800.00 sebulan, maka tindakan untuk  berhutang antara diantara RM50.00 sehingga RM300.00 adalah manasabah dan logik. Kerana ianya mampu  anda bayar apabila menerima gaji tanpa berhutang kembali. Tapi kalau  anda berhutang RM1000.00, jumlah ini besar daripada gaji anda. Ini bererti anda tidak mampu membayarnya  apabila anda menerima gaji. Tindakan berhutang melebihi daripada pendapatan adalah satu tindakan yang  bukan saja kurang  bijak tetapi bodoh! Sebab itu, kalau terpaksa berhutang kerana ada keperluan yang mendesak dan penting sekali maka, berhutang  dengan bijak. Dimana ianya mampu anda bayar didalam jangka masa yang dipersetujui bersama. Jangan sekali-kali berhutang melebihi  daripada wang pendapatan anda setiap bulan.

Walau bagaimana pun, yang paling baik ialah tidak berhutang. Ini bererti kita berbelanja sesuai dengan wang pendapatan kita setiap bulan. Sebab itu, janganlah suka berhutang. Dan kalau mau terpaksa berhutang pun, pastikan ianya mampu anda bayar tanpa berhutang kembali. Dan akhir sekali, elakkan berhutang untuk membayar hutang yang lain. Kalau ini diamalkan, akibatnya tak habis-habislah hutang anda. Sampai mati pun asyik aje membayar hutang. Jestru itu, amalkan cara pengurusan wang yang bijak. Rancang perbelanjaan sesuai dengan wang pendapatan(gaji) supaya tabiat berhutang boleh dielakkan. Kerana  hidup lebih bahagia dan aman tanpa hutang!

Thursday, March 4, 2010

I Love U

Ada orang yang dah lama berkahwin mengeluh dan berkata, " Kenapa tu ahh, susah betul mau cakap I LOVE U kalau sudah kahwin dan ada rayat(anak). Dulu sebelum kahwin, balik-balik cakap I LOVE U dan balik-balik juga kena cakap DARLING, I LOVE YOU. Rasa seronok dan siok pula tuu MASA tuu. Tapi kini setelah berkahwin, jarang sudah dengar ini perkataan keluar dari "Kekasih pujaan hatiku." Ada-ada pun, biasanya pada hari "Birthday" saya. Dan caranya diucapkan pun tidak bikin "kembang telinga" dan tidak menceriakan hati. Kenapa tuu ahh? Oh! Betapaku merindukan masa-masa yang lalu! Mungkin lebih baik kami tidak kahwin dulu supaya kami sentiasa ROMANTIK kerana asyik berkuntik-kuntik. Kini....sentiasa kena kritik saja. Kadang-kadang kena kick juga. Punyalah sakit!

Pernah saya cakap dia diawal pagi,"Darling, good morning, I love you..." Seperti mata pengganas dia memandang saya dan berkata,"Kau gilakah?" Punyalah... kecewa dan hancur hati saya. Rasa-rasa macam saya mau mati saja....Tapi terfikir pula anak-anak, jadi saya berfikir hidup ini harus diteruskan meskipun tidak ada lagi ke-romantik-kan lagi. " Kata orang yang penting Mencintai bukan dicintai. Tapi BEST lah bah kan! Jadi, meskipun tak cantik lagi pun tetapi kena sayang-sayang dah....Ini barulah dinamakan cinta sepanjang zaman!

Patutlah orang tua-tua cakap," Cinta yang suci dan agung adalah cinta tanpa syarat dan batas!" Inilah cinta yang perlu kita terus perjuangkan tanpa lelah dan tanpa bosan. Bah! Walau apa pun, kita semua harus belajar dan terus mencuba agar cintakasih kepada sesama insan terus berjalan tanpa henti. Dan ini termasuklah didalam hal mencintai Tuhan Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita belajar lagi berkata I LOVE U tanpa ragu-ragu dan dengan diiringi senyuman yang manis supaya cinta itu lebih bermakna. Betul tak? He he he..

Wednesday, March 3, 2010

Bah! Janganlah....

Kalau orang bilang  tak suka. Bah! Janganlah paksa. Kalau paksa juga nanti bergaduh pula.

Kalau orang tak mau minum. Bah! Jangalahlah paksa nanti kalau dia mabuk, kau kena pukul baru tau!

Kalau orang tak sayang. Bah! Janganlah paksa-paksa. Kerana Cinta tidak boleh dipaksa bah! Kalau dipaksa juga, tidak ada kebahagiaan bah tuu. Dan akhir-akhirnya berpisah @ bercerai juga. Rugi saja keluar belanja! Semuanya hangus! Jadi, pendek kata kita tidak boleh main paksa-paksa. Maka dengan itu, Hormatilah hak dan kebebasan serta kemahuan orang lain. Lagi pun, kita sendiri pun tidak suka kena paksa-paksa. Jadi, janganlah bah paksa-paksa orang pula. Kalau dia OK, kita pun OK lah. Tapi kalau dia tak OK, kita jangan pula OK nanti kena KO baru tau! He he he...

Monday, February 22, 2010

Pasal duit mah...

Duit itu penting tapi Duit bukanlah segala-galanya. Walau bagaiman pun, kita perlukan duit. Kerana kalau ada duit banyak kita buli buat. Beli itu dan beli ini. Dan buli juga pakai itu duit untuk kasi senang kehidupan sendiri dan juga kehidupan orang lain dengan memberi bantuan/derma kepada mereka yang susah dan kekurangan. Jadi, OK bah kalau ada banyak duit. Yang penting carilah duit dgn cari yang baik dan Halal. Jangan dengan cara yang jahat dan Haram! Nanti susah mau tidur tuu. Hati pun tidak senang bah! Bukan itu saja, berdosa bah mcm tuu! Dan tampias-tampias berkat dari Tuhan pun tidak dapat. Jadi, carilah duit dgn cari yang Bagus supaya tidak Hangus di neraka nanti. He he he....

Bah, kalau tidak ada duit, cari kerja atau buat kerja. Kalau dah terdesak, pinjamlah tapi jangan dah dapat main lupa-lupa pula tidak mau bayar. Ingatlah, kalau dah tak mampu bayar balik, terus terang saja bah. Kasi tahu,"Saya minta wang, bulikah?" (Jangan hairan jika tidak kena kasi ahh.)

Jangan cakap,"Saya mau pinjam duit, bulikah?" Mungkin ini ada harapan dapat tapi kalau dah tau tak mampu membayar, bagus minta saja bah! Jadi, tidak juga susah-susah bayar balik dan orang pun tak tertungguh-tungguh mengharapkan bayaran.Pendek kata, jangan malu meminta sedekah atau derma secara iklas dan jujur. Tapi jangan pula balik-balik minta. Nanti orang pun bosan! Malu-malulah bah sikit. Biasanya orang tak berapa kisah kalau sekali-sekala meminta, tapi kalau bailk-balik orang pun pandai marah bah!

Ingat-ingatlah kalau masa ada duit pandai-pandailah berjimat. Gunakan wang dengan baik dan jangan boros berbelanja. Dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit didalam bank supaya kalau ada masalah kewangan, korek aje bank sendiri, jangan korek poket orang atau rompak bank! Bah, pandai-pandailah didalam hal mengurus wang sendiri dan jangan asyik berhutang nanti kena "buang."(Sakit bah tuu kena tendang dan tumbuk gara-gara tak bayar hutang.) Kata Pak Janggut, "Kalau dah Kaya, jangan boros berbelanja dan jangan lokek!; Kalau Miskin pun, elakkan berhutang! Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan anda." Nah! Kalau macam ini, pasti hidup aman dan bahagia. He he he ....

Thursday, February 11, 2010

Sebelum daun-daun berjatuhan....

Sebelum daun-daun berjatuhan ke tanah, mereka  berbakti sehinggalah sampai waktunya mereka layu, mati dan berjatuhan ke tanah. Tapi aksi berbakti  tidak tamat disini saja. Kerana mereka terus berbakti walaupun dah ampai-ampai di tanah dengan menjadi baja sehingga tanah menjadi subur! Ini bererti mereka telah berbakti sehingga tamat kehidupan mereka dibumi ini.

Sesungguhnya, kisah ini   memberi kita kesedaran dari kedegilan dan kemalasan kita untuk berbakti kepada sesama insan. Kisah ini memberi kita petunjuk didalam hal berbakti.  Jadi, kalau kita mahu berbakti dengan melakukan kebaikan kepada orang lain maka, kita lakukanlah perkara ini bukan sekadar sekali-sekala. Tetapi, sepanjang hidup kita didunia ini. Pendek kata, kalau mahu berbakti kepada sesama manusia, jangan alang-alang! Berbakti sepanjang masa sehingga mati! Dalam erti kata yang lain, Jangan bosan berbuat baik kepada sesama manusia.

Friday, January 29, 2010

Hujan di tengah hari...

Di awal-awal pagi matahari bersinar dengan terang dan di langit pula tak kelihatan awan-awan hitam. Semua ini memberi gambaran bahawa sepanjang hari cuaca adalah baik. Tapi kadang-kadang hujan pula di tengah hari dan ini merosakkan aktiviti atau agenda  yang sudah dirancang diawal-awal pagi lagi. Perkara seperti ini bukan suatu yang baru dan mengejutkan kerana ia dah beberapa kali terjadi. Maka tak perlulah bersedih, kecewa dan marah-marah. Keadaan seperti ini adalah diluar kuasa kita seperti  kata orang," Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan."

Walau bagaiman pun apa yang penting ialah kita sentiasa membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu perkara. Amalan ini memang baik sekali dan ini haruslah menjadi pegangan didalam hidup kita setiap hari. Jadi, rancang dulu, barulah buat. Jangan "main hantam" saja kerana ini boleh membawa keburukan dan kerugian kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Jadi, kalau mahu melakukan sesuatu, buat dulu perancangan atau persiapan sebaik-baik yang mungkin.. Lepas itu, barulah dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan atau mengikut pelan tindakan. Jangan tukar-tukar pelan. Buat apa yang sudah dirancang supaya   kejayaan adalah  lebih cerah dan kegagalan dapat dielakkan. Nah! Inilah kebaikan ada persediaan dan perancangan. Jestru itu, selalulah membuat perancangan dan persiapan sebelum membuat sesuatu perkara atau kerja.

Tuesday, January 5, 2010

Pedoman Kewangan

Kalau dapat gaji bulanan, apakah yang anda buat dengan wang berkenaan? Terus enjoy kah? Belanja-belanja kawan "Aramai Tii" kah? Atau anda sudah ada cara tersendiri bagaimana mengurus wang berkenaan? Kalau tidak ada berikut adalah pedoman am bagaimana anda mengurus Wang Masuk(gaji) anda dengan baik. Pedoman ini adalah berdasarkan kepada beberapa buku yang saya pernah baca.

1) Simpan 20% daripada gaji anda.Contohnya, jika gaji anda adalah RM800/= Ini bererti anda simpan RM160.Ini boleh disimpan di Bank atau dilaburkan dengan membeli saham misalnya saham ASB.
2) Ambil 10% untuk "enjoy" sendiri. Misalnya menggunakan wang ini memakan makanan yang paling anda suka.
3) 70% daripada gaji anda pula digunakan untuk membeli keperluan asas seperti barang-barang makanan. Misalnya beras, minyak, gas, gula dan lain-lain lagi keperluan dapur. Dan wang ini juga digunakan untuk  membuat pembayaran-pembayaran yang penting misalnya bil letrik, bil air, pinjaman atau loan dan sebagainya.

Ingatlah, bahawa sangat penting kita ada perancangan didalam hal menggunakan wang(gaji). Kita mesti pastikan bahawa kita berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Janganlah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan kita. Kerana ini akan menyebabkan masalah kewangan didalam hidup kita.

Berbelanja melebihi daripada gaji menyebabkan kita terpaksa berhutang kerana mahu menampung keperluan kewangan kita. Tetapi ini bukanlah cara yang baik  disudut kewangan. Kerana kalau kita biasa berhutang maka kita sentiasa akan dibebani dengan hutang dan ini menyebabkan hidup kita  tidak aman dan bahagia. Sebab itu elakkan berhutang dengan berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Jadi, dengan cara ini kita bebas daripada hutang dan ini menyebabkan kita dapat hidup dengan  tenang dan bahagia. Maklumlah tidak ada hutang!

Kalau ada perbelanjaan kita yang merugikan dan menyebabkan masalah kepada kewangan kita, hentikanlah atau buangkah perkara berkenaan. Misalnya merokok. Berhentilah merokok supaya wang untuk membeli rokok boleh digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan baik. Disamping itu, jangan gila membeli loteri atau bermain judi. Buanglah tabiat-tabiat yang buruk dan merugikan diri sendiri.Kerana kecenderungan kepada perkara-perkara ini boleh membawa kepada masalah kewangan didalam hidup kita. Dan dalam jangka masa yang panjang, sangat merugikan kepada diri sendiri. Sebab itu, hentikan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang kurang berfaedah dan tidak menguntungkan.

Pendek kata, pakailah wang pendapatan/gaji dengan bijak. Aturlah perbelanjaan  dengan baik Dahulukan perkara-perkara yang penting sekali dan utamakan perkara-perkara yang terutama dulu. Dan elakkan berhutang! Kalau perkara-perkara ini dapat kita lakukan maka kita dapat hidup tanpa masalah kewangan dan ini sudah tentu membawa ketenangan, dan kebahagian didalam hidup kita. Meskipun kita tidak kaya tetapi yang penting kita tidak berhutang dan tidak miskin papa kedana!

Monday, January 4, 2010

Tahun Baru dan berazam baru lagi.

Kita sudah masuk hari yang ke-empat didalam Tahun baru, apakah azam baru yang dibuat pada hari pertama Tahun baru masih segar didalam fikiran? Atau dah pun lupa. Biasanya diawal tahun baru kita beria-ia dan berkobar-kobar untuk membuat suatu yang baru sempena dengan tahun baru. Antara azam yang biasa dibuat adalah seperti berikut:Berhenti merokok, Berhenti meminum minuman yang memabukkan, luangkan masa yang lebih bersama dengan anak-anak dan keluarga, tidak boros berbelanja, membayar hutang, belajar lebih sungguh-sungguh, meningkatkan keuntungan bisnis, berkerja lebih keras, lebih sabar, lebih mencintai, mengurangkan berat badan, menjadi orang yang beriman  yang lebih baik dan sebagainya.

Membuat resulasi atau membuat suatu target untuk dicapai adalah satu perkara yang baik. Tapi sasaran yang perlu dicapai haruslah disertai dengan ketabahan untuk mencapainya. Sebarang kelalaian dan ketindak-sungguhan akan mengakibatkan sasaran berkenaan tidak tercapai atau lambat sekali untuk dicapai. Sebab itu, kalau sasaran sudah ditentukan maka berjuanglah sungguh-sungguh untuk mencapai sasaran berkenaan. Jangan mudah berputus asa erutama sekali apabila mengalami  rintangan dan kegagalan. Cuba lagi dan teruslah mencuba sehingga berjaya.

Jadikan kegagalan sebagai penyuntik semangat untuk berjuang lebih gigih untuk mencapai sasaran yang ingin dicapai. Pendek kata, jangan mudah mengangkat bendera putih. Cuba lagi dan teruslah mencuba sehingga mencapai kejayaan. Kerana azam mesti diusuhakan agara ianya tercapai. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Tetapi seperti kata orang alang-alang memegang bara biar sampai menjadi arang! Jestru itu, marilah kita perjuangkan sungguh-sungguh AZAM BARU yang kita buat pada Tahun Baru. Semoga berjaya!