Monday, September 24, 2012

Melakukan KEADILAN.

Melakukan KEADILAN adalah satu perkara yang baik dan murni untuk dilakukan. Sebagai manusia kita mestilah sentiasa bersifat adil dan mempertahankan prinsip-prinsip keadilan. Bersifat berat-sebelah atau pilih-kasih adalah bertentangan dengan prinsip keadilan. Sebab itu kita mestilah menjadi perkara yang berunsur tidak adil dan tidak baik.

Misalnya orang-orang yang berada dan kaya yang menindas dan memeras para pekerjanya yang tak berpelajaran dengan tidak  memberi layanan dan kemudahan  yang baik kepada mereka seperti pemberian gaji yang tak berpatutan,  tak memberi EPF dan insuran kepada para pekerjanya.  Para "tokey" dan majikan ini mestilah  diberi kesedaran mengenai tanggungjawap mereka kepada pekerja mereka.

Demikian juga dengan orang-orang yang memperalatan dan mengeksploitasi orang-orang yang miskin mestilah didakwa sesuai dengan Undang-undang yang sedia-ada. Mereka perlu diadil demi memberi keadilan kepada orang-orang yang  menjadi mangsa kejahatan dan ketidak-adilan mereka.


Walau bagaimana pun perlu kita ingat bahawa Melakukan KEADILAN bukanlah bertujuan  untuk membalas dendam tetapi melakukan apa yang benar dan  patut dilakukan demi KEADILAN. Jestru itu, marilah kita sentiasa berlaku adil kepada sesama manusia tanpa mengenal latarbelakang, bangsa, pangkat, kedudukan dan agama orang.