Thursday, April 16, 2009

Main judi

Main judi kini begitu popular dimana-mana sahaja. Dulu saya ingat main judi ini taklah begitu popular. Tetapi kini, ianya sudah menjadi-jadi. Dulu orang biasanya main judi pada hari Tahun Baru Cina. Dan ini memang tidak menghairankan. Tapi kini, apabila beberapa orang berkumpul, mereka main judi. Misalnya didalam upacara pertunangan, majlis perkahwinan dan Majlis kesyukuran.
Walau bagaimana pun yang paling menyedihkan ialah semasa ada orang mati. Masa ini sepatutnya digunakan untuk berkabung. Jadi, orang sepatutnya menunjukkan tanda perkabungan dan kesedihan dimasa ini. Sebab itu, permainan judi janganlah diadakan. Hormatlah kepada orang mati. Elakkanlah perjudian pada masa menyedihkan ini. Luangkanlah masa untuk berdoa untuk si mati dan menghibur ahli-ahli keluarga yang kehilangan seseorang yang mereka kasihi.
Tuah rumah pula, janganlah terlalu tamak dengan "sponsor keranda" atau "kopi o" seperti RM100.00 satu malam yang diberi oleh para ketua judi. Katakan TIDAK! Kalau mereka tidak menhormati keputusan anda, suruh saja mereka pergi ke tempat lain untuk berjudi. (Sikit juga kasi makan!) Dan kalau mereka tetap keras kepala, panggil saja polis. Sebenarnya, berjudi adalah salah disisi Undang-undang.
Saudara dan saudari, saya fikir tidaklah baik kalau ada salah seorang daripada ahli keluarga kita yang meninggal dunia ianya dibiayai dengan "wang kotor." Saya fikir lebih baik, kalau ada masalah kewangan semasa ada kematian didalam keluarga kita, bolehlah meminta derma atau meminjam wang sesuai dengan keperluan. Pendek kata, dapatkan "wang bersih" untuk membiayai perbelanjaan si mati.
Ingatlah! Jangan beri kebenaran kepada para "kaki judi" untuk berjudi semasa ada kematian. Biarlah orang berkata kita sombong kerana tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk berjudi. Yang penting kita tidak mencemari peristiwa yang sedih ini dengan perjudian. Kerana masa kematian adalah masa berkabung dan bukannya masa berjudi.