Monday, March 12, 2012

Gara-gara kahwin.

Ada orang gara-gara mau kahwin, sanggup berhutang sana sini kerana mahukan majlis perkahwinan yang  meriah dan gemilang! Meskipun, tidak salah buat  perkahwinan secara besar-besaran  tapi kalau tak mampu, secara sederhana pun cukuplah bah!  Yang penting sudah kahwin.

Bah, Kalau tidak cukup duit, bagus jangan kahwin  dulu bah. Tunggu sehingga ada kewangan yang mantap, barulah kahwin. Tidak bagus bah main hutang-hutang didalam hal berkahwin. Nanti sudah kahwin tidak pula bahagia kerana asyik membayar hutang.

Biarlah majlis perkahwinan itu sederhana yang penting tidak berhutang. Maka dengan itu permulaan kehidupan suami-isteri  dapat bermula dengan baik dan tanpa apa-apa kerisauan dan kebimbangan. Kerana semuanya "selesai" dan tidak ada apa-apa hutang selepas berkahwin.

Sesungguhnya, Hidup tanpa hutang  menyenangkan hati dan menceriakan fikiran serta membahagiakan kehidupan.Amin.