Ada Ibubapa diam-diam menderita.Ada kalanya mereka meluahkan Keluhan....
"Biarlah......setelah bersusah-payah
membesarkan anak-anak
mereka "bercakap besar"
kerana berpelajaran tinggi
Namun hakikatnya tak berubah
anak-anak berpelajar tinggi
kerana titik peluh ibubapa.
Biarlah anak-anak tak ada masa lagi
untuk bersama-sama dengan kami
kerana sibuk.
Harap-harap apabila kami
dah jadi abuk mereka takkan
mencari kami.
Kerana yang penting
kami sebagai ibubapa
dah mencuba sedaya-upaya
memberi yang terbaik untuk
kebahagiaan mereka.
Biaralah mereka seolah-olah
dah lupa pada kami.
Hakikatnya mereka tetap
anak-anak kami!
(BAH! INGAT-INGATLAH IBU-BAPA ANDA!)