Friday, November 7, 2008

Cikgu Bin Guru

Masihkah anda ingat para guru yang pernah mengajar anda semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah? Mungkin dah lupa-lupa, bukan? Atau mungkin ada juga yang anda ingat terutama sekali guru yang baik-baik dan guru-guru yang dianggap tegas dan "jahat" mungkin masih segar didalam fikiran anda. Memang ada guru yang hilang pertimbangan atau mungkin kerana begitu geram dengan kenakalan atau kelemahan atau mungkin juga dengan kedegilan dan kebodohan pelajar mereka telah bertindak agak keterlaluan sehingga ada para murid atau pelajar yang menjadi mangsa sifat ketidaksabaran mereka. Tetapi, kebanyakan para guru adalah baik dan perhatin. Mereka mahu melihat para murid mereka berjaya didalam pelajaran mereka.

Bagi saya, para guru tetap diantara insan yang tak mungkin dapat saya balas jasa dab bakti mereka kepadaku. Kerana dedaksi dan ketabahan mereka menjalankan tugas sebagai guru maka saya pandai menulis, membaca dan mengira. Kalau bukan kerana mereka manalah saya saya pandai menulis nama sendiri; Dan kalau bukan kerana hasil tunjuk-ajar mereka manalah membaca!(Pasti jadi buta huruf bah! dan surat cinta terpaksa minta tolong kawan baca. He he he...); Dan kalau bukan mereka manalah saya pandai mengira. (Kalau mau jadi tokey susah oh!) Syukurlah diatas jasa baik para guru. Sekurang-kurang pandai dan lulus juga 3M.

Sesungguhnya, hidup pastinya susah dan perit malah mungkin menderita kalau tulisan pun macam cakar ayam dan buta huruf. Tetapi, kerana jasa para guru maka kebanyakan daripada kita yang pernah dididik oleh para guru kita mempunyai kehidupan yang baik dan selesah. Malah ada diantara kita hidup dengan bahagia, kaya dan mewah. Kenapa? Kerana hasil daripada tunjuk-ajar para guru kita. Jestruitu, janganlah kita lupa para guru yang pernah mengajar kita. Kalau terjumpa mereka dimana, jangan lupa memberi salam dan ucapkan "Terima Kasih, Cikgu kerana mengajar saya dulu. Terima kasih banyak-banyak." Dan....kalau ngam-ngam ada bulan muda atau ada RM didalam saku, bah! Bawalah cikur makan dan minum. Kasih belanja bah! Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Bagus juga sambil makan, kita berborak-borak atau bercerita.

Bagi guru-guru yang mungkin anda anggap sebagai "jahat" biarlah perkara itu berlalu. Maafkanlah guru-guru berkenaan. Kerana mungkin tindakan mereka pada masa itu manasabah dan berbaloi juga untuk kita. Mungkin kalau mereka tidak "mengajar dengan keras" mungkin sampai sekarang kita masih orang yang keras kepala dan mungkin pada hari ini kita masih "budak nakal" dan menjadi "sampah masyarakat. Tetapi disebabkan oleh ketegasan mereka yang kita anggap "jahat" , mereka telah berhasil memimpin kita menjadi manusia yang berdisplin, berjaya dan berguna kepada masyarakat dan kepada negara.

Kisah yang pahit tak perlulah diungkit-ungkit lagi dan dikenang-kenang. Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah yang tidak perlu diheboh-hebohkan. Kata orang: " Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh."Sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak hakikat ini tidak dapat kita sangkal dan nafikan bahawa: Guru berjasa kepada kepada kita dan jasa mereka itu tidak mungkin dapat kita balas dengan wang dan harta. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan dengan iklas "TERIMA KASIH CIKGU, KERANA MENGAJAR SAYA."
Akhir sekali, Wahai para guru yang budiman, teruskan perjuangan dan kerjaya kamu yang mulia dan terhormat itu. Kami sebagai bekas murid sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa baik kamu. Tapi, semoga dengan ucapan "Ribuan Terima Kasih" dapat diterima dengan baik. Dan kalau ada kesalahan kami yang dimasa-masa lalu sehingga menyakiti hati cikgu, kami pun meminta maaf. Cikgu-cikgu dan guru-guru," GOD BLESS ALL OF YOU.AMIN."

Tuesday, November 4, 2008

Kena Marah & Marah marah

Pernahkah anda kena marah? Siapa yang marah? Kenapa kena marah? Apa pelajaran/pengajaran yang anda dapat setelah kena marah? Adakah apa-apa kebaikan kena marah? Pernahkah anda marah?

Biasanya kita kena marah kerana membuat kesalahan atau kesilapan atau kerana cuai didalam melakukan sesuatu kerja ; Atau kerana kita malas misalnya tak buat kerja rumah atau ponteng sekolah maka dimarahi oleh guru yang perhatin; Atau kerana keras kepala. Misalnya diberi kebenaran oleh ibubapa keluar malam dengan syarat pulang sebelum tengah malam tetapi lambat pula pulang. Dah pagi baru pulang. Ibubapa yang mana tak marah kalau macam ini? Sudahlah lambat pulang, talipon pun tidak, hantar SMS pun tidak. Patutlah mereka marah. Hati mana yang tidak risau dan gelisah memikirkan keselamatan anak yang dikasihi; Atau kerana terlalu “tamak” didalam sesuatu hal. Misalnya makan atau minum terlalu banyak sehingga orang lain tidak ada bahagian! Jadi, didalam hal ini tidak hairanlah kalau kena marah; Atau lambat datang kerja tapi awal pulang. Patutlah boss marah-marah! Atau dimarahi polis kerana tidak mematuhi Undang-undang. Lampu dah merah pun mau jalan juga. Nanti keluar merah-merah gara-gara “accident” baru tau!

Jadi mungkin kita dah pernah mengalami dimarahi oleh bapa, ibu, kakak, abang, adik, nenek, datuk, polis, tokey, guru, jiran, pengawai, suami, isteri, girlfriend, boyfriend, guru agama, boss, pengawal keselamatan dan sebagainya. Cuba renung sedalam-dalamnya kenapa kita kena marah? Biasanya kita dimarahi kerana telah membuat kesilpan atau kesalahan. Sebab itu, kita ditegur dengan suara yang keras. Ini memberi gambaran bahawa apa yang kita buat adalah salah. Dan biasanya kita ditegur supaya berubah. Bukan untuk menjadi orang jahat tetapi supaya menjadi orang yang baik. Jadi inilah yang dikatakan “Marah kerana sayang.” Jadi didalam kontex ini, kemarahan boleh diterima dan manasabah. Tapi, janganlah marah-marah tak tentu pasal. Misalnya terbawa-bawa gara-gara kecewa atau akibat dimarahi oleh “boss” di pejabat atau orang lain. Ini tak logik dan salah. Jadi kalau marah, biarlah ianya manasabah. Walau bagaimana pun janganlah terlalu marah sehingaa mencederakan orang lain. Cukuplah dengan suara yang agak keras tetapi dengan kata-kata yang membina. Bukan dengan kata yang mengutuk, memaki-maki dan memburuk-burukkan orang yang dimarahi. Elakkan perkara ini. Jadi, kalau marah, marah jugalah…tapi didalam KASIH. Pendek kata tegurlah dengan baik dan didalam KASIH dan cubalah kawal nada suara. Jangan dengan nada yang terlalu tinggi seperti “main teriak-teriak.” Tak baiklah macam ini!

Memang ada kebaikan juga kena marah. Kerana ini menyedarkan kita tentang kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan. Dan dengan ini kita boleh mengambil langkah yang baru untuk memperbaiki diri kita agar menjadi baik dan tidak dimarahi lagi. Jadi, belajarlah daripada kesilapan. Dan jangan lupa berterima kasih kepada orang yang memarahi atau menegur kita kerana mereka membetulkan sikap atau perbuataan kita yang salah. Hargailah teguran yang baik meskipun ianya disertai dengan nada yang agak tingggi dan dengan muka yang agak “asam.” Jika kita renungkan, orang yang memarahi atau menegur kita kerana kita bersalah sebenarnya sayang kepada kita. Mereka tidak membiarkan kita menjadi manusia yang jahat. Tetapi mereka mahu kita menjadi manusia yang baik dan berguna. Itulah sebabnya mereka memarahi atau menegur kita supaya kita boleh berubah dan memperbaiki diri kita. Sesungguhnya mereka ini perhatin dan sayang kepada kita. Jadi, kalau ibu atau bapa marah-marah, itu mungkin kerana mereka sayang bah…

Bah! Ini ada sedikit pedoman didalam hal marah: 1) Kalau anda marah. Marahlah dengan baik-baik dan pastikan anda marah atau menegur kerana ada alasan atau sebab yang betul dan manasabah; 2) Jangan sembarangan marah orang tanpa alasan atau sebab; 3) Jangan sikit-sikit marah. Sakit bah tuu kena marah!; 4) Jangan kuat marah nanti kena marah, baru tau!; 5) Sabar -sabarlah selalu; 6) Jangan marah sambil memaki-maki. Tak baik bah macam ini; 7) Marahlah kerana sayang;Tegurlah didalam kasih; Kalau marah jangan sampai tangan pun marah; 9) Kalau kena marah kerana buat salah, akuilah kesalahan itu dan cepat-cepatlah memohon maaf; 10) Jangan lupa mengucapkan “Terima Kasih” kepada orang yang memarahi atau menegur kita. Hargilah teguran atau kemarahan yang baik, logik, betul dan manasabah. Tetapi, kalau boleh janganlah marah-marah. Sabarlah selalu.
Akhir sekali, bagus juga bah kena marah-marah kan? Pandai berubah bila kena marah. Kalau tidak kena marah mungkin tak jadi orang baik. Dan kalau marah, marah jugalah... tapi janganlah sikit-sikit marah. Sakit hati bah tuu kalau kena marah-marah aje. Dan kalau dah merajuk, susah pula mau pujuk-pujuk. Jadi, lebih baik jangan main marah-marah. Tegurlah dengan senyuman yang terukir diwajah dan dengan suara yang tenang, jelas dan baik. Elakkan nada yang tinggi dan yang penting sekali janganlah tunjukkan muka macam "bulldog" atau macam "burung hantu." Jestru itu, marilah kita belajar SABAR SELALU didalam segala hal dan didalam apa jua keadaan. Ingat yaa...kalau kita suka marah-marah, nanti suatu hari nanti kita pun kena marah balik tu! Bukan sekadar itu, silap-silap kena boikot lagi tuu! Dan mungkin tiada orang mau kawan dan kalau sampai ke tahap yang teruk mungkin tiada orang mau kahwin dengan kau! He he he....