Monday, August 18, 2014

Tuai apa yang ditanam, betul atau salah?

Ungkapan  yang berbunyi:"Tuai apa yang ditanam." Kata-kata ini memang banyak kebenarannya. Kerana biasanya kita dapat apa yang kita tanam. Misalnya menanam biji rambutan. Pasti apa yang tumbuh adalah pokok rambutan bukan mangga. Walau bagaimana pun samada buahnya manis atau asam bergantung kepada jenis dan  baka biji yang ditanam. Kalau  biji itu daripada baka yang manis dan baik, maka buahnya adalah sedemikian juga. Tapi didalam masa yang sama adakalanya kita tidak mendapat apa-apa  sesuai dengan   apa yang diharapakan. Misalnya kita tidak mendapat apa-apa hasil daripada tanaman kita.   Kerana ianya tidak tumbuh atau tidak berbuah atau kerana sebelum kita sempat memetik buah-buahnya kerana diambil orang tanpa kebenaran. (Dicurilah bah tuu!). Rugi kan.....
 
Selain daripada itu, kualiti dan mutu buah berkenan juga bergantung kepada  beberapa factor yang lain seperti jenis tanah, keadaan cuaca dan penjagaan dan pemeliharaan  semasa ianya sedang tumbuh. Jestru itu,  kita dapat simpulkan bahawa kita  tidak semestinya menuai apa yang kita tanam terutama sekali didalam kontex dan  bidang pendidikan dan pembentukan anak-anak.
 
Ibubapa biasanya mencuba sedaya-upaya untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik supaya anak-anak mereka manjadi manusia yang baik, berpendidikan, berdisiplin, berguna dan beriman. Tetapi adakalanya apa yang diharapan tidak menjadi kerana anak-anak berkenaan tidak begitu menghargai didikan dan asuhan ibubapa. Ini menyebabkan mereka bukan pula menjadi anak-anak yang bersifat baik tetapi menjadi "anak-anak nakal." 
Maka dengan itu, ungkapan yang menyatakan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam," tak semestinya  selalu tepat dan  benar. Kerana "kepincangan" boleh terjadi pada bila-bila masa mengikut keadaan dan mengikut sifat dan tahap penerimaan anak-anak berkenaan. Dan ini adalah diluar kawalan kita. Apakan
 
Jadi, bagaimana sifat mereka menerima, mendalami dan  menghayati pendidikan yang diberikan oleh ibubapa adalah bergantung kepada sifat penerimaan, keterbukaan, dan  kerjasama mereka.  Keiklasan  dan kejujuran mereka dan  tanpa  memakai apa-apa topeng  kepura-puraan, kepalsuan, penipuaan, kejahatan dan ketidak-jujuran. Sifat mereka yang baik dan positif  adalah penentu utama  samada hasil pendidikan itu  baik atau pun  tidak.
 
Selain daripada itu, adakalanya  kita mendapat diluar jangkaan kita kerana hasilnya lebih baik daripada yang kita harapan. Misalnya anak yang tak begitu bijak didalam pelajaran  tetapi   menjadi seorang mekanik atau petani yang  Berjaya dan Bergaya.@ kaya.
 
Jadi, ungkapan bahawa kita "Tuai apa yang ditanam" tak semestinya selalu betul. Adakalanya ianya berlaku disebaliknnya. Mungkin buruk, atau baik  atau lebih baik dan mungkin lebih menakjubkan!
 
Akhir sekali, janganlah merasa kecewa dan marah seandainya apa yang kita harapan kita tak dapat. Apa yang penting ialah kita telah berusaha. Bersabarlah dan cuba lagi. Kalau hari ini, hasilnya tak baik,  cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah mendapat hasil yang  baik dan lumayan. Jangan mudah berputus asa. Teruskan perjuangan sehingga Berjaya. Bah! Selamat Mencuba. Semoga Berjaya.