Thursday, March 12, 2009

Hal Kasih pinjam duit

"Bulikah kau kasi pinjam saya duit? Saya susah betul nii. Bulikah?" Apakah jawapan anda kalau ada kawan atau ahli keluarga sendiri mahu pinjam wang daripada mu? Anda kasih begitu saja tanpa apa-apa perjanjian bertulis kerana orang yang pinjam itu adalah orang yang anda kenal betul? Ada perjanjian tetapi secara lisan. Main mulut saja.
Didalam hal meminjamkan wang kepada sesiapa adalah penting ktia bertindak secara bijak. Kerana kalau soal meminjamkan wang kepada orang lain memang senang saja tetapi, soal meminta pembayar balik ini yang agak rumit malah susah sekali. Kerana biasanya orang mudah meminta tetapi susah membayar balik. Kadang-kadang bila balik-balik diingatkan, orang tu marah pula dan kita pula yang kena marah balik! Sebab itu, adalah baik sekali sekiranya ada kawan atau ahli keluarga yang mau pinjam wang diadakan beberapa perjanjian atau syarat yang dipersetujui bersama-sama secara bertulis dengan disaksikan sekurang-kurang dua orang saksi. Hal ini penting sekali terutama sekali jika melibatkan jumlah wang yang besar atau agar besar. Ini adalah demi menjaga keselamatan, kepentingan dan hak anda sebagai pemilik atau "tokey."
Butir-butir nama penerima atau peminjam menurut MyKad, jumlah wang yang dipinjam, tempoh membayar, cara pembayaran, berapa bunga dikenakan jika diadakan, dan bentuk tindakan sekiranya gagal membayar mengikut tempoh dan masa. Ini adalah beberapa aspek yang utama yang perlu diambil-kira bila memberi pinjaman kepada orang. Selain daripada itu, kemampuan orang itu untuk membayar balik juga perlu diambil kira. Kalau mengikut pandangan anda dia boleh membayar balik kerana ada sumber pendapatan yang stabil dan baik maka, permintaannya boleh ditunaikan. Tetapi jika dia tidak ada kemampuan maka boleh juga diberi pinjaman tetapi, janganlah terlalu besar. Kerana risikonya besar juga. Atau kalau apa yang dimintanya adalah kecil sahaja maka, mungkin baik didermakan sahaja secara jujur dan iklas. Dengan ini anda bebas daripada apa-apa tension menungguh pembayarannya balik. Dan dalam masa yang sama anda telah berbakti kepada orang yang susah. Pasti aksi anda ini membawa kelegaan dan kebahagian didalam hidup orang berkenaan.
Ingat-ingatlah, perjanjian secara lisan atau mulut tidak selamat. Kerana Si berhutang boleh memberi berbagai-bagai alasan bila dia gagal membayarnya. Malah dia boleh pura-pura lupa:" Saya tidak ingat yang saya pernah pinjam duit dari kau! Mana saya ada hutang dari kau!" Jestru itu, tidak ada perjanjian hitam dan putih memang berisiko tinggi. Silap-silap haribulan wang anda akan lesap begitu saja. Tidak kena bayar dan anda tidak ada cara untuk membuktikan bahawa dia telah berhutang kepadamu kerana tidak ada surat perjanjian. Dengan ini anda yang rugi. Semuanya gara-gara kerana terlalu percaya kawan atau ahli keluarga. Walau bagaimana pun, kalau jumlah yang dipinjam itu kecil sahaja seperti RM5.00 atau RM10.00 maka, perjanjian secara lisan bolehlah dipakai. Kalau si kawan atau si berhutang tidak membayarnya setelah berulang kali diingatkan maka anggaplah itu sebagai derma atau sedekah saja kepadanya.
Kesimpulannya, kalau mau kasih hutang wang kepada orang baik kepada kawan atau ahli keluarga sendiri, buatlah perjanjian yang jelas dan secara bertulis supaya jika timbul apa-apa masalah dimasa akan datang ada "Kertas Rujukan" yang sah! Pendek kata, jangan terlalu "cinsai" (lalai) didalam hal meminjamkan wang kepada orang lain. Nanti sendiri yang bercucuran air mata!