Tuesday, March 3, 2009

Merokok? Apa gunanya?

Masih segar didalam ingatanku, kisah yang bertahun-tahun yang lalu iaitu semasa memasuki alam remaja. Ya.... betapa indahnya tertarik dengan seseorang yang cantik dan lawa! Tetapi, didalam masa yang sama saya juga tertarik dengan gelagat kawan-kawan sebaya yang mahu menunjukkan keberanian dan kedewasaan dengan berjinak-jinak dengan rokok. Tapi, takut juga kena marah oleh ibubapa maka merokok main tapuk-tapuklah....Tapi bila pergi rumah nenek/datuk nak tunjuk hero konon.... jadi merokok didepan mereka lah.
Untunglah datuk memberi nasihat yang baik: " Kau lihat saya nii, batuk-batuk. Inilah gara-gara merokok tapi saya tapi dapat berhenti lagi. Dah terlambat. Susah mau berhenti. Dah ketagih dah....Tapi kau tuu baru belajar. Berhentilah. Jangan ikut tabiat saya. Bagus lagi kau pakai itu duit pegi makan mee sup. Kau kenyang lagi. Merokok tidak kasi kenyang. Bikin banyak belanja saja dan bikin rusak badan. Bah....berhenti kamaa...." Demikianlah katanya sambil batuk-batuk beberapa kali.
Yaaa.......memang suatu nasihat yang paling bagus sekali. Saya melihat logik dan kebenaran kata-kata datuk saya, lalu saya berhenti kerana buat masa itu belum ditahap ketagih atau di tahap yang susah mau berhenti lagi. Kini saya bebas. Kalau saya tidak mendengar nasihatnya mungkin sampai sekarang saya masih bermain-main dengan asap.
Memang banyak sebab dan alasan orang mereokok. Antaranya ialah, konon-konon mahu tunjukkan keberanian, tanda lelaki macho!, kasi panas-panas badan, untuk menghalau nyamuk dan sebagainya. Yaaa.....demikinlah beberapa alasan untuk meneruskan tabiat yang tidak berfaedah dan bikin banyak belanja. Sayang itu duit kena bakar begitu saja....
Bayangkanlah kalau anda berbelanja RM3.00 sehari. Ini bererti RM90.00 sebulan dan RM1080.00 setahun. Dan RM10,800.00 didalam masa 10 tahun. 20 tahun pula adalah RM21,600.00; 30 tahun-RM32.400.00! Banyak bah wang yang terbuang begitu saja. Sayang kan? Tapi, kalau wang untuk memberi rokok disimpan didalam bank, kan selepas 30 tahun ada juga wang. Loaded juga sikit-sikit. Untungkan! Jadi, kalau mau "kaya" atau ada juga wang yang lumayan dihari tua, janganlah belajar merokok kalau belum pandai merokok. Kalau dah pandai merokok, berusahalah dengan sepenuh hati untuk berhenti. Janganlah membeli rokok lagi.
Jadi, janganlah buang puntung-puntung rokok lagi tetapi buanglah "wang rokok" kedalam bank supaya ada juga keuntungan di kemudian hari. Kerana "Wang rokok" dapat bunga wang mah....Tapi, kalau tidak berhenti merokok, jangan hairan di kemudian hari anda akan mendapat "bunga" yang lain-lain seperti "bunga-bunga kanser" atau berbagai-bagai jenis "bunga penyakit" gara-gara main asap!
Jestu itu, amalkankan cara hidup yang sihat dan baik. Jauhilah rokok dan berhentilah merokok agar kesihatan badan terpelihara. Jadi, janganlah membazir wang dengan membeli rokok. Belilah benda-benda yang berguna dan berfaedah. Sayangilah kehidupan anda dan hiduplah dengan bijak. Ingatlah, hidup ini adalah pemberian dan kurnia Tuhan yang Maha Esa. Jestru itu, marilah memelihara dan menghargainya dengan tidak membahayaknya kehidupan sendiri. Amin.