Monday, October 1, 2012

Perlukah...

Kita berlumba-lumba mengejar kekayaan di dunia ini tetapi sedarkah kita bahawa semua yang kita dapat didalam dunia ini akan kita tinggalkan? Harta-benda yang kita kumpulkan, wang yang banyak yang kita simpan di bank, pangkat dan gelaran yang kita dapat dan lain-lain lagi....SEMUA INI akan kita tinggalkan apabila kita meninggal dunia. Inilah perkara yang pasti akan terjadi kepada diri kita tanpa mengira  bangsa, kedudukan, agama dan pangkat. Malah badan kita yang segak dan cantik akan hilang. Reput dan menjadi tanah.

Bila difikirkan secara mendalam, perlukah kita mengumpul harta-benda begitu banyak? Perlukah kita membina rumah begitu besar? Perlukah kita memiliki wang berjuta-juta? Begitu juga denga kereta, handphone, komputer dan lain-lain lagi benda, perlukah kita memiliki begitu banyak harta benda?

Macam tak perlukan! Maka dengan itu, beli dan miliki apa yang kita perlukan sahaja sementara berada didalam dunia ini. Tak perlulah memiliki terlalu banyak harta-benda. Cukupkan diri dengan apa yang diperlukan kerana semua harta kita akhirnya akan kita tinggalkan juga. Jadi, Janganlah kita gilakan mengumpul terlalu banyak harta duniawi. Kerana ianya bukan dibawa mati. Jestru itu, amalkanlah kehidupan yang sederhana dengan memiliki keperluan-keperluan  asas yang mencukupi seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang sesuai dan memadai. Yang lain-lain tuu bolehlah dilupakan atau tangguhkan.