Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Jangan kasi malu bah!

Sejak kebelakangan ini ada beberapa guru memasukkan karangan anak murid mereka didalam "Facebook." Karangan berkenaan memang lucu juga tetapi sedarkan para guru berkenaan bahawa tindakan mereka ini jelas menjatuhkan maruah murid berkenaan. Karangan mereka biasanya diberi markah  "D" kerana banyak kesalahan dari segi ejaan dan penggunaan perkataan berunsur "bahasa pasar."  Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka masih lemah maklumlah masih belajar. Tetapi kelemahan mereka janganlah dijadikan bahan ketawa. Kenapa kelemahan mereka ini didedahkan didalam Internet? Apa tujuan guru-guru bertindak begitu? Mahu tunjukkan kepada seluruh dunia betapa "bodoh" murid itu?

Ingatkan mereka adalah  anak murid kamu. Jadi sepatutnya kelemahan mereka adalah hal peribadi dan tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang lain. Ini sepatutnya rahsia diantara guru dan murid. Tindakan mendedahkan kelemahan murid boleh membawa kesan yang buruk kepada murid berkenaan. Misalnya mereka akan membenci guru atau hilang kepercayaan kepada guru. Jadi, hentikanlah perkerjaan yang mencemarkan dan  memalukan para murid yang lemah. Perbuatan memperheboh-hebohkan kelemahan atau kebodohan pelajar adalah tindakan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai murni. Sesungguhnya, tindakan mendedahkan karangan para murid yang lemah didalam Internet adalah satu perbuatan yang tidak adil dan  satu perbuatan yang bodoh dan tidak bijak. Malah guru sendiri akan "kebalikan." Dimana  karangan murid yang mempunyai banyak kesalahan dan dipaparkan didalam Internet,  mungkin banyak orang berfikir dan membuat andaian  bahawa guru murid berkenaan adalah tidak pandai mengajar! Nah kan! Sendiri juga yang kena. Maka dengan itu, kepada para guru yang suka memuatkan karangan murid yang lemah didalam Internet untuk dijadikan bahan ketawa, HENTIKANLAH PERBUATAN INI. JANGAN KASI MALU BAH!

Friday, November 7, 2008

Cikgu Bin Guru

Masihkah anda ingat para guru yang pernah mengajar anda semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah? Mungkin dah lupa-lupa, bukan? Atau mungkin ada juga yang anda ingat terutama sekali guru yang baik-baik dan guru-guru yang dianggap tegas dan "jahat" mungkin masih segar didalam fikiran anda. Memang ada guru yang hilang pertimbangan atau mungkin kerana begitu geram dengan kenakalan atau kelemahan atau mungkin juga dengan kedegilan dan kebodohan pelajar mereka telah bertindak agak keterlaluan sehingga ada para murid atau pelajar yang menjadi mangsa sifat ketidaksabaran mereka. Tetapi, kebanyakan para guru adalah baik dan perhatin. Mereka mahu melihat para murid mereka berjaya didalam pelajaran mereka.

Bagi saya, para guru tetap diantara insan yang tak mungkin dapat saya balas jasa dab bakti mereka kepadaku. Kerana dedaksi dan ketabahan mereka menjalankan tugas sebagai guru maka saya pandai menulis, membaca dan mengira. Kalau bukan kerana mereka manalah saya saya pandai menulis nama sendiri; Dan kalau bukan kerana hasil tunjuk-ajar mereka manalah membaca!(Pasti jadi buta huruf bah! dan surat cinta terpaksa minta tolong kawan baca. He he he...); Dan kalau bukan mereka manalah saya pandai mengira. (Kalau mau jadi tokey susah oh!) Syukurlah diatas jasa baik para guru. Sekurang-kurang pandai dan lulus juga 3M.

Sesungguhnya, hidup pastinya susah dan perit malah mungkin menderita kalau tulisan pun macam cakar ayam dan buta huruf. Tetapi, kerana jasa para guru maka kebanyakan daripada kita yang pernah dididik oleh para guru kita mempunyai kehidupan yang baik dan selesah. Malah ada diantara kita hidup dengan bahagia, kaya dan mewah. Kenapa? Kerana hasil daripada tunjuk-ajar para guru kita. Jestruitu, janganlah kita lupa para guru yang pernah mengajar kita. Kalau terjumpa mereka dimana, jangan lupa memberi salam dan ucapkan "Terima Kasih, Cikgu kerana mengajar saya dulu. Terima kasih banyak-banyak." Dan....kalau ngam-ngam ada bulan muda atau ada RM didalam saku, bah! Bawalah cikur makan dan minum. Kasih belanja bah! Maklumlah jarang-jarang berjumpa. Bagus juga sambil makan, kita berborak-borak atau bercerita.

Bagi guru-guru yang mungkin anda anggap sebagai "jahat" biarlah perkara itu berlalu. Maafkanlah guru-guru berkenaan. Kerana mungkin tindakan mereka pada masa itu manasabah dan berbaloi juga untuk kita. Mungkin kalau mereka tidak "mengajar dengan keras" mungkin sampai sekarang kita masih orang yang keras kepala dan mungkin pada hari ini kita masih "budak nakal" dan menjadi "sampah masyarakat. Tetapi disebabkan oleh ketegasan mereka yang kita anggap "jahat" , mereka telah berhasil memimpin kita menjadi manusia yang berdisplin, berjaya dan berguna kepada masyarakat dan kepada negara.

Kisah yang pahit tak perlulah diungkit-ungkit lagi dan dikenang-kenang. Biarlah ia berlalu dan menjadi sejarah yang tidak perlu diheboh-hebohkan. Kata orang: " Ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh."Sama ada kita mahu mengakuinya atau tidak hakikat ini tidak dapat kita sangkal dan nafikan bahawa: Guru berjasa kepada kepada kita dan jasa mereka itu tidak mungkin dapat kita balas dengan wang dan harta. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan dengan iklas "TERIMA KASIH CIKGU, KERANA MENGAJAR SAYA."
Akhir sekali, Wahai para guru yang budiman, teruskan perjuangan dan kerjaya kamu yang mulia dan terhormat itu. Kami sebagai bekas murid sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa baik kamu. Tapi, semoga dengan ucapan "Ribuan Terima Kasih" dapat diterima dengan baik. Dan kalau ada kesalahan kami yang dimasa-masa lalu sehingga menyakiti hati cikgu, kami pun meminta maaf. Cikgu-cikgu dan guru-guru," GOD BLESS ALL OF YOU.AMIN."

Thursday, February 21, 2008

Belajarlah bersungguh-sungguh


Menjadi seorang pelajar hanya sekali saja. Sebab itu sangat penting sekali pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa supaya mendapat kejayaan atau kelulusan yang membanggakan dan kalau boleh keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kejayaan didalam bidang pelajaran menjamin masa depan yang cerah. Kerana dengan kelulusan yang baik, maka peluang untuk mendapatkan kerja yang baik juga sangat cerah. atau pun untuk maju didalam hidup selepas tempoh persekolahan atau pengajian tamat. Jestru itu, pelajaran janganlah diabaikan atau dipersia-siakan. Hargailah masa bersekolah dan belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan banyak bermain dan berseronok semasa dibangku sekolah nanti gagal dan lingkup menyesal pun pun tak berguna lagi. Kerana nasi sudah menjadi bubur. Sebab itu, tumpuhkan perhatian sepenuh didalam kelas dan dan amalkan dispilin yang tinggi untuk mengulang-kaji semua mata pelajaran. Jangan dah dekat peperiksaan atau exam baru sibuk belajar sampai jauh malam. Ini bukanlah cara belajar yang baik dan bukan resipi untuk berjaya didalam pelajaran. Belajar awal dan baca buku-buku sekolah lebih awal. Buat ulang-kaji berkali-kali bukan hanya sekali sahaja. Dan jangan lupa membuat nota-nota pendek yang padat dan mudah dihafal atau diingati.
Ingatlah semasa masa depanmu berjaya atau tidak ini adalah banyak bergantung kepada kegigihan dan kecekalanmu untuk belajar semasa dialam persekolahan. Sebab itu, belajarlah bersungguh-sungguh. Kalau ada perkara yan tak faham, tanyalah guru-guru yang berkenaan. Jangan malu bertanya. Guru biasanya sedia membantu kerana mereka mahu melihat anak murida mereka berjaya didalam pelajaran mereka. Bagi para guru, kejayaan anak-anak murid mereka adalah kebanggan dan kejayaan mereka.
Ingatlah, hormatilah dan kasihilah guru-guru yang mengajar anda. Jangan bersikap jahat dan biadap kepada mereka. Jalingkanlah perhubungan dan persahabatan dengan mereka. Ingat! Jasa dan budi guru kepada kita tidak dapat kita balas sampai selama-lamanya. Kerana sumbangan mereka kepada pelajar tidak dapat dinilai dengan wang dan sijil penghargaan. Tetapi balasan yang paling baik dapat para pelajara tunjukkan kepada para guru ialah dengan sentiasa menghormati dan mengasihi mereka. Dan jangan lupa mengucapkan TERIMA KASIH kepada mereka. Inilah sikap dan sifat yang kita tunjukkan kepada mereka sebagai tanda kita menghargai jasa-jasa yang mereka taburkan kita selaku anak-anak murid mereka.
Posted by pjerik at 11:44 PM 0 comments