Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Banyak DUIT?

Bila ada banyak duit macam baru terima gaji, apa anda buat dengan wang berkenaan? Terus berbelanja beli ini dan beli itu? Atau "enjoy" terus. Pegi kat restoran atau tempat makan dan minum yang berjenama dan popular-memang sedap tapi bayaranya "mahal gila!"; Atau minum sampai mabuk-mabukkan. Tapi tak peduli yang penting puas hati. Mahal pun hantam saja,"Ada duit bah! Maklumlah baru terima gaji."

Bah, cubalah fikirkan secara mendalam, samada sifat atau perangai seperti ini bijak atau tidak. Kalau sifat seperti ini berterusan, didalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan masalah dan kesusahan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada orang lain terutama sekali para ahli keluarga sendiri. Jadi, baiklah berjimat-jimat dan "pakai otak" kalau mau berbelanja. Dan jangan lupa untuk simpan duit kedalam bank.

Jadi, kalau dapat  gaji gunakan gaji berkenaan untuk memberi keperluan yang penting dahulu dan membayar apa juga bil-bil(letrik,air dan lain-lain), hutang atau loan/pinjiman dan jangan abaikan perkara menyimpan wang kedalam bank. Setelah segala perkar dan hal yang penting sudah dilakukan dan diselesaikan, barulah menggunakan wang yang dianggap "baki" untuk enjoy sikit seperti pergi memakan makanan yang sudah lama anda idam-idamkan. Tapi jangan terlalu pula membelanjakan wang "baki" tuu. Kalau boleh jimat jugalah.
Pendek kata saudara dan saudari, berhati-hatilah dan berjimat-jimatlah untuk berbelanja bila ada banyak duit. Nanti baru dipertengahan bulan dah minta pinjam atau minta advance atau hutang duit kawan sudah. Elakkanlah perkara ini.Rancanglah penggunaan wang dengan baik dan teliti supaya tidak ada masalah dari segi kewangan. 

Kebanyakan kita berpendapatan yang dianggap "cukup makan". Jadi, janganlah lalai didalam hal mengurus kewangan kita nanti susah, kita juga yang bertambah susah sendiri. Oleh itu, jangan boros berbelanja bila banyak duit. Pakai  apa yang perlu dan simpan yang lain. Simpan sikit pun tak apa yang penting ada simpan sikit-sikit kerana lama-lama menjadi bukit juga bah tuu selepasa 10 tahun atau pada tahun-tahun berikut. OK demikianlah pedoman dan inspirasi pada hari ini. Tuhan memberkati kita semua. Amin.

Saturday, October 16, 2010

Wang@Duit

Wang bukanlah segala-galanya didalam hidup ini.
Tapi didalam hidup ini segala-galanya perlukan wang.
Sebab itu jangan "sesuka hati" buang duit.
Pandai-pandailah pakai duit. Dan gunakanlah duti untuk kebaikan dan bukan utnuk kejahatan. Bah, carilah duit dengan cara yg HALAL. Bukan secara HARAM nanti KARAM diakhir hayat.(Fr.Pak Janggut).

Monday, February 22, 2010

Pasal duit mah...

Duit itu penting tapi Duit bukanlah segala-galanya. Walau bagaiman pun, kita perlukan duit. Kerana kalau ada duit banyak kita buli buat. Beli itu dan beli ini. Dan buli juga pakai itu duit untuk kasi senang kehidupan sendiri dan juga kehidupan orang lain dengan memberi bantuan/derma kepada mereka yang susah dan kekurangan. Jadi, OK bah kalau ada banyak duit. Yang penting carilah duit dgn cari yang baik dan Halal. Jangan dengan cara yang jahat dan Haram! Nanti susah mau tidur tuu. Hati pun tidak senang bah! Bukan itu saja, berdosa bah mcm tuu! Dan tampias-tampias berkat dari Tuhan pun tidak dapat. Jadi, carilah duit dgn cari yang Bagus supaya tidak Hangus di neraka nanti. He he he....

Bah, kalau tidak ada duit, cari kerja atau buat kerja. Kalau dah terdesak, pinjamlah tapi jangan dah dapat main lupa-lupa pula tidak mau bayar. Ingatlah, kalau dah tak mampu bayar balik, terus terang saja bah. Kasi tahu,"Saya minta wang, bulikah?" (Jangan hairan jika tidak kena kasi ahh.)

Jangan cakap,"Saya mau pinjam duit, bulikah?" Mungkin ini ada harapan dapat tapi kalau dah tau tak mampu membayar, bagus minta saja bah! Jadi, tidak juga susah-susah bayar balik dan orang pun tak tertungguh-tungguh mengharapkan bayaran.Pendek kata, jangan malu meminta sedekah atau derma secara iklas dan jujur. Tapi jangan pula balik-balik minta. Nanti orang pun bosan! Malu-malulah bah sikit. Biasanya orang tak berapa kisah kalau sekali-sekala meminta, tapi kalau bailk-balik orang pun pandai marah bah!

Ingat-ingatlah kalau masa ada duit pandai-pandailah berjimat. Gunakan wang dengan baik dan jangan boros berbelanja. Dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit didalam bank supaya kalau ada masalah kewangan, korek aje bank sendiri, jangan korek poket orang atau rompak bank! Bah, pandai-pandailah didalam hal mengurus wang sendiri dan jangan asyik berhutang nanti kena "buang."(Sakit bah tuu kena tendang dan tumbuk gara-gara tak bayar hutang.) Kata Pak Janggut, "Kalau dah Kaya, jangan boros berbelanja dan jangan lokek!; Kalau Miskin pun, elakkan berhutang! Berbelanjalah sesuai dengan pendapatan anda." Nah! Kalau macam ini, pasti hidup aman dan bahagia. He he he ....

Monday, March 16, 2009

Simpan bah sikit-sikit...

Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang? Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii? Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.
1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang, sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak ke sekolah;
2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam, ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.
3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada "lebihan" simpan banyak sikit.
Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru, handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai "perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up, dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.
Jangan ada saja duit, berbelanja seperti minum air! Ubahlah sikap. Bah! jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit, kau juga yang untung!

Thursday, March 12, 2009

Hal Kasih pinjam duit

"Bulikah kau kasi pinjam saya duit? Saya susah betul nii. Bulikah?" Apakah jawapan anda kalau ada kawan atau ahli keluarga sendiri mahu pinjam wang daripada mu? Anda kasih begitu saja tanpa apa-apa perjanjian bertulis kerana orang yang pinjam itu adalah orang yang anda kenal betul? Ada perjanjian tetapi secara lisan. Main mulut saja.
Didalam hal meminjamkan wang kepada sesiapa adalah penting ktia bertindak secara bijak. Kerana kalau soal meminjamkan wang kepada orang lain memang senang saja tetapi, soal meminta pembayar balik ini yang agak rumit malah susah sekali. Kerana biasanya orang mudah meminta tetapi susah membayar balik. Kadang-kadang bila balik-balik diingatkan, orang tu marah pula dan kita pula yang kena marah balik! Sebab itu, adalah baik sekali sekiranya ada kawan atau ahli keluarga yang mau pinjam wang diadakan beberapa perjanjian atau syarat yang dipersetujui bersama-sama secara bertulis dengan disaksikan sekurang-kurang dua orang saksi. Hal ini penting sekali terutama sekali jika melibatkan jumlah wang yang besar atau agar besar. Ini adalah demi menjaga keselamatan, kepentingan dan hak anda sebagai pemilik atau "tokey."
Butir-butir nama penerima atau peminjam menurut MyKad, jumlah wang yang dipinjam, tempoh membayar, cara pembayaran, berapa bunga dikenakan jika diadakan, dan bentuk tindakan sekiranya gagal membayar mengikut tempoh dan masa. Ini adalah beberapa aspek yang utama yang perlu diambil-kira bila memberi pinjaman kepada orang. Selain daripada itu, kemampuan orang itu untuk membayar balik juga perlu diambil kira. Kalau mengikut pandangan anda dia boleh membayar balik kerana ada sumber pendapatan yang stabil dan baik maka, permintaannya boleh ditunaikan. Tetapi jika dia tidak ada kemampuan maka boleh juga diberi pinjaman tetapi, janganlah terlalu besar. Kerana risikonya besar juga. Atau kalau apa yang dimintanya adalah kecil sahaja maka, mungkin baik didermakan sahaja secara jujur dan iklas. Dengan ini anda bebas daripada apa-apa tension menungguh pembayarannya balik. Dan dalam masa yang sama anda telah berbakti kepada orang yang susah. Pasti aksi anda ini membawa kelegaan dan kebahagian didalam hidup orang berkenaan.
Ingat-ingatlah, perjanjian secara lisan atau mulut tidak selamat. Kerana Si berhutang boleh memberi berbagai-bagai alasan bila dia gagal membayarnya. Malah dia boleh pura-pura lupa:" Saya tidak ingat yang saya pernah pinjam duit dari kau! Mana saya ada hutang dari kau!" Jestru itu, tidak ada perjanjian hitam dan putih memang berisiko tinggi. Silap-silap haribulan wang anda akan lesap begitu saja. Tidak kena bayar dan anda tidak ada cara untuk membuktikan bahawa dia telah berhutang kepadamu kerana tidak ada surat perjanjian. Dengan ini anda yang rugi. Semuanya gara-gara kerana terlalu percaya kawan atau ahli keluarga. Walau bagaimana pun, kalau jumlah yang dipinjam itu kecil sahaja seperti RM5.00 atau RM10.00 maka, perjanjian secara lisan bolehlah dipakai. Kalau si kawan atau si berhutang tidak membayarnya setelah berulang kali diingatkan maka anggaplah itu sebagai derma atau sedekah saja kepadanya.
Kesimpulannya, kalau mau kasih hutang wang kepada orang baik kepada kawan atau ahli keluarga sendiri, buatlah perjanjian yang jelas dan secara bertulis supaya jika timbul apa-apa masalah dimasa akan datang ada "Kertas Rujukan" yang sah! Pendek kata, jangan terlalu "cinsai" (lalai) didalam hal meminjamkan wang kepada orang lain. Nanti sendiri yang bercucuran air mata!

Saturday, December 13, 2008

Macam-macam pedoman

01) Biarlah anda lupa segala-galanya tapi janganlah lupa Tuhan yang telah memberimu peluang hidup didunia ini. Berdoalah kepada-Nya dan pandai-pandailah memikat hati-Nya. Jangan asik aje memikat hal-hal duniawi.


02) Hari Krismas tak lama lagi, janganlah ingat pasal "beramai-ramai" saja tapi ingat-ingatlah beramai-ramai pergi sembayang.

03) Kata orang "Biarlah miskin asalkan bahagia" tetapi lebih baik menjadi kaya dan bahagia. Lagi pun..bukan mudah menjadi miskin dan bahagia didalam masa yang sama. He he he...

04) Kalau ada duit lebih, berjimat cermat lah didalam hal berbelanja. Jangan sudah kekurangan wang barulah berjimat-cermat. Terlambat dah tuu!

05) Nasi sudah menjadi bubur! Memang betul! Tapi ingatlah masih boleh dimakan bah tuu. Jestru itu, belajarlah sesuatu daripada setiap kesalahan atau kesilapan yang anda lakukan.

06) Jangan pisang berbuah dua kali! Tapi...kalau betul-betul dia berbuah dua kali ini adalah satu keuntungan besar dan satu mukjizat! Yang penting belajar daripada kesilapan.

07) Janji mestilah ditunaikan. Bagus! Tapi, memberi hutang wang tunai kepada orang lain biasanya hangus begitu saja. Jadi, hati-hatilah bila memberi pinjiman tunai kepada orang lain.

08) Kahwin seorang pun dah susah! Apa lagi kalau kahwin lebih daripada satu orang! Jadi, setialah kepada pasangan anda. Biarlah dialah satu-satunya didalam hidup mu.

09) Lebih baik meminjam wang untuk membuat atau membeli rumah daripada menyewa rumah. Kerana sampai bila-bila pun anda tak akan memiliki rumah sendiri. Yang ada hanya hati yang kecewa di hari tua.

10) Kalau main, jangan main-main. Kalau main-main lebih baik, jangan main. Jadi, kalau kahwin, kahwin bagus-bagus; Kalau kerja, kerja bagus-bagus; Kalau sekolah, belajar kuat-kuat; Kalau main sukan, main berabis! Tapi kalau minum, minum main-mainlah(Sikit-sikit lah....He he he..)

11) Kalau berkawan, berkawanlah dengan baik dan jujur. Janganlah ingat "mengawan" saja. Dan kalau dia menawan hatimu, tawanlah hatinya supaya kamu boleh menjadi kawan selama-lamanya melalui ikatan perkahwinan.

12) Janganlah marah-marah, nanti kena marah pulak. (Baru tau!)

13) Berhati-hatilah dengan kekasih yang memohon anda untuk membuktikan cintamu kepadanya dengan "menyentuh" tubuhmu. Ingatlah! Inilah cinta nafsu bukan cinta restu. Buang saja kekasih seperti ini! Ingat, bukan seekor ikan dilaut!

14) Kalau minum, minum juga... tapi janganlah menjadi peminum!

15) Makan, makan juga...Jadi, kalau makanan sedap, janganlah makan ikut sedap mulut saja. Makanlah ikut keperluan. Jaga-jagalah kesihatan badan.

Friday, August 15, 2008

$$$ Wang alias Duit $$$

Siapa yang tak suka padanya? Saya pasti semua orang sukakan wang atau duit! Itulah sebabnya, banyak orang sibuk sekali mencari atau mendapatkan wang dengan berkerja keras. Kerana dirasakan lebih banyak duit lebih baik supaya orang kaya atau jutawan. Sebenarnya, Tidak salah mencari wang lebih banyak asalkan cara yang digunakan untuk mendapatkannya adalah cara yang beretika, baik, bersih, dan halal atau tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang yang terlalu tergila-gilakan wang sehingga sanggup membuat apa saja termasuklah cara dan teknik yang jahat, dan kotor seperti menerima rasuah, pelacuran, mengelapkan wang syarikat atau kerajaan, menipu dan menjual barang-barang yang merbahaya dan terlarang seperti dadah demi mendapatkan wang yang mudah dan banyak. Malah ada juga orang menggunakan keganasan dan kekejaman seperti membunuh, mengugut, kerana mahu mendapatkannya secara cepat dan mudah. Semuanya ini dilakukan gara-gara mahu cepat kaya!

Sesungguhnya, cara-cara seperti yang disebutkan tadi adalah salah dan dosa. Sebab itu, kita jauhilah dan tinggalkanlah cara yang berkenaan. Kerana wang yang kita dapat haruslah daripada sumber yang bersih, baik, suci dan halal. Dengan ini wang yang ada ditangan kita adalah bersih dan mendatangkan berkat daripada Tuhan. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa wang boleh membawa berkat atau kebaikan didalam kehidupan kita. Tetapi ia juga boleh mendatangkan keburukan malah dosa jika ianya berasal dari sumber yang jahat, kotor dan haram. Selain daripada itu, kita juga mestilah berhati-hati didalam hal menggunakan wang.

Sesungguhnya, tujuan utama wang adalah untuk melakukan kebaikan dan kebajikan bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada ahli-ahli keluarga, saudara-mara, dan juga kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang memerlukan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang miskin dan susah. Jangan sekali-kali bersikap kedekut dan tamak didalam hal duit. Tidak ada gunanya kita kaya tetapi tidak menggunakan kekayaan kita untuk mendatangkan berkat daripada Tuhan.

Sesungguhnya, wang pada sendirinya adalah baik. Meskipun ada orang yang menyatakan bahawa wang adalah punca atau sumber segala kejahatan. Tetapi pendapat ini adalah salah dan tidak betul. Kerana pada dasarnya wang adalah baik. Tetapi jika disalahgunakan ianya boleh mengakibatkan masalah, kejahatan dan keganasan. Jadi, kebaikan atau keburukan wang adalah bergantung sepenuhnya kepada cara seseorang menggunakannya! Jadi, yang membuatnya jahat ialah penggunanya atau pemiliknya yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawap. Jestru itu, marilah kita sama-sama mencari wang dengan cara yang baik dan menggunakannya dengan baik dengan melakukan kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia. Jangan sekali-kali kita menggunkannya untuk kejahatan. Amin.