Monday, January 4, 2010

Tahun Baru dan berazam baru lagi.

Kita sudah masuk hari yang ke-empat didalam Tahun baru, apakah azam baru yang dibuat pada hari pertama Tahun baru masih segar didalam fikiran? Atau dah pun lupa. Biasanya diawal tahun baru kita beria-ia dan berkobar-kobar untuk membuat suatu yang baru sempena dengan tahun baru. Antara azam yang biasa dibuat adalah seperti berikut:Berhenti merokok, Berhenti meminum minuman yang memabukkan, luangkan masa yang lebih bersama dengan anak-anak dan keluarga, tidak boros berbelanja, membayar hutang, belajar lebih sungguh-sungguh, meningkatkan keuntungan bisnis, berkerja lebih keras, lebih sabar, lebih mencintai, mengurangkan berat badan, menjadi orang yang beriman  yang lebih baik dan sebagainya.

Membuat resulasi atau membuat suatu target untuk dicapai adalah satu perkara yang baik. Tapi sasaran yang perlu dicapai haruslah disertai dengan ketabahan untuk mencapainya. Sebarang kelalaian dan ketindak-sungguhan akan mengakibatkan sasaran berkenaan tidak tercapai atau lambat sekali untuk dicapai. Sebab itu, kalau sasaran sudah ditentukan maka berjuanglah sungguh-sungguh untuk mencapai sasaran berkenaan. Jangan mudah berputus asa erutama sekali apabila mengalami  rintangan dan kegagalan. Cuba lagi dan teruslah mencuba sehingga berjaya.

Jadikan kegagalan sebagai penyuntik semangat untuk berjuang lebih gigih untuk mencapai sasaran yang ingin dicapai. Pendek kata, jangan mudah mengangkat bendera putih. Cuba lagi dan teruslah mencuba sehingga mencapai kejayaan. Kerana azam mesti diusuhakan agara ianya tercapai. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Tetapi seperti kata orang alang-alang memegang bara biar sampai menjadi arang! Jestru itu, marilah kita perjuangkan sungguh-sungguh AZAM BARU yang kita buat pada Tahun Baru. Semoga berjaya!

No comments: