"Bodoh!" Inilah perkataan yang sering kita dengar daripada beberapa orang yang mungkin kehilangan kesabaran atau marah. Kenapa sampai mengucapkan perkataan yang tidak baik dan tidak mesra ini? Marah? Bah...belajarlah bersabar kepada orang yang melakukan kesalahan atau kesilapan.; Kecewa? Bah....belajarlah tidak terlalu menaruh harapan yang tingggi daripada orang lain.
Apa pun alasan kita sehingga mengucapkan perkataan,"Bodoh!" hal ini perlulah kita tangani dengan baik. Kerana kalau kita terkena dengan orang yang kurang sabar atau panas-berang, ada kemungkinan dia akan bertindak ganas sehingga kita menerima "balasan" yang teruk diatas kelancangan mulut kita. Jestru itu, kita mestilah berhati-hati. Jangalah sampai mengucapkan perkataan ini kerana boleh menimbulkan kemarahan orang lain dan juga kepada diri kita sendiri. Nah...ngamlah apa yg dikatakan orang, "Kerana mulut, badan binasa." Ini memang benar terutama sekali kalau kita tidak menjaga mulut kita daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat dan jahat kepada orang lain.
Sesungguhnya, bila kita menyatakan "Bodoh!" kepada orang lain, sebenarnya kita sendirilah yang lebih "bodoh!" kerana tidak berhemah dan tidak ada kesopanan bila bercakap dengan orang lain. Maka dengan itu, marilah kita sentiasa menggunakan perkataan-perkataan yang baik didalam pertuturan kita agar orang lain tidak tersinggung atau marah. Elakkanlah penggunaan perkataan yang tak senonoh dan jahat supaya diri kita dihormati dan disayangi orang kerana kita dianggap orang yang baik dan sopan.
No comments:
Post a Comment