Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Mati-mati.....




1.Mati-mati mencari kekasih tapi bila dah dapat dan berkahwin macam tak pandai jaga hati kekasih pula! (Bah, sayangilah darling anda...).


2.Mati-mati mau anak tapi bila dapat anak macam tak sayang anak pula. Sikit-sikit marah;sikit-sikit cubit atau pukul.(Bah, sayangilah anak anda...).


3.Mati-mati cari kerja tapi bila dapat kerja macam tak mau kerja pula. (Bah, janganlah malas-malas kerja. Nanti kena goreng sotong baru tau!)


4.Mati-mati minta pinjam tapi bila diminta bayar balik, marah pula!(Bah, bayarlah bah itu hutang...).


5.Mati-mati minta ampun tapi bila dah kena ampun bertabiat pula!(Bah, ubahlah itu perangai...).


6.Mati-mati minta sembuh tapi bila dah sembuh tak jaga kesihatan diri pula!(Bah, jagalah badan. Nanti sakit susah juga...).


7.Mati-mati mau masuk agama tapi bila dah masuk, menyimpang pula!(Bah, jadilah umat Tuhan yang baik.



He he he......beginilah gaya beberapa orang manusia. Pelik dan lucu juga. Bertabiat betul! Tapi manusia itu tetap manusia. Bah, marilah hidup dengan baik. Yang penting, jangan kacau orang dan jangan kasih susah orang. Pendek kata, marilah menjadi manusia yang bersifat mulia dan berjiwa murni. Lebih baik menjadi manusia yang baik daripada menjadi manusia yang jahat.

Kerana mati pun diingat-ingat juga orang. Kalau jahat belum lagi mati sudah dimaki-maki dan disumpah-sumpah orang. Betul tak? He he he .....

Monday, June 29, 2009

Pindah....gara-gara jatuh cinta?

Yaa...perasaan jatuh cinta kepada seseorang memang sungguh-sungguh indah! Dari senyumannya, keperibadiannya, caranya bercakap, gerak-gerainya; Semuanya manis dan menarik hati. Pendek kata segala-galannya indah. Kecacatan, kelemahan dan kekurangan pun dilihat indah. Yaa...begitulah keindahan bila jatuh cinta. Memang sungguh mengasyikkan dan diri bagaikan "terabung-apung di udara." Siokkkkkkkkkkk......bah!

Gara-gara jatuh cinta orang sanggup membuat apa saja. Malah rela berkorban apa saja asalkan dapat bersatu dengan kekasih yang menjadi idaman hati. Ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan; Ada yang sanggup menjadi miskin dan ada yang sunggup menyerahkan tubuh dan badannya meskipun belum lagi secara sah menjadi pasangan suami-isteri yang sah, demi "mengikat" kekasih dan membuktikan cintanya. Selain daripada itu ada yang rela menukar agama yang dipegangnya sejak dilahirkan dan memeluk agama baru meskipun tidak tahu apa-apa mengenai agama berkenaan atau tidak percaya dengan agama berkenaan. Kerana yang penting baginya ialah dapat berkahwin dengan kekasihnya. Begitulah "kehebatan dan kegilaan" bila jatuh cinta!

Tapi.....berpindah ke agama lain kerana gara-gara jatuh cinta dan seterusnya berkahwin adalah satu tindakan yang tidak bijak dan tindak manasabah. Kerana orang harus menganuti sesuatu agama yang dia benar-benar fahami, yakini dan imani secara perbadi. Jadi, berpindah agama kerana gara-gara jatuh cinta atau kahwin adalah suatu tindakan yang tidak bijak dan merugikan diri sendiri. Kerana aksi berpindah agama mengikut cara ini adalah tidak sah, tidak betul dan tidak adil kepada tubuh dan roh diri sendiri. Kerana tidak ada kejujuran, keiklasan dan kepercayaan yang sepenuhnya untuk mengikut agama berkenaan. Meskipun, perbuatan seperti ini mungkin menguntungkan diri sendiri semasa di dunia tetapi tidak akhirat nanti. Sebab itu, jangan main-main didalam hal berpegang kepada agama. Janganlah dengan sesuka hati berpindah tanpa berfikir semasak-masaknya dan tanpa penghayatan yang penuh dan mendalam.

Marilah kita sama-sama ingat dan menyedari bahawa Tuhan yang Maha Esa mengetahui isi hati kita. Kita tidak dapat menipu-Nya. Sebab itu, kalau mahu mengikuti suatu agama, ikutilah agama berkenaan kerana kita ada kefahaman, pengertian dan keyakinan yang penuh dan mantap pada agama berkenaan. Ini bererti, kita mengikutnya diatas kemahuan dan kehendak kita sendiri tanpa tekanan dan pengaruh dari mana-mana pihak dan orang. Pendek kata, kita dengan bebas, iklas dan jujur memilih agama berkenaan. Maka dengan ini pilihan kita diberkati dan diredai oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.

Thursday, August 7, 2008

Sungguh-sungguh bertuah!



Saya percaya bahawa setiap manusia yang ada didalam dunia ini adalah sungguh-sungguh bertuah kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang Mahakuasa untuk hidup di dunia ini. Sedangkan beribu-ribu "benih kehidupan" yang tidak sempat menjadi matang dan dilahirkan. Ada pula diantara mereka yang "gugur" atau "gagal" semasa didalam perjalanan untuk bersatu dengan "telur ibu" dan seterusnya dilahir ke dalam dunia ini. Tetapi, kita semua sungguh-sungguh bertuah, kerana kita berjaya keluar dari rahim ibu kita dan seterusnya hidup diatas bumi yang indah ini. Kenapa? Kerana Tuhan mengizinkan kewujudan kita. Dia mengkurniakan kita KEHIDUPAN! Inilah pemberian-NYA Tuhan yang bukan saja yang terpenting tetapi yang teristimewa sekali. Kita memang sungguh-sungguh bertuah kerana dapat hidup didunia meskipun hanya untuk sementara waktu!


Sedar akan hakikat ini, marilah menjaga kehidupan ini dengan penuh berhati-hati. Dan sebagai tanda keiklasan kita berterima-kasih kepada Tuhan, marilah berusaha menjadi manusia yang lebih baik, dan lebih beriman dengan rajin mematuhi segala perintah-perintah-Nya dan taat berdoa serta bertakwa kepada-Nya. Marilah menyembah-Nya dengan jujur dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan supaya kita dapat hidup dengan tenteram dan tenang tanpa kekecohan. Marilah sama-sama mencintai Tuhan sepenuh hati kita dan sesama manusia serta saling menghormati antara satu sama dengan tanpa mengira kedudukan, warna kulit, bangsa dan agama kerana kita semua adalan ciptaan Tuhan. Kita semua adalah anak-anak Tuhan. Sebab itu elakkan pergaduhan, keganasan, kekejaman,kejahatan dan perperangan.Marilah kita sama-sama hidup dengan aman dan bahagia demi iman dan cinta kita kepda Tuhan yang Maha Esa. Amin.