Dimana ada kemahuan dan semangat yang mahu berjaya didalam hidup disitu ada jalannya. Kalau tak ada jalan, carilah jalan untuk maju. Kalau tak dapat cari jalan, BUATLAH jalan kearah kejayaan. Jangan terlalu mengharap orang lain bagi jalan. Berusahalah sendiri. DAN jangan belum lagi mencuba dah mengalah dan lemah semangat. Jangan sekali-kali membuat perbagai ramalan yang negatif dan prasangka yang jahat kalau belum mencuba. Cuba dulu bah. Barulah tau. Kalau salah jalan, cari lagi atau buat lagi jalan yang lain. Tapi jangan ulang jalan yang dah dicuba dan dilalui. Cari jalan baru sampai mencapai kejayaan yang memuaskan hati.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Showing posts with label buat. Show all posts
Showing posts with label buat. Show all posts
Wednesday, March 31, 2010
Friday, August 7, 2009
Esok masih ada?

Ungkapan bahawa "Esok masa ada" memang menarik sekali. Yaa...Esok masih ada! Esok pasti datang. Tapi persoalanya ialah apakah kita masih ada didunia ini pada keesokan hari? Pendek kata, "Esok masa ada untukku?"
Esok pasti ada tetapi hari esok itu tidak pernah dijanjikan untuk kita. Kita mungkin masih ada pada esok hari. Tapi boleh jadi juga bahawa hari esok kita sudah tidak ada lagi! Ini bererti kehidupan kita untuk keesokan hari bukanlah suatu yang pasti. Kerana kita bukan berkuasa keatas kehidupan kita sendiri dan menentukan bahawa esok kita masih hidup. Sebah Tuhan yang Maha Kuasa yang menentukan samada pada hari esok kita masih berdiri diatas bumi ini atau kita bersemadi kedalam tanah.
Sebab itu, adalah lebih baik kita membuat apa yang dapat kita buat pada hari ini. Jangan main tangguh-tangguh terutama sekali perkara yang penting sekali diselesaikan. Selesaikan perkara atau pekerajaan yang mampu kita buat pada hari ini. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana persoalan didalam hidup kita bukanlah lebih kepada soal "Esok masih ada," tetapi sebuah pertanyaan yang perlu kita hayati sedalam-dalamnya demi mencari jawapannya: "Esok masa ada?"
Secara jujur persoalan ini sukar sekali untuk dijawap. Tetapi apa yang pasti ialah hari esok pasti datang meskipun kita mungkin tidak ada untuk menyambutnya. Jadi, saudara dan saudari, marilah kita membuat apa yang kita boleh dan mampu buat pada hari ini supaya seandainya kita tidak sempat melihat "kebangkitan sinaran matahari pada hari esok sekurang-kurang kita sudah menyiapkan apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan dunia ini. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)