Showing posts with label jangan. Show all posts
Showing posts with label jangan. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Jangan mulakan...

Jangan mulakan tabiat yang mungkin dianggap oleh orang lain sebagai sesuatu yang baik dan boleh membuat anda merasa "dewasa" dan "bebas". Tapi sebanarnya tabiat ini tidak ada apa-apa kebaikannya dan tidak ada gunanya. Meskipun org mempertahankannya sebagai sesuatu yang berguna untuk kasi panas-panas badan bila kesejukan. Atau sekurang-kurangnya untuk menhalau nyamuk-nyamuk. Memang ada juga logik alasan ini bagi mempertahankan tabiat "main asap-asap" ini. Walau bagaimana pun jika kita berpandangan jauh, merokok sebenarnya  hanya merosakkan kesihatan badan dijangka-masa yang panjang. Mungkin didalam lingkungan 10 tahun belum lagi terasa apa-apa. Tapi tungguhlah "hasilnya" apabila dah tua. Pasti perbagai masalah kesihatan akan timbul seperti tekanan darah tinggi, jantung rosak, kesesakan bernafas dan lain-lain lagi jenis penyakit yang ada kalitan dengan aksi merokok....Jestru itu, adalah baik dan bijak untuk tidak memulakan tabiat yang tak berfaedah ini. Jangan mulakan.....dan....kalau dah melakukannya, berhentilah demi kesihatan badan yang baik dan supaya wang  yang digunakankan untuk membeli rokok dapat digunakan untuk membeli barang-barang yang lebih berguna seperti beras, sayur, daging, dan sebagainya.

Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jangan mudah berputus ada. Jika anda mahu berhenti merokok, kuatkanlah hati dan semangat. Janga mudah mengalah kepada keinginan yang buruk dan merbahaya. Firiklah secar mendalam dan ambillah langkap untuk berhenti merokok agara hidup anda lebih aman, bahagia dan bebas dari rokok. Pilihlah cara hidup yang lebih baik. Yang pasti ialah merokok adalah tidak baik,  bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada sesama manusia. Sebab itu itu, pilihlah cara hidup yang lebih baik.

Sesungguhnya, Hidup tanpa rokok lebih baik daripada hidup dengan rokok. Jadi, pilih cara hidup yang baik dan sihat. Jangan merokok! Berhentilah merokok!


Thursday, March 26, 2009

Buli tahan bah!

Buli tahan bah! Lagu-lagu urang-urang Dusun toi Kadazan. Banyak bah lagu-lagu Dusun/Kadazan yang menarik hati dan memang siokkkkkk.....betul didengar sehingga terbuai-buai itu pikiran. Bah, kita urang sukung-sukunglah bah lagu-lagu tulun tokou. Beli gia itu Kaset/CD diurang. Dan beli noh yang original kio. Jangan beli yang cetak rompak punya. Jangan kasi untung itu penjual kaset rompak. Jangan beli dari mereka. Biarlah diurang bingkarap dan rugi! Adakah gia urang panat-panat mencipta lagu, berlatih, keluar duit bikin kasit/CD, diaurang(pencuri!) senang-senang curi titik peluh urang. Lagu-lagu tuu hak diurang yang buat. Para pencetak rompak tidak berhak sama sekali memperbanyak, mengedar dan menjual lagu-lagu berkenaan.
Kalau mereka mau berbisnes, mintalah keizinan dan bayarlah tuan punya lagu-lagu dan penyanyinya. Jangan mau untung sendiri saja! Perbuatan diurang ini salah, dan betul-betul tidak adil. Bikin sakit hati lagi tuu. Orang panat-panat berusaha! Diurang sanang-sanang cetak rompak hasil orang lain. Kalau mau buat bisnes buatlah bah bagus-bagus! Supaya sama-sama untung, sama-sama juga senang hati. Dan jadi kawan lagi tu! Bah, jangan kasi susah orang mah, dan jangan cari atau buat musuh.
Ok! Janganlah kita membeli kaset/ CD cetak rompak punya. Kalau kita beli, kita secara langsung atau tidak langsung menggalakkan hal yang tak baik dan tak beretika ini berleluasan. Jadi, marilah kita ramai-ramai sukung penerbit, pencipta dan penyanyi yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu-lagu tempatan dengan tidak membeli kaset/CD yang dicetak rompak.
Akhir sekali, cuba gia kamurang klik Link dibawah ini. Saya rasakan, inilah antara lagu-lagu Dusun/Kadazan yang bagi saya betul-betul siokkkkkk bah! (Tapi memang banyk lagi yang lain bah! )Dan para penyanyinya pun....alawa, awantang om olumis nogi! Buli tahan bah urang kita! Olumis kapio loyou diolo om awasi doh kinongohon. Umbalai gia...

+John Gaisah, "Miniaga Oh Sinsing" http://www.youtube.com/watch?v=9nEODzpySpo

+Felix Bin Agus, "Pitongkiadan" http://www.youtube.com/watch?v=7ZJMi8DpT9U


+Clare Petrus Edin, "Id TompiumananKU" http://www.youtube.com/watch?v=VdS4qkDdP8A

+Clare Petrus Edwin, "Kandaman Piginavaan" http://www.youtube.com/watch?v=bp09O3zsO5o

+Clarice John Marta, "Adaa" - http://www.youtube.com/watch?v=649uQtdoD3E