Showing posts with label kasih. Show all posts
Showing posts with label kasih. Show all posts

Thursday, September 4, 2008

Membenci atau mencintai

Membenci atau mencintai adalah dua pola kehidupan yang sentiasa bergolak didalam hidup kita. Kedua-duanya perlu kita perjuangkan didalam hidup kita agar kita lebih mencintai dan lebih mengampuni. Biasanya mencintai seseorang yang kita suka atau orang yang telah berbakti kepada diri kita, memang senang sekali mencintainya. Demikian juga dengan hal membenci dimana sangat mudah sekali membenci orang yang telah melukakan hati kita atau yang telah melakukan sesuatu yang buruk/jahat kepada diri kita atau orang yang memang kita tidak suka kerana ada sesuatu menyebabkan kita berbuat demikian secara sedar atau pun tidak.
Sedarkah kita bahawa apabila kita mencinta sesama manusia, kita dapat hidup dengan aman dan tenteram. Dan apabila kita membenci seseorang, kitalah yang merasa tertekan dan terbeban kerana jiwa kita tidak tenteram dan aman gara-gara membenci orang. Jadi, didalam hal ini, kita yang paling rugi apabila kita membenci orang. Dan kalau orang yang kita benci itu, sentiasa bersikap peramah dan baik kepada kita meskipun kita membencinya, kita akan merasa lebih tertekan dan merasa "kelang-kabut." Jiwa kita tidak tenang dan muka kita pula sentiasa "tegang." Kita sentiasa merasa ada "tension" didalam hati kita terutama sekali setiap kali bertemu dengan orang yang kita benci. Ini bererti apabila kita membenci, diri kita sendirilah yang paling rugi. Meskipun sifat kita itu mungkin berpatutan menurut kebiasaan duniawi kerana mungkin orang berkenaan telah melakukan sesuatu yang jahat kepada kita, namun kita tetapi berada dipihak yang "rugi dan kalah."
Sesungguhnya, sifat membenci menunjukkan kita masih bersifat seperti keanak-anakkan(childish) dan tiada ada kematangan didalam hidup sebagai seorang yang sudah dewasa atau tua.
Sebab itu, kalau orang lain bersalah kepada kita ampunilah mereka meskipun mereka mungkin tidak memohon maaf/ampun daripada kita. Dengan ini, kita dapat hidup tanpa apa-apa "tension" atau ketidak-tenteraman didalam jiwa kita. Dan kalau kita yang bersalah, beranikanlah diri untuk memohon ampun diatas kesalahan kita. Dan kalau orang itu tidak mengampuni kita, tidak usah bersusah hati lagi kerana kita dah meminta maaf. Kalau dia tidak ampunkan kesalahkan kita itu masallah dia. Yang penting kita dah meminta ampun.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama berusaha untuk lebih menyayangi orang dan sentiasa mengenepikan perasaan membenci orang lain. Sebaiknya, sebagai manusia yang dicipta Tuhan, kita semua harus berusaha untuk lebih mencintai dan lebih mengampuni sesama orang tanpa mengira latarbelakang, agama, bangsa dan kedudukan seseorang. Dengan cara ini kita semua dapat hidup dengan aman dan harmoni. Disamping mendapat berkat daripada Tuhan yang Maha Pengasih dan Pengampun.Amin.

Tuesday, October 9, 2007

Pedoman Kebahagian suami-isteri

Tujuan utama perkahawinan adalah untuk hidup bahagia bersama-sama didalam nama Tuhan. Ini bererti pasangan suami-isteri(pasturi) haruslah berusaha untuk memelihara kebahagian didalam perkahwinan mereka. Kerana inilah yang sepatutunya yang diutamakan didalam perkahwinan. Meskipun msukar untuk menentukan secara tetap "resipi kebahagian" didalam perkahwinan namun pedoman berikut boleh dijadikan sebagai pedoman didalam mengusahakan kebahagaian kehidupan pastrui didalam perkahwinan.
Pertama, Saling beriman kepada Tuhan: Suami-isteri sering berdoa bersama-sama dirumah dan rajin pergi ke Gereja untuk berdoa bersama-sama terutama sekali pada Hari Ahad dan pada hari-hari wajip ke Gereja.
Kedua, Saling menjaga hat sesama: Ini bererti masing-masing berusaha agar tidak menyakiti hati dan tidak menyinggung perasaan pasangan.
Ketiga, Saling berkerjasama didalam segala hal atau perkara termasuklah didalam hal menjaga anak, memasak, mengemas rumah dan mengurus hal rumahtangga.
Keempat, Saling bercakap didalam susuana damai dan cinta. Ini bererti senyuman dan sikap yang ceria sentiasa diutamakan apabila bercakap dengan pasangan.
Kelima, Tidak mengeluarkan kata-kata yang jahat dan kotor terutama sekali kata-kata yang menghina atau memaki pasangan. Jauhilah perkara ini.
Keenam, Menegur pasangan dengan baik dan didalam kasih dan bukannya berteriak-teriak atau marah-marah.
Ketujuh, Tidak prasangka atau menuduh tanpa bukti kepada pasangan. Tanya dan selediki sesuaut perkara dengan teliti sebelum berhadapan dengan pasangan.
Kelapan, Mengaku kesilapan atau kesalahan dan tidak berdalih. Cepat dan iklas bila memohon maaf atau ampun diatas kesilapan yang dilakukan.
Kesembilan, Sentiasa sedia mengampuni meskipun kesalahan pasangan itu terlalu besar.
Kesepuluh, Pandai memberi kata-kata pujian dan dorongan kepadsa sesam.
Kesebelas, Pandai bersenda-gurau dan bersikap terbuka dengan humor didalam kehidupan.
Keduabelas, Tidak mengungkit kisah atau kesalahan yang lalu.
Ketigabelas, perhatin terhadap kebajikan sesama.
Keempatbelas, Menjaga namamarah, jahat,kotor, baik sesama. Jangan memburuk-burukkan pasangan sendiri.
Kelimabelas, Saling menghormati sesama.
Demikianlah beberapa pedoman untuk memelihara kebahagian dan cintakasih didalam perkahwinan. Semoga pedoman ini membawa kebaikan dan inspirasi kepada setiap pasangan sumai-isteri yang membacanya. Sekian dan semoga Tuhan memberkati dan menguatkan cintakasih kamu dialam perkahwinan. Amin.