Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Saatnya akan tiba....

Sama ada kita mau atau tidak; sama ada kita bersedia atau tidak, saatnya akan tiba tanpa kita duga. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan apabila ianya terjadi maka segala-gala didalam hidup kita tinggalkan.
Pada saat itu, harta yang kita kumpulkan akan menjadi harta peninggalan yang bakal diwarisi oleh beberapa orang;
Pangkat dan kedudukan dunaiwai tidak berguna langsung...
Sama ada kita cantik atau hodoh; besar atau kecil, tinggi atau pendek.....semuanya tidak bermakna sama sekali.
Yang menjadi ukuran ialah iman kita kepada-Nya dan kesetiaan kita kepada-Nya. Demikianlah  keadaannya bila saatnya akan tiba.....iaitu kematian yang bakal kita lalui.
marilah bersiap untuk menghadapinya dengan beriman kepada Tuhan Allah yang Maha Kuasa sepenuh hati. Amin.

Monday, August 16, 2010

Mati: Masa berjudikah?

Dulukan kalau ada orang mati, banyak betul pantang yang perlu dipatuhi sebagai tanda kesedihan & perkabungan. Misalnya keluarga si mati dan jiran yang berdekatan tidak boleh pasang radio(Kalo mau pasang pun tidak buli kuat2), tidak buli bising-bising; makanan pun tak buli sedap2, tidak buli minum minuman yg kasi mabuk(biasanya minum kopi dan milo saja dan roti plywood atau roti org mati yang berbentuk empat segi), kuching mesti dimasukkan didalam kurungan, tidak buli ketawa2, tidak buli juga bermain judi & ketam2 dan macam2 lagi pantang yg perlu dipatuhi sebagai tanya berkabung dan tanda menghormati org mati dan keluarga yg mengalami kesusahan. Disamping itu org2 yang datang biasanya memberi bantuang didalam perbagai bentuk. Misalnya memberi beras, ayam dan wang. Disamping memberi bantuan tenaga seperti menolong memotong daging2, memasak, mengambil kau api, mengorek lubang kuburan, membuat keranda dan sebagainya. TAPI pada masa kini, lain sudah. Kini pantang yang baik ini kebanyakannya tidak diikuti lagi. Kini ianya telah mengalami perubahan mengikut Konon-konon mengikut era teknologi dan modern....tapi perubahan bukan pula menjadi lebih baik tetapi mcm lebih buruk pula. Kini.....kalo ada kematian, org mesti "buka meja" ; org-org dewasa & tua main judi. sementara itu kanak-kanank pula main ketam2. dan minuman yg kasi mabuk. Perkara2 ini mengakibatkan keadaan yang bising dan tanda2 perkabungan/kesusahan tidak dihormati atau dilupakan.

Adat yang bagus hilang sudah bah! Saya fikir baguslah tidak ada perjudian pada masa susah-susah terutama sekali waktu ada kematian. Marilah kita sama bersatu hati utk menghentikan perjudian dimas ada kematian. Marilah kita Buanglah perkara in kerana ini bukan adat kita. Lagipun....ikin malu bah ini! Sesungguhnya, tidak NGAMlah berjudi masa ada org mati. Kalau suka berjudi, pilihlah hari dan masa yang lain. Tapi bukanlah dimasa ada org mati. Sebab itu, marilah kita berpantang dan berkabung dimasa ada org mati. Marilah kita mengamalkan cara kehidupan yang lebih baik sesuai dengan tuntutan & pengajaran agama yang kita anuti. Amin.

Thursday, June 10, 2010

Jangan minum dan jalan!

Slogan "Jangan minum dan pandu(Don't drink & Drive) banyak kali diudarakan dan dimuatkan didalam suratkhabar. Dan kempen ini memang baik sekali kerana ianya mengajar orang ramai supaya jangan meminum minuman keras jika mahu memandu kereta atau motosikal atau basikal! TAPI.....nampaknya banyak orang suka "Aramai Tii"-meminuman minuman keras dan kemudian tuu nak tunjuk HERO. DAn mabuk pun mau memandu kereta kerana mau pulang rumah. Kalau dah pening @ mabuk bagus minta hantar orang pulang bah! . Kalau tak mabuk, OK lah! Tapi kalau dah setengah mabuk atau dah mabuk sekali, JANGAN memandulah......nanti bukan saja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan orang lain. Jadi, janganlah jalan kalau dah minum minuman keras nanti kalau ada apa-apa kejadian yang buruk terjadi seperti terlibat didalam  kemalangan sehingga "bingkuk tapi tidak mati" kan menyusahkan orang lain terutama sekali  para  ahli keluarga. Ingat! Bukan senang mau "jaga dan piara" orang yang sakit. Lainlah kalau "asiden dan gol terus!" Belanja mengubur sekali saja. Walau bagaimana pun menyusahkan orang jugalah. Jadi, pandai-pandailah jaga diri dan ingat-ingatlah keluarga yang tersayang. Jadi, jangan minum dan jalan nanti silap-silap haribulan jalan terus.(Mati bah!).

Thursday, September 24, 2009

Apa bah yang terpenting sekali....?

Saya barabis berpikir,"Apa bah yang TERPENTING sekali didalam hidup ini? Akhir-akhirnya saya yakin bahawa berikut adalah yang TERPENTING sekali adalah mengimani Tuhan Allah. Kerana kalau bukan kerana DIA, manakan kita hidup dan jalan-jalan didunia ini! Jadi, sebagai tanda terima kasih, saya pikir, Baguslah kita mencuba sedaya upaya menjadi orang yang baik-baik. Lagi pun jadi orang jahat pun tidak bagus. Kerana belum mati pun kita sudah kena sumpah-sumpah dan dimaki-maki orang. Dan kalau mati, silap-silap masuk neraka lagi tuu! Orang bilang, sengsara ooh kalau kena masuk disana. Bukan main-main dia punya suhu kepanasan disana. Susah dan sengsara betul kalau kena kasi masuk disana. Kipas pun susah mau cari. Kalau dapat pun tiada guna. Kerana bekalan letrik disana tidak ada bah! Jadi, saya fikir-fikirkan, Bagus lagi jadi orang baik.Kerana belum mati pun sudah hidup aman dan bahagia. Abis tidak kena sumpah dan dimaki orang. Dan kalau mati pun besar kemungkinan masuk tempat yang bukan saja ada letrik dan kipas tapi silap-silap dapat bonus besar lagi. Jangan-jangan dapat bilik yang ber-air-kon; berhawa dingin bah. Masuk surga memang siok bah! Untungkan jadi orang baik! Jadi, pendek cerita, marilah kita jadi orang baik-baik bah. Marilah menyembah Tuhan sepenuh hati dan peganglah dan lakukanlah segala pengajaran-Nya. Dan jauhilah segala jenis kejahatan dan dosa supaya peluang kita untuk menikmati kehidupan dan kebahagian yang abadi adalah cerah sekali. Marilah kita mengingini dan merindui kehidupan di Surga. Amin.

Saturday, February 21, 2009

Realiti hidup yang pasti terjadi!

Pernahkah anda berfikir dan merenung secara mendalam, apakah yang pasti dan tetap akan terjadi didalam hidup anda? Saya sudah beberapa kali merenung perkara ini dan inilah hasil renungan saya.
Yaa.....segala-gala didalam hidup ini tidak pasti dan tidak berkekalan. Semuanya akan pergi dan semuanya akan kita tinggalkan suatu hari ini. Tetapi satu perkara yang pasti terjadi ialah kehidupan kita didunia ini akan berakhir. Yaa...kita akan mati. Inilah yang pasti didalam hidup ini bahawa saya, anda, kamu, mereka dan setiap manusia yang hidup didunia ini, suatu hari nanti akan mati! Agak menakutkan juga bila difikirkan. Tetapi tidak perlu takut. Inilah realiti kehidupan yang perlu kita terima dengan rendah hati dan hadapi dengan tenang. Bagaimana? Buatlah persiapan. Bagaimana?
Mungkin ada banyak cara untuk menghadapinya tetapi saya percaya secara am ada empat perkara yang penting yang mesti kita berikan perhatian untuk menghadapi kenyataan hidup ini:
Satu, berimanlah kepada Tuhan dengan sepenuh hati. Jangan main-main dan lalai didalam hal berpegang kepada pengajaran Tuhan. Ikuti pengajaran-Nya dengan tabah dan setialah kepada-Nya sampai mati.
Kedua, jauhlah apa juga bentuk dan jenis kejahatan. Kerana semua ini adalah dosa dan orang yang mati bersama-sama dengan dosanya tanpa sempat bertobat pasti tidak akan diberkati oleh Tuhan. Peluang untuk dijemput untuk masuk kedalam Surga adalah jauh sekali dan pintu neraka pasti terbuka luas. Sebab itu, marilah berusaha sedaya-upaya menjadi orang yang benar-benar beriman. Ketiga, sembahlah Tuhan sepenuh hati dan setialah berdoa kepada-Nya setiap hari. Keempat, lakukanlah kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, kedudukan, status, pangkat, dan agama. Hormatilah dan cintalah semua orang.
Semoga kita selalu ingatkan diri kita sendiri bahawa suatu hari nanti kita akan merantau ke "dunia yang baru" tanpa diberi kad jemputan atau kiriman SMS. Jadi, masing-masinglah kita bersedia untuk menghadapi realiti kehidupan ini tanpa takut. Kalau ada kesalahan dan dosa, bertobatlah dengan iklas dan tanpa bertangguh-tangguh. Kerana kehidupan esok tidak pernah dijanjikan kepada kita. Mohonlah pengampunan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan serahkanlah kehidupanmu sepenuhnya kepada-Nya. Kerana Dialah Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Tuesday, April 8, 2008

Yang pasti didalam hidup ini.


Baru-baru ini pada hari Isnin yang lalu(24.3.08) saya memandu kereta menuju ke Keningau dan pada hari esok saya merancang akan meneruskan perjalanan ke Tenom. Entah kenapa, tiba-tiba saja timbul keinginanku untuk melawat seorang kenalan yang telah ku kunjungi beberapa kali di bulan Januari dan Februari 2008 di Hospital Keningau. Lalu apabila sampai di Bulatan Toboh Baru, saya langsung membelok ke kanan- masuk ke kawasan Hospital Keningau.
Saya naik ke tingkat satu dan dapati ada beberpa orang sudah berada disamping katil kawan saya ini. Dia didalam keadaan kritikal sekali, nafasnya tak begitu stabil dan suaranya tak begitu jelas. Susah difahami apa yang dituturkanya. Airmataku hampir menitik dan hanya mampu melihat....dan berdoa. Kulafaskan kata-kata perangsang, "Bah... Kuatkan hatimu pada Tuhan." Dan dia menjawab,"Ya..."
Pada hari Rabu...petang ketika ku berada di Airport Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2, saya menerima SMS dari seseorang yang menyatakan bahawa dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 5.30 pm. Kesedihan menyelubungi seluruh diriku namun saya harus meneruskan perjalanan dengan hati yang berat. Tetapi tanpa menyesali apa-apa kerana tidak dapat menghadiri upacara pengkebumiannya kerana saya sudah melihatnya beberapa kali sebelum itu.
Semasa berasa diruangan angkasa saya terus merenung hal ini. Seseungguhnya peristiwa ini mengingatkan saya bahawa segala-gala didalam hidup ini tidak ada yang pasti! Wang, harta, perkerjaan, kereta, rumah, kawan, komputer, kereta, handphone, dan sebagainya. Semuanya akan ditinggalkan suatu hari ini iaitu apabila kita kembali kepada tanah.
Inilah kenyataan atau realiti kehidupan yang PASTI akan terjadi. Yaa.....inilah yang pasti didalam hidup ini: Saya akan mati, anda akan mati, dia pun akan mati dan mereka juga akan mati. Pendek kata, kita semua akan meninggalkan dunia ini. Jestu itu, marilah kita bersedia untuk menghadapi "Hari kematian" kita dengan baik. Bagaimana? Soalan ini memang sukar untuk dijawap secara memuaskankan tetapi saya percaya secara am, persiapan yang paling baik ialah percaya dan menyembah Tuhan Allah dengan sepenuh hati dan mengikuti segala pengajara-Nya; Disamping menjauhkan apa juga jenis kejahataan dan dosa; dan tanpa bosan melakukan kebaikan dan berbakti kepada sesama manusia dan rajin berdoa serta beribadat kepada Dia Yang Maha Pencipta adalah persiapan yang baik. Sebab itu marilah kita menjadi "Orang beriman yang mulia dan saleh." Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.