Showing posts with label tanya. Show all posts
Showing posts with label tanya. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Tanya bah kalau....


Ada banyak cara kita untuk menambah ilmu pengetahuan. Antaranya ialah dengan membaca buku atau majalah, menonton TV atau wayang gambar. Tetapi cara yang paling senang dan mudah dan yang tidak memerlukan apa-apa kos atau belanja ialah dengan bertanya. Jadi, Tanya bah kalau tak faham; Tanya bah kalau mau tahu. Tanyalah...jangan malu-malu. Tapi, tanya secara hormat dan dengan nada suara yang macam minta kasihan dan memang benar-benar ingin tahu. Misalnya, "Encik, selamat pagi. Bolehkah Encik kasih tahu saya, dimana itu Pejabat Pos?; "Helo...Saudara boleh tumpang tanya? Dimana itu Jalan pergi ke Penampang?" Pendek kata, bertanyalah dengan baik dan dengan suara yang lembut dan ramah.


Janganlah tanya seperti "anjing menyalak" atau seperti harimau mengaum! Kalau kita bertanya dengan kasar. Janganlah hairan jika orang berdiam saja dan tidak menjawap. Atau orang terus jalan atau lari dengan muka yang seperti kesakitan. Bah, kalau kita tak bersopan bila bertanya, memang padanlah muka kita jika tidak dilayan orang. Siapalah mau layan atau tolong orang yang bertanya dengan kasar.


Jestru itu, kalau kita meminta bantuan maka tanylah dengan cara yang baik. Dan selepas diberi bantuan, janganlah lupa menyatakkan "TERIMA KASIH diatas bantuan anda." Atau cakap "Terima Kasih" ini pun, OK dah. Percayalah, orang itu pun senang hati dan mukanya pasti berhias senyuman yang lebar sekali. "Tak apa-apa bah tuu. Biasalah bah kita saling membantu."


Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: "Kalau anda malu bertanya maka anda akan menjadi bodoh selama-lamanya. Tetapi jika anda bertanya maka anda akan menjadi bodoh untuk sementara waktu saja."

Wednesday, February 11, 2009

Cemburukah?!

Samada kita mahu atau tidak perasaan Cemburu tetap akan timbul didalam kehidupan kita sekali-sekala. Dan ini biasanya disebabkan oleh perasaan iri-hati atau ingin memiliki sesuatu atau kerana kecil hati. Pada amnya, cemburu ini boleh di bahagikan kepada dua jenis. Pertama, cemburu buta dan kedua, cemburu sayang.
Cemburu buta: Inilah perasaan yang agak merbahaya jika tidak ditangani dengan baik. Misalnya, seorang isteri nampak suaminya berjalan dengan seorang wanita. Lalu dia terus menuduh suaminya tidak setia kepadanya. Pada hal wanita berkenaan adalah teman sepejabat dan kebetulan mereka berjalan bersama-sama menuju ke tempat yang sama.
Sesungguhnya, sifat cemburu buta ini boleh menyebabkan banyak pertengkaran, pergaduhan, salah-faham, kesusahan, kemarahan, kesedihan dan sebagainya. Cemburu jenis inilah yang boleh membuat "hidup bagaikan di neraka!" Jestu itu, kalau anda ada masalah ini, ubahlah! Belajarlah bertanya. Selidiki dulu. Jangan main hantam koromo! Jangan ikut sedap hati dan ikut perasaan. Jangan main tuduh-tuduh, tidak baik. Nanti hati orang terluka susah disembuhkan. Atau nanti orang marah, sendiri juga yang merasa. Dan kalau kena pukul, sendiri juga yang sakit. Jadi, tanya-tanyalah dulu sebelum berkata apa-apa. Fikirlah secara semasak-masaknya sebelum membuat keputusan dan bertindak. Pendek kata, buanglah itu tabiat atau sikap cemburu buta. Sifat ini banyak merugikan daripada menguntungkan.
Cemburu sayang: Sifat ini memang membawa kebaikan dan menguntungkan semua pihak. Misalnya, isteri bertanya kepada suaminya, "Bang, yang jalan bersama-sama dengan kau tu, masih bujangkah tu?" Inilah tanda-tanda cemburu sayang dan sifat ini memang baik. Kerana ini menunjukkan isterinya sayang sekali kepadanya. Dia tidak mau kehilangannya. Yaa...beginilah sifat isteri yang sayangkan suaminya. Jadi, suami faham-fahamlah apabila isterimu bertanya sesuatu terutamanya ada kaitan dengan wanita. Jangan terus menuduhnya cemburu buta kerana mungkin dia cemburu sayang bah tuu. He he he........
Jadi ini memberi kita peringatan dan pengajaran bahawa bahawa perasaan cemburu tidak semestinya jahat. Ada juga kebaikanny dan yang penting, pandai-pandailah kita "membaca" hati orang yang cemburu. Atau kalau kita sendiri yang cemburu, tanya diri anda sendiri samada kau cemburu buta atau cemburu sayang.
Akhir sekali, jangan buat sesuatu yang jahat dan bodoh jika cemburu tu meluap-luap bagaikan gunung berapi. Bawalah bertenang. Relax dan jangan lupa bertanya untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih baik. Dan jangan juga lupa berdoa dan memohon pedoman dan petunjuk daripada Tuhan yang Maha Esa. Amin.