Showing posts with label Kristian. Show all posts
Showing posts with label Kristian. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

Kelawar

Tersebutlah kisah 3 buah gereja yang elah "diserang "oleh kelawar-kelawar. Mereka telah menjadikan gereja-gereja berkenaan sebagai sarang utama mereka. Bagaimana mau halau mereka ini? Nah, Setelah berbincang dengan panjang dan lebar. Di Gereja pertama, mereka telah mengambil keputusan untuk membiarkan saja kelawar-kelawar berkenaan. Dengan alasan bahawa binatang-binatang ini adalah ciptaan Tuhan dan mereka telah ditakdirkan oleh Tuhan untuk tinggal di dalam gereja mereka. Maka, beranak-pinaklah kelawar-kelawar berkenaan! Masalah tak selesai.


Di gereja kedua, mereka berkata bahawa bintang-bintang ini tidak boleh dicederakan kerana mereka adala ciptaan Tuhan. Lalu, mereka menangkap semua kelawar berkenaan dan memindahkan mereka jauh-jauh, kira-kira 50 kilometer daripada gereja mereka. Tapi beberapa hari kemudian, timbul lagi itu kelawar-kelawar.Masalah kembali lagi!


Di gereja ketiga, paderi yang bertugas disana telah menyuruh umat menangkap semua kelawar itu lalu "membaptis" mereka. Selepas saja menerima pembaptisan, mereka semuanya terbang jauh. Hilang bergitu saja. Tapi...kadang-kadang, adalah beberapa mereka kelihatan didalam gereja terutama sekali pada hari Easter dan Krismas! He he he....kurang sikit masalah.

Sekarang mari sama-sama kita berfikir dan merenung secara mendalam: Adalah kita seperti  para kelawar yang telah menerima pembaptisan? Pendek kata adakah saya seorang "kristian kelawar"? Yang datang ke Gereja sekali-sekala? Hehehe...sekadar membangkitkan kesedaran betapa pentingnya menjadi seorang Krisitan yang sejati. Bah, jangan main-main jadi Kristian. Maka dengan itu marilah menjadi orang Kristian yang baik, jujur dan iklas. Amin

Tuesday, December 2, 2008

Renungan Hari Krismas

Hari Krismas akan tiba tidak lama lagi. Inilah antara perayaan yang paling istimewa bagi kebanyakan orang terutama sekali umat Kristian. Tahukah anda erti dan inti utama perayaan ini?
Perayaan ini adalah sangat bererti bagi umat Kristian kerana perayaan ini adalah untuk memperingati Hari Kelahiran Yesus Kristus yang dilahirkan oleh Bonda Maria. Sesungguhnya, dia telah diberi penghormatan yang besar sekali oleh Tuhan kerana memilihnya menjadi wanita yang telah mengandung atas kuasa Roh Kudus dan seterusnya melahirkan Yesus ke dunia yang telah mewartakan Khabar Gembira dan membawa Penyelamatan kepada kepada umat manusia. Jadi, memang layak sekali kita merayakan "Birthday Yesus" dengan gembira dan meriah.
Walau bagaimana pun jangan ingat hanya aspek "ramai-ramai" Krismas seperti berkaroling-menyanyi lagu-lagu Krismas, makan, minum, menari, melawat kawan-kawan dan saudara-mara, pakaian baru, kasut baru, perhiasan Krismas, Krib Krismas, bertukar-tukar hadiah, mengirim kad atau mesej Krismas, pergi rumah terbuka Krismas, angpow Krismas dan sebagainya. Ini memang sebahagian daripada adat dan tradisi merayakan Krismas. Tetapi, kita jangan pula kita terlalu menekankan aspek "ramai-ramai" sehingga lupa pula aspek rohani. Sebab itu jangan kita lupa aspek rohani atau keagamaan sempena dengan perayaan Hari Krismas.
Aspek rohani yang penting sekali kita ingat sempena dengan perayaan ini ialah mempersiapkan diri untuk kedatangan Yesus yang kedua kali. Sebab itu, mari kita tanya diri sendiri: Apakah saya sudah bersedia menerima kedatangan Yesus? Apakah persiapan rohani yang telah atau akan saya lakukan untuk menyambut kedatangan Yesus? Jadi, lihat-lihatlah dan luangkan masa untuk merenung dan melihat kehidupan anda sebagai seorang Kristian. Apakah saya hidup sebagai orang Kristian yang baik selama ini?
Kalau tidak maka, inilah masanya untuk bertobat dan kembali kepada Tuhan. Mulakanlah yang hidup baru bersama-sama dengan Yesus. Bertobatlah dan dekatkanlah diri kepada Tuhan dengan rajin berdoa, rajin pergi ke Gereja, membaca Alkitab, dan mengikuti pengajaran Tuhan yang disampaikan-Nya melalui Gereja-Nya, mencintai lebih sungguh, mengampuni dan berdamai dengan kawan, musuh, dan ahli-ahli keluarga dan saudara-mara, lebih sabar, lebih penyayang, lebih dermawan, melakukan kebaikan dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa, lebih setia kepada isteri/suami dan lebih menyayangi anak-anak dan ibubapa, tidak lagi berbohong dan menipu, menjauhkan maksiat dan kecurangan, membuang kebiasaan atau sifat yang memaki-maki, sabar dan tidak pemarah, lemab-lembut, dan sebagainya. Inilah hadiah yang istimewa anda berikan kepada Yesus pada tahun ini. Tapi jangan pula selepas perayaan Krismas, kembali seperti dulu pula. Tabahkan hati dan teruskan kehidupan Kristian yang baik dan sejati yang telah anda mulai. Sesungguhnya, inilah persiapan yang baik untuk menyambut kedatangan Yesus.
Yaa....memang tidak dapat kita nafikan bahawa banyak cabaran dan godaan menjadi orang Kristian yang baik tapi........kuatkan hati. Jangan mengalah kepada keinginan duniawi dan jangan mudah tunduk kepada godaan dan pujukan setan dan Iblis. Jangan tak lawan. Lawan bah! Nanti masuk neraka susah oh! Disana tuu bukan ada air-con! Lagipun...buat apa menjadi orang Kristian kalau tidak mau masuk Surga!
Dan...kalau anda rasa-rasa memang anda telah hidup sebagai orang Kristian yang baik selama ini maka, teruskanlah perjalanan hidup anda sebagai orang Kristian dan selalulah berhati-hati supaya tidak jatuh kedalam dosa. Jangan lalai dan terlalu "relax" sebagai seorang Kristian. Sebab itu, jangan lupa sembayang dan jangan malas-malas pergi ke Gereja; Buatlah apa yang baik, mulia dan benar sebagai orang Kristian.
Jangan lalai, nanti lama-lama hati itu akan tergadai dan lupa Tuhan pula! Sebab itu, teruskan kehidupan Kristian yang baik dan setia; Jauhilah kejahatan dan dosa dan jangan bosan melakukan kebaikan demi keselamatan hidup dan demi kemuliaan Tuhan yang Maha Esa. Inilah hadiah Krismas yang berterusan yang dapat kita berikan kepada Tuhan.
Kata orang, buat apa mandi kalau tak basah. Kalau mandi, jangan alang-alang; mandilah sampai basah dan bersih. Begitu juga didalam hal menjadi orang Kristian. Buat apa menjadi Kristian kalau main-main. Kalau kita main-main, kita hanya menipu diri sendiri dan rugi sendiri. Jestru itu, marilah menjadi orang Kristian yang sejati. Nah! Macam ini, barulah ada erti merayakan Hari Krismas!
HAPPY BIRTHDAY JESUS!
"Selamat Hari Krismas. Maaf zahir dan batin.
Happy Christimas and God bless you."

Tuesday, September 9, 2008

BASAH!


Pernahkah anda BASAH akibat terkena hujan? Saya pasti banyak diantara kita sudah mengalaminya. Basah kerana gara-gara tidak ada payung semasa hujan lebat. Tetapi didalam renungan hari ini, ini tidak ada kaitan dengan hujan. Apa yang dimaksudkan dengan slogan BASAH ialah "Bacalah Alkitab SAmpai Habis!" Ini adalah satu cabaran dan seruhan.


Setiap orang yang menganuti sesuatu agama mempunyai Kitab Suci. Bagi orang Kristian, Kitab Sucinya ialah Alkitab. Apakah anda sudah memiliki senaskah Alkitab? Kalau belum, sila dapatkan senaskah. Kumpul-kumpullah duit dan dapatkan satu naskah supaya anda berpeluang untuk membaca dan merenungnya dan seterusnya melakukan didalam kehidupan anda sesuai dengan apa yang diajar oleh Tuhan yang terdapat didalam Alkitab. Dan seterusnya sambutlah cabaran BASAH!


Kalau anda dah ada Alkitab. Pernahkah anda mengalami BASAH? Maksudnya membaca Alkitab sampai habis. Kalau belum, cuba mulakan aksi membaca Alkitab secara konsisten atau secara tetap tanpa gagal. Ini bererti membaca Alkitab setiap hari sehinggalah habis membaca keseluruhannya.


Banyak orang berfikir bahawa Alkitab itu terlalu tebal dan susah untuk dibaca sampai habis. Sebab itu mereka tawar hati atau putus asa untuk membacanya. Janganlah bersikap begini. Kerana perjalanan seribu kilometer bermula dengan satu langkah. Demikian juga dengan membaca Alkitab. Misi untuk membacanya sampai habis bermula dengan membaca mukasurat yang pertama atau bab yang pertama. Sebab itu mulakanlah projek anda: Membaca Alkitab sampai habis. Ini mungkin memerlukan masa yang agak panjang. Mungkin satu atau dua tahun baru siap. Tetapi jangan putus asa. Mulakan dan teruskan...Kalau ada tetap membaca dan membaca lebih banyak mungkin didalam masa antara tiga sehingga enam bulan dah siap membacanya!


Membaca Alkitab sampai habis bukanlah suatu perkara yang mustahil. Ini ada didalam genggaman kita. Apa yang penting ialah memulakannya. Sebab itu, jika anda berwawasan untuk membaca Alkitab sampai habis, mulakanlah pembacaan anda pada hari ini. Jangan tangguh-tangguhkan keinginan anda.


Tidak perlu membaca terlalu banyak setiap hari. Saya cadangkan anda membaca diantara satu sehingga lima bab sehari sahaja. Walau bagaimana pun anda boleh membaca lebih daripada itu sesuai dengan masa yang anda ada. Mungkin pada hari-hari biasa(Isnin -Jumaat) baca sekurang-kurangnya satu bab tetapi pada hujung minggu(Sabtu-Ahad) baca lebih sedikit kerana ada banyak masa. Cuti kerja bah! Jadi bacalah banyak sikit.


Sebenarnya, berapa bab anda baca setiap hari tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah dispilin dan kegigihan untuk membaca Alkitab setiap hari. Ini yang penting iaitu semangat untuk membacanya setiap hari tanpa gagal. Jestu itu, bacalah Alkitan setiap hari sehinggalah anda mengalami BASAH! Selamat membaca Alkitab, Firman Tuhan. Amin.

Wednesday, August 27, 2008

10 Perintah Tuhan

Masih ingatkah kamu apa itu "Sepuluh Perintah Tuhan" ? Ingat? Kalau dah lupa-lupa berikut adalah hadiah untuk anda. Berdasarkan kepada Alkitab Kristian yang lengkap, terdapat SEPULUH PERINTAH TUHAN ALLAH YANG UTAMA:
01: Aku Allah, Tuhan mu. Sebab itu janganlah memuja berhala; Berbaktilah kepda-KU saja dan cintailah Aku lebih dari segala sesuatu.
02: Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat.
03: Kuduskankanlah hari Tuhan.
04: Hormatilah ibubapa mu.
05: Jangan membunuh.
06: Jangan berbuat cabul atau zina.
07: Jangan mencuri.
08: Jangan berbohong atau berdusta.
09: Jangan mengingini isteri(suami) orang lain.
10: Jangan mengingini harta-benda orang lain.

(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22).

Sesungguhnya, inilah yang menjadi Pedoman dan Pegangan didalam hidup kita selaku orang Kristian. Sebab itu, marilah kita bersama-sama berusaha sungguh-sungguh untuk melaksanakan Perintah-perintah Tuhan ini didalam kehidupan kita setiap hari. Jangan mudah berputus asa didalam hal melakukannya. Kuatkan hati dan tingkatkan semangat jati untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Amin.