Showing posts with label Hari Krismas. Show all posts
Showing posts with label Hari Krismas. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Sedia-sedialah....


Perayaan Hari Krismas tidak lama lagi. Bah, sedia-sedialah bukan dari segi menghias dan membersihkan rumah. Tetapi lebih kepada persiapan rohani untuk melayakan "Birthday Yesus." Pendek kata kita mencantikkan keperibadian kita sebagai orang Kristian. Misalnya, kalau dah lama tidak pergi Sembayang di Gereja. Bah! Apa lagi, mulakanlah langkah yang baru. Rajin-rajinlah ke Rumah Tuhan. Atau kalau kehidupan dah lama menyimpang dari jalan hidup Kristiani maka, kembalilah ke jalan yang betul. Ubah itu cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih baik supaya hidup sesuai dengan pengajaran Tuhan. Inilah persiapan yang saya maksudkan. Marilah kita membuat persiapan rohani yang terbaik demi Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.

Tuesday, December 23, 2008

Perayaan Hari Krismas

Apakah aspek yang penting sekali sempena dengan Perayaan Krismas? Baju baru? Hadiah? Makan dan Minum? Rumah Terbuka? Mengunjungi rumah kawan-kawan atau saudara-mara? Balik Kampung? Pergi sembayang pada Malam Krismas? Carolling? dan sebagainya. Aspek-aspek ini memang penting juga. Tetapi kita jangan lupa bahawa ada dua perkara yang penting sekali yang harus kita ingat pada musim Krismas ini.
Pertama, Kelahiran Yesus: Pada Hari Krismas kita sekali lagi diingatkan peristiwa yang penting sekali yang mengembirakan seluruh dunia iaitu kelahiran Yesus Kristus lebih daripada 2 ribu tahun yang lalu. Kerana melalui kelahiranNya umat manusia mendapat keselamatan dan mempunyai peluang utnuk hidup bersama-sama dengan Tuhan di Surga.
Kedua, Yesus akan datang lagi untuk kali yang kedua! Jestru itu, kita harus siap-sedia untuk menyambut kedatanganNya. Bagaimana? Dengan menjadi Pengikut Tuhan yang baik dan kudus. Sebab itu, jika kita ada melakukan kesalahan atau hidup didalam dosa maka cepat-cepatlah bertobat sebelum terlambat. Bertobatlah sebelum Tuhan datang. Pendek kata, bersihkanlah kehidupan yang jahat dan berdosa.
Saudara dan saudari, marilah berpegang kepada pengajaran Tuhan dengan setia dan marilah menjadi orang-orang Kristian yang lebih baik. Dan jangan lupa supaya sentiasa berjuang dan berusaha menjauhkan apa juga bentuk kejahatan dan dosa. Kerana kehidupan yang baik dan bebas daripada kejahatan dan dosa adalah persiapan yang terbaik untuk menyambut kedatangan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, marilah menjadi orang-orang Kristian yang saleh dan kudus. Inilah hadiah Krismas kita kepada Tuhan yang terbaik. Amin.(Selamat menyambut Hari Krismas dan selamat Tahun baru kepada semau pembaca blogku ini. God bless you all dan maaf zahir dan batin. Puji Tuhan!)

Saturday, December 13, 2008

Macam-macam pedoman

01) Biarlah anda lupa segala-galanya tapi janganlah lupa Tuhan yang telah memberimu peluang hidup didunia ini. Berdoalah kepada-Nya dan pandai-pandailah memikat hati-Nya. Jangan asik aje memikat hal-hal duniawi.


02) Hari Krismas tak lama lagi, janganlah ingat pasal "beramai-ramai" saja tapi ingat-ingatlah beramai-ramai pergi sembayang.

03) Kata orang "Biarlah miskin asalkan bahagia" tetapi lebih baik menjadi kaya dan bahagia. Lagi pun..bukan mudah menjadi miskin dan bahagia didalam masa yang sama. He he he...

04) Kalau ada duit lebih, berjimat cermat lah didalam hal berbelanja. Jangan sudah kekurangan wang barulah berjimat-cermat. Terlambat dah tuu!

05) Nasi sudah menjadi bubur! Memang betul! Tapi ingatlah masih boleh dimakan bah tuu. Jestru itu, belajarlah sesuatu daripada setiap kesalahan atau kesilapan yang anda lakukan.

06) Jangan pisang berbuah dua kali! Tapi...kalau betul-betul dia berbuah dua kali ini adalah satu keuntungan besar dan satu mukjizat! Yang penting belajar daripada kesilapan.

07) Janji mestilah ditunaikan. Bagus! Tapi, memberi hutang wang tunai kepada orang lain biasanya hangus begitu saja. Jadi, hati-hatilah bila memberi pinjiman tunai kepada orang lain.

08) Kahwin seorang pun dah susah! Apa lagi kalau kahwin lebih daripada satu orang! Jadi, setialah kepada pasangan anda. Biarlah dialah satu-satunya didalam hidup mu.

09) Lebih baik meminjam wang untuk membuat atau membeli rumah daripada menyewa rumah. Kerana sampai bila-bila pun anda tak akan memiliki rumah sendiri. Yang ada hanya hati yang kecewa di hari tua.

10) Kalau main, jangan main-main. Kalau main-main lebih baik, jangan main. Jadi, kalau kahwin, kahwin bagus-bagus; Kalau kerja, kerja bagus-bagus; Kalau sekolah, belajar kuat-kuat; Kalau main sukan, main berabis! Tapi kalau minum, minum main-mainlah(Sikit-sikit lah....He he he..)

11) Kalau berkawan, berkawanlah dengan baik dan jujur. Janganlah ingat "mengawan" saja. Dan kalau dia menawan hatimu, tawanlah hatinya supaya kamu boleh menjadi kawan selama-lamanya melalui ikatan perkahwinan.

12) Janganlah marah-marah, nanti kena marah pulak. (Baru tau!)

13) Berhati-hatilah dengan kekasih yang memohon anda untuk membuktikan cintamu kepadanya dengan "menyentuh" tubuhmu. Ingatlah! Inilah cinta nafsu bukan cinta restu. Buang saja kekasih seperti ini! Ingat, bukan seekor ikan dilaut!

14) Kalau minum, minum juga... tapi janganlah menjadi peminum!

15) Makan, makan juga...Jadi, kalau makanan sedap, janganlah makan ikut sedap mulut saja. Makanlah ikut keperluan. Jaga-jagalah kesihatan badan.

Tuesday, December 2, 2008

Renungan Hari Krismas

Hari Krismas akan tiba tidak lama lagi. Inilah antara perayaan yang paling istimewa bagi kebanyakan orang terutama sekali umat Kristian. Tahukah anda erti dan inti utama perayaan ini?
Perayaan ini adalah sangat bererti bagi umat Kristian kerana perayaan ini adalah untuk memperingati Hari Kelahiran Yesus Kristus yang dilahirkan oleh Bonda Maria. Sesungguhnya, dia telah diberi penghormatan yang besar sekali oleh Tuhan kerana memilihnya menjadi wanita yang telah mengandung atas kuasa Roh Kudus dan seterusnya melahirkan Yesus ke dunia yang telah mewartakan Khabar Gembira dan membawa Penyelamatan kepada kepada umat manusia. Jadi, memang layak sekali kita merayakan "Birthday Yesus" dengan gembira dan meriah.
Walau bagaimana pun jangan ingat hanya aspek "ramai-ramai" Krismas seperti berkaroling-menyanyi lagu-lagu Krismas, makan, minum, menari, melawat kawan-kawan dan saudara-mara, pakaian baru, kasut baru, perhiasan Krismas, Krib Krismas, bertukar-tukar hadiah, mengirim kad atau mesej Krismas, pergi rumah terbuka Krismas, angpow Krismas dan sebagainya. Ini memang sebahagian daripada adat dan tradisi merayakan Krismas. Tetapi, kita jangan pula kita terlalu menekankan aspek "ramai-ramai" sehingga lupa pula aspek rohani. Sebab itu jangan kita lupa aspek rohani atau keagamaan sempena dengan perayaan Hari Krismas.
Aspek rohani yang penting sekali kita ingat sempena dengan perayaan ini ialah mempersiapkan diri untuk kedatangan Yesus yang kedua kali. Sebab itu, mari kita tanya diri sendiri: Apakah saya sudah bersedia menerima kedatangan Yesus? Apakah persiapan rohani yang telah atau akan saya lakukan untuk menyambut kedatangan Yesus? Jadi, lihat-lihatlah dan luangkan masa untuk merenung dan melihat kehidupan anda sebagai seorang Kristian. Apakah saya hidup sebagai orang Kristian yang baik selama ini?
Kalau tidak maka, inilah masanya untuk bertobat dan kembali kepada Tuhan. Mulakanlah yang hidup baru bersama-sama dengan Yesus. Bertobatlah dan dekatkanlah diri kepada Tuhan dengan rajin berdoa, rajin pergi ke Gereja, membaca Alkitab, dan mengikuti pengajaran Tuhan yang disampaikan-Nya melalui Gereja-Nya, mencintai lebih sungguh, mengampuni dan berdamai dengan kawan, musuh, dan ahli-ahli keluarga dan saudara-mara, lebih sabar, lebih penyayang, lebih dermawan, melakukan kebaikan dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa, lebih setia kepada isteri/suami dan lebih menyayangi anak-anak dan ibubapa, tidak lagi berbohong dan menipu, menjauhkan maksiat dan kecurangan, membuang kebiasaan atau sifat yang memaki-maki, sabar dan tidak pemarah, lemab-lembut, dan sebagainya. Inilah hadiah yang istimewa anda berikan kepada Yesus pada tahun ini. Tapi jangan pula selepas perayaan Krismas, kembali seperti dulu pula. Tabahkan hati dan teruskan kehidupan Kristian yang baik dan sejati yang telah anda mulai. Sesungguhnya, inilah persiapan yang baik untuk menyambut kedatangan Yesus.
Yaa....memang tidak dapat kita nafikan bahawa banyak cabaran dan godaan menjadi orang Kristian yang baik tapi........kuatkan hati. Jangan mengalah kepada keinginan duniawi dan jangan mudah tunduk kepada godaan dan pujukan setan dan Iblis. Jangan tak lawan. Lawan bah! Nanti masuk neraka susah oh! Disana tuu bukan ada air-con! Lagipun...buat apa menjadi orang Kristian kalau tidak mau masuk Surga!
Dan...kalau anda rasa-rasa memang anda telah hidup sebagai orang Kristian yang baik selama ini maka, teruskanlah perjalanan hidup anda sebagai orang Kristian dan selalulah berhati-hati supaya tidak jatuh kedalam dosa. Jangan lalai dan terlalu "relax" sebagai seorang Kristian. Sebab itu, jangan lupa sembayang dan jangan malas-malas pergi ke Gereja; Buatlah apa yang baik, mulia dan benar sebagai orang Kristian.
Jangan lalai, nanti lama-lama hati itu akan tergadai dan lupa Tuhan pula! Sebab itu, teruskan kehidupan Kristian yang baik dan setia; Jauhilah kejahatan dan dosa dan jangan bosan melakukan kebaikan demi keselamatan hidup dan demi kemuliaan Tuhan yang Maha Esa. Inilah hadiah Krismas yang berterusan yang dapat kita berikan kepada Tuhan.
Kata orang, buat apa mandi kalau tak basah. Kalau mandi, jangan alang-alang; mandilah sampai basah dan bersih. Begitu juga didalam hal menjadi orang Kristian. Buat apa menjadi Kristian kalau main-main. Kalau kita main-main, kita hanya menipu diri sendiri dan rugi sendiri. Jestru itu, marilah menjadi orang Kristian yang sejati. Nah! Macam ini, barulah ada erti merayakan Hari Krismas!
HAPPY BIRTHDAY JESUS!
"Selamat Hari Krismas. Maaf zahir dan batin.
Happy Christimas and God bless you."