Showing posts with label Yesus. Show all posts
Showing posts with label Yesus. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Tinggal & Meninggal

Kita tinggal didunia ini bukanlah untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini. Sama ada kita telah menjadi manusia yang berjaya atau gagal, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin....kita semua akan pergi. Satu per satu kita akan pergi. Kemana? Sudah pasti badan kita akan menuju kepada tanah perkuburan tetapi roh kita kembali ke hadapan Pencipta kita iaitu Tuhan Allah yang Maha Esa. Sebab itu, kita harus usahakan dan mencoba sedaya-upaya menjadikan kehidupan semasa tinggal di dunia ini suatu kehidupan yang baik, bermoral, beragama dan setia kepada Tuhan sampai kepada hafas kita yang terakhir. Kerana meskipun kehidupan didunia ini akan berakhir tetapi selepas kita meninggalkan dunia ini, kehidupan kita akan bermula iaitu satu kehidupan yang baru. Tetapi semasa ada baik atau jahat, bahagia atau sengsara kehdiupan kita selepas kita meninggalkan dunia ini adalah bergantung kepada kehidupan kita semasa hidup didalam dunia ini. Sebab itu, marilah kita menjadi manusia yang sungguh-sungguh menyembah Tuhan Allah dan mengikut segala Pengajaran-Nya sesuai dengan tunjuk-ajar yang diberikan oleh Tuhan Yesus, Anak Allah yang dihantar-Nya bukan saja untuk mewartakan Khabar Gembira tetapi bertindak selaku Penebus dosa dan Penyelamat umat manusia.
Secara am, Tuhan Yesus mengajar kita utuk mencintai Tuhan Allah segenap hati kita dan mencintai sesama manusia seperti kita mencinti diri kita sendiri(Injil Markus 12:28-31). Kegagalan kita untuk metaati Pengajaran Tuhan bererti kegagalan kita mencintai Tuhan dan sesama manusia dan ini adalah satu dosa besar. Sebab itu marilah kita, jauhkan dosa dan segala jenis kejahatan kerana dosa mendatangkan maut( Yakobus 1:15). Jestru itu, marilah kita tinggal baik-baik semasa hidup didalam dunia ini supaya apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan ketinggalan utuk memasuk Kerajaan Surga. Amin.

Thursday, December 10, 2009

Sedia-sedialah....


Perayaan Hari Krismas tidak lama lagi. Bah, sedia-sedialah bukan dari segi menghias dan membersihkan rumah. Tetapi lebih kepada persiapan rohani untuk melayakan "Birthday Yesus." Pendek kata kita mencantikkan keperibadian kita sebagai orang Kristian. Misalnya, kalau dah lama tidak pergi Sembayang di Gereja. Bah! Apa lagi, mulakanlah langkah yang baru. Rajin-rajinlah ke Rumah Tuhan. Atau kalau kehidupan dah lama menyimpang dari jalan hidup Kristiani maka, kembalilah ke jalan yang betul. Ubah itu cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih baik supaya hidup sesuai dengan pengajaran Tuhan. Inilah persiapan yang saya maksudkan. Marilah kita membuat persiapan rohani yang terbaik demi Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.