Showing posts with label ingat. Show all posts
Showing posts with label ingat. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Sihat atau sakit.

Dimasa muda, ingat-ingatlah masa akan datang iaitu masa tua. Sebab itu, dimasa muda jagalah kesihatan supaya tidak ada masalah kesihatan dimasa tua nanti. Ini bererti kita mesti mengambil beberapa langkah yang asas bagi menjaga kesihatan kita. Jadi,  untuk tujuan ini tiga  perkara yang penting  perlu kita jaga: Pertama, jagalah makanan dan minuman. Jangan terlalu memakan makanan yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas misalnya makanan yang berminyak dan masin-masin. Makanlah  mengikut keperluan bukan mengikut sedap mulut. Demikian juga dengan minuman, jangan terlalu meminum minuman yang manis-manis dan yang beralkohol atau yang "bikin mabuk" nanti rosak badan. Maka dengan itu, kalau makan, pandai-pandailah mengawal itu "nafsu makan" dan kalau mau minum sikit-sikit bah!

Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat  bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan  kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.

Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja  diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa  banyak belanja bah tu kalau sakit.

Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau  badan sihat hati pun senang bah!!

Thursday, October 29, 2009

Kawan-kawan


Didalam dunia persahabatan kita janganlah terlalu mengharap kepada kawan-kawan untuk ingat-ingatkan kita. Kerana biasanya kawan-kawan itu datang dan pergi. Bila dah selesai sekolah dan mereka dah berkerja dan berkeluarga maka, kesibukan kehidupan setiap hari membuat mereka lupa pada kawan-kawan yang dulu tanpa mereka sedari. Maklumlah dah sibuk betul mengurus kehidupan yang penuh dengan perbagai cabaran, kerja, dan lain-lain tugas. Sebab itu janganlah terlalu mengharap mereka memanggil kita melalu HP atau talipon atau menerima SMS. Jadi, kitalah yang sendiri perlu bertindak supaya tali persahabatan itu tidak putus dan terkubur begitu saja. Sebab itu, jangan lupa panggil kawan-kawan atau sekurang-kurangnya mengirim SMS sekali-sekala bah. Macam satu bulan satu kalikah atau Dua kali sebulan. Ini terserahlah kepada kita sendiri untuk menentukannya. Yang penting jangan biarlah api persahabatan itu padam begitu saja disebabkan oleh kesibukan hidup. Kawan-kawan yang baik tidak baik dilupakan. Lagi pun kita perlukan kawan bah! Jestru itu, pandai-pandailah kita memelihara hati kawan-kawan kita. Meskipun dah berjauhan, dan sibuk dengan kerja serta urusan peribadi setiap hari tapi kawan-kawan tu, janganlah dilupakan.