Harta & wang adalah menjadi "kegilaan" umat manusia. Manusia berusaha & bertungkus-lumus utk mendapatkan harta & wang yang banyak. Kerana ingin bergelar org kaya. Meskipun, hal ini tidaklah dilarang tapi kita janganlah terlalu tertumpuh kepada hal mengumpul harta & wang sehingga perkara yang penting sekali didalam hidup kita lupa.
Jangan LUPA TUHAN ALLAH. Lupa mencari & mengumpul harta & wang tidak apa. Tapi jangan sekali-kali lupa pada TUHAN ALLAH. Kerana diakhir hidup, kita akan bertemu dengan-NYA.
Kalau kita ada rezeki yang banyak sehingga mendapat harta & wang yang banyak, jangan lupa melakukan kebajikan kpd orang-orang yang miskin dan memerlukan. Ingatlah harta & wang yang kita dermakan secara iklas kpd orang lain akan menjadi "harta surgawi." Sebab itu, janganlah lalai didalam hal menderma.
Ingatlah harta & wang tidak akan kita bawa mati, yang kita bawa adalah iman dan perbuatan amal kita. Jestru itu, berimanlah sepenuh hati kepada Tuhan Allah dan jangan lupa melakukan kebajikan kepada sesama manusia semasa hidup di dunia ini.
Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Showing posts with label Wang. Show all posts
Showing posts with label Wang. Show all posts
Tuesday, February 21, 2012
Friday, November 12, 2010
Banyak DUIT?
Bila ada banyak duit macam baru terima gaji, apa anda buat dengan wang berkenaan? Terus berbelanja beli ini dan beli itu? Atau "enjoy" terus. Pegi kat restoran atau tempat makan dan minum yang berjenama dan popular-memang sedap tapi bayaranya "mahal gila!"; Atau minum sampai mabuk-mabukkan. Tapi tak peduli yang penting puas hati. Mahal pun hantam saja,"Ada duit bah! Maklumlah baru terima gaji."
Bah, cubalah fikirkan secara mendalam, samada sifat atau perangai seperti ini bijak atau tidak. Kalau sifat seperti ini berterusan, didalam jangka masa yang panjang akan mendatangkan masalah dan kesusahan kepada diri sendiri dan mungkin juga kepada orang lain terutama sekali para ahli keluarga sendiri. Jadi, baiklah berjimat-jimat dan "pakai otak" kalau mau berbelanja. Dan jangan lupa untuk simpan duit kedalam bank.
Jadi, kalau dapat gaji gunakan gaji berkenaan untuk memberi keperluan yang penting dahulu dan membayar apa juga bil-bil(letrik,air dan lain-lain), hutang atau loan/pinjiman dan jangan abaikan perkara menyimpan wang kedalam bank. Setelah segala perkar dan hal yang penting sudah dilakukan dan diselesaikan, barulah menggunakan wang yang dianggap "baki" untuk enjoy sikit seperti pergi memakan makanan yang sudah lama anda idam-idamkan. Tapi jangan terlalu pula membelanjakan wang "baki" tuu. Kalau boleh jimat jugalah.
Pendek kata saudara dan saudari, berhati-hatilah dan berjimat-jimatlah untuk berbelanja bila ada banyak duit. Nanti baru dipertengahan bulan dah minta pinjam atau minta advance atau hutang duit kawan sudah. Elakkanlah perkara ini.Rancanglah penggunaan wang dengan baik dan teliti supaya tidak ada masalah dari segi kewangan.
Kebanyakan kita berpendapatan yang dianggap "cukup makan". Jadi, janganlah lalai didalam hal mengurus kewangan kita nanti susah, kita juga yang bertambah susah sendiri. Oleh itu, jangan boros berbelanja bila banyak duit. Pakai apa yang perlu dan simpan yang lain. Simpan sikit pun tak apa yang penting ada simpan sikit-sikit kerana lama-lama menjadi bukit juga bah tuu selepasa 10 tahun atau pada tahun-tahun berikut. OK demikianlah pedoman dan inspirasi pada hari ini. Tuhan memberkati kita semua. Amin.
Saturday, October 16, 2010
Wang@Duit
Wang bukanlah segala-galanya didalam hidup ini.
Tapi didalam hidup ini segala-galanya perlukan wang.
Sebab itu jangan "sesuka hati" buang duit.
Pandai-pandailah pakai duit. Dan gunakanlah duti untuk kebaikan dan bukan utnuk kejahatan. Bah, carilah duit dengan cara yg HALAL. Bukan secara HARAM nanti KARAM diakhir hayat.(Fr.Pak Janggut).

Tuesday, January 5, 2010
Pedoman Kewangan
Kalau dapat gaji bulanan, apakah yang anda buat dengan wang berkenaan? Terus enjoy kah? Belanja-belanja kawan "Aramai Tii" kah? Atau anda sudah ada cara tersendiri bagaimana mengurus wang berkenaan? Kalau tidak ada berikut adalah pedoman am bagaimana anda mengurus Wang Masuk(gaji) anda dengan baik. Pedoman ini adalah berdasarkan kepada beberapa buku yang saya pernah baca.
1) Simpan 20% daripada gaji anda.Contohnya, jika gaji anda adalah RM800/= Ini bererti anda simpan RM160.Ini boleh disimpan di Bank atau dilaburkan dengan membeli saham misalnya saham ASB.
2) Ambil 10% untuk "enjoy" sendiri. Misalnya menggunakan wang ini memakan makanan yang paling anda suka.
3) 70% daripada gaji anda pula digunakan untuk membeli keperluan asas seperti barang-barang makanan. Misalnya beras, minyak, gas, gula dan lain-lain lagi keperluan dapur. Dan wang ini juga digunakan untuk membuat pembayaran-pembayaran yang penting misalnya bil letrik, bil air, pinjaman atau loan dan sebagainya.
Ingatlah, bahawa sangat penting kita ada perancangan didalam hal menggunakan wang(gaji). Kita mesti pastikan bahawa kita berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Janganlah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan kita. Kerana ini akan menyebabkan masalah kewangan didalam hidup kita.
Berbelanja melebihi daripada gaji menyebabkan kita terpaksa berhutang kerana mahu menampung keperluan kewangan kita. Tetapi ini bukanlah cara yang baik disudut kewangan. Kerana kalau kita biasa berhutang maka kita sentiasa akan dibebani dengan hutang dan ini menyebabkan hidup kita tidak aman dan bahagia. Sebab itu elakkan berhutang dengan berbelanja sesuai dengan pendapatan kita. Jadi, dengan cara ini kita bebas daripada hutang dan ini menyebabkan kita dapat hidup dengan tenang dan bahagia. Maklumlah tidak ada hutang!
Kalau ada perbelanjaan kita yang merugikan dan menyebabkan masalah kepada kewangan kita, hentikanlah atau buangkah perkara berkenaan. Misalnya merokok. Berhentilah merokok supaya wang untuk membeli rokok boleh digunakan untuk keperluan yang lebih penting dan baik. Disamping itu, jangan gila membeli loteri atau bermain judi. Buanglah tabiat-tabiat yang buruk dan merugikan diri sendiri.Kerana kecenderungan kepada perkara-perkara ini boleh membawa kepada masalah kewangan didalam hidup kita. Dan dalam jangka masa yang panjang, sangat merugikan kepada diri sendiri. Sebab itu, hentikan penggunaan wang kepada perkara-perkara yang kurang berfaedah dan tidak menguntungkan.
Pendek kata, pakailah wang pendapatan/gaji dengan bijak. Aturlah perbelanjaan dengan baik Dahulukan perkara-perkara yang penting sekali dan utamakan perkara-perkara yang terutama dulu. Dan elakkan berhutang! Kalau perkara-perkara ini dapat kita lakukan maka kita dapat hidup tanpa masalah kewangan dan ini sudah tentu membawa ketenangan, dan kebahagian didalam hidup kita. Meskipun kita tidak kaya tetapi yang penting kita tidak berhutang dan tidak miskin papa kedana!
Monday, March 16, 2009
Simpan bah sikit-sikit...
Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang? Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii? Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.
1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang, sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak ke sekolah;
2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam, ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.
3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada "lebihan" simpan banyak sikit.
Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru, handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai "perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up, dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.
Jangan ada saja duit, berbelanja seperti minum air! Ubahlah sikap. Bah! jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit, kau juga yang untung!
Friday, August 15, 2008
$$$ Wang alias Duit $$$
Siapa yang tak suka padanya? Saya pasti semua orang sukakan wang atau duit! Itulah sebabnya, banyak orang sibuk sekali mencari atau mendapatkan wang dengan berkerja keras. Kerana dirasakan lebih banyak duit lebih baik supaya orang kaya atau jutawan. Sebenarnya, Tidak salah mencari wang lebih banyak asalkan cara yang digunakan untuk mendapatkannya adalah cara yang beretika, baik, bersih, dan halal atau tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti.
Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang yang terlalu tergila-gilakan wang sehingga sanggup membuat apa saja termasuklah cara dan teknik yang jahat, dan kotor seperti menerima rasuah, pelacuran, mengelapkan wang syarikat atau kerajaan, menipu dan menjual barang-barang yang merbahaya dan terlarang seperti dadah demi mendapatkan wang yang mudah dan banyak. Malah ada juga orang menggunakan keganasan dan kekejaman seperti membunuh, mengugut, kerana mahu mendapatkannya secara cepat dan mudah. Semuanya ini dilakukan gara-gara mahu cepat kaya!
Sesungguhnya, cara-cara seperti yang disebutkan tadi adalah salah dan dosa. Sebab itu, kita jauhilah dan tinggalkanlah cara yang berkenaan. Kerana wang yang kita dapat haruslah daripada sumber yang bersih, baik, suci dan halal. Dengan ini wang yang ada ditangan kita adalah bersih dan mendatangkan berkat daripada Tuhan. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa wang boleh membawa berkat atau kebaikan didalam kehidupan kita. Tetapi ia juga boleh mendatangkan keburukan malah dosa jika ianya berasal dari sumber yang jahat, kotor dan haram. Selain daripada itu, kita juga mestilah berhati-hati didalam hal menggunakan wang.
Sesungguhnya, tujuan utama wang adalah untuk melakukan kebaikan dan kebajikan bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada ahli-ahli keluarga, saudara-mara, dan juga kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang memerlukan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang miskin dan susah. Jangan sekali-kali bersikap kedekut dan tamak didalam hal duit. Tidak ada gunanya kita kaya tetapi tidak menggunakan kekayaan kita untuk mendatangkan berkat daripada Tuhan.
Sesungguhnya, wang pada sendirinya adalah baik. Meskipun ada orang yang menyatakan bahawa wang adalah punca atau sumber segala kejahatan. Tetapi pendapat ini adalah salah dan tidak betul. Kerana pada dasarnya wang adalah baik. Tetapi jika disalahgunakan ianya boleh mengakibatkan masalah, kejahatan dan keganasan. Jadi, kebaikan atau keburukan wang adalah bergantung sepenuhnya kepada cara seseorang menggunakannya! Jadi, yang membuatnya jahat ialah penggunanya atau pemiliknya yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawap. Jestru itu, marilah kita sama-sama mencari wang dengan cara yang baik dan menggunakannya dengan baik dengan melakukan kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia. Jangan sekali-kali kita menggunkannya untuk kejahatan. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)