Showing posts with label berkat. Show all posts
Showing posts with label berkat. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Pasal hutang!

Ada orang apa saja pun minta hutang. Duit, garam, gula, beras, minyak....orang macam ini memang bikin pening kepala dan bikin sakit hati. Tapi...sabar sajalah. Marah-marah pun tidak juga bagus. Nanti berasam-asam pula muka. Macam tak kenal pula bila bertemu atau terjumpa. Cuba bawa bertenang dan renunglah secara mendalam betulkah orang yang selalu berhutang pada kau tuu, benar-benar susah atau tidak. Kalau menurut penyelidikan, permerhatian, dan tinjauan anda dia bukanlah orang susah tetapi sengaja tidak mahu belanja wang sendiri maka manasabahlah, kalau lain kali kalau dia minta hutang lagi, TOLAK saja permintaanya secara baik-baik. Tak payah main kasar. Kalu dia minta kasihan pun, JANGAN kasih bah! Kerana dia bukan orang susah. Dia sengaja mau kasi susah saja. Mau senang sendiri. Adakah siok-siok sendiri saja!
Tapi kalau dia memang benar-benar orang susah. Bah! Berilah tanpa banyak merunggut. Bantulah dengan hati yang iklas dan diiringi dengan senyuman yang manis supaya apa yang anda berikan tuu mendatangkan berkat dan kebahagian kepada dirimu sendiri. Orang yang pemurah hati memang diberkati Tuhan. Amin.

Saturday, March 21, 2009

Mau berkat kahwin?

Tahukah anda bahawa di dalam Gereja Katolik hanya orang-orang yang telah ditabis menjadi Dikon atau Paderi yang boleh memberkati(bless) perkahwinan. Kategis, Sister, Brother, Pelayan Komuni, Pengerusi atau Ketua mana-mana pertubuhan, kerasulan, atau pelayanan yang terdapat didalam Gereja Katolik tidak diberi mandat dan tidak ada kebenaran untuk memberkati apa juga jenis/bentuk perkahwinan. Ini bererti mereka tidak boleh menjalankan apa-apa upacara pemberkatan perkahwinan. Hanya Dikon atau paderi yang boleh memberkati perkahwinan.

Siapa yang boleh memohon pemberkatan perkahwinan? Pasangan yang sudah dibaptis atau salah seorang daripadanya sudah dibaptis tetapi, berkahwin samaada mengikut Adat Kahwin Kampung atau melalui Makhamah Anak Negeri atau mengikut Undang-undang Kerajaan Malaysia iaitu melalui Jabatan Pendaftaran Perkahwinan, perkahwinan seperti ini perlu diberkati dan disahkan menurut Undang-Undang Perkahwinan Gereja supaya mereka tidak ada lagi halangan untuk menerima Sakramen-sakraman yang lain seperti Sakramen Misa Kudus dan Pengakuan Dosa dan sebagainya.

Dokumen-dokumen yang biasa diperlukan untuk pemberkatan perkahwinan adalah Sijil Baptis, Sijil Seminar Persiapan Kahwin, Sijil/Surat perkahwinan, Kad Pengenalan, Sijil Penguatan dan gambar berukuran paspot.

Jadi, kalau ada yang mahu berkat kahwin, pergilah ke pejabat Gereja yang berdekatan iaitu diparoki anda sendiri. Ini bukan susah diurus. Senang saja. Jestru itu, kalau belum berkat kahwin, sila urus dengan baik dan secepat yang mungkin agar anda dapat hidup sebagai orang Kristian yang baik dan bahagia. Amin

Friday, August 15, 2008

$$$ Wang alias Duit $$$

Siapa yang tak suka padanya? Saya pasti semua orang sukakan wang atau duit! Itulah sebabnya, banyak orang sibuk sekali mencari atau mendapatkan wang dengan berkerja keras. Kerana dirasakan lebih banyak duit lebih baik supaya orang kaya atau jutawan. Sebenarnya, Tidak salah mencari wang lebih banyak asalkan cara yang digunakan untuk mendapatkannya adalah cara yang beretika, baik, bersih, dan halal atau tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada orang yang terlalu tergila-gilakan wang sehingga sanggup membuat apa saja termasuklah cara dan teknik yang jahat, dan kotor seperti menerima rasuah, pelacuran, mengelapkan wang syarikat atau kerajaan, menipu dan menjual barang-barang yang merbahaya dan terlarang seperti dadah demi mendapatkan wang yang mudah dan banyak. Malah ada juga orang menggunakan keganasan dan kekejaman seperti membunuh, mengugut, kerana mahu mendapatkannya secara cepat dan mudah. Semuanya ini dilakukan gara-gara mahu cepat kaya!

Sesungguhnya, cara-cara seperti yang disebutkan tadi adalah salah dan dosa. Sebab itu, kita jauhilah dan tinggalkanlah cara yang berkenaan. Kerana wang yang kita dapat haruslah daripada sumber yang bersih, baik, suci dan halal. Dengan ini wang yang ada ditangan kita adalah bersih dan mendatangkan berkat daripada Tuhan. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa wang boleh membawa berkat atau kebaikan didalam kehidupan kita. Tetapi ia juga boleh mendatangkan keburukan malah dosa jika ianya berasal dari sumber yang jahat, kotor dan haram. Selain daripada itu, kita juga mestilah berhati-hati didalam hal menggunakan wang.

Sesungguhnya, tujuan utama wang adalah untuk melakukan kebaikan dan kebajikan bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada ahli-ahli keluarga, saudara-mara, dan juga kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang memerlukan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang miskin dan susah. Jangan sekali-kali bersikap kedekut dan tamak didalam hal duit. Tidak ada gunanya kita kaya tetapi tidak menggunakan kekayaan kita untuk mendatangkan berkat daripada Tuhan.

Sesungguhnya, wang pada sendirinya adalah baik. Meskipun ada orang yang menyatakan bahawa wang adalah punca atau sumber segala kejahatan. Tetapi pendapat ini adalah salah dan tidak betul. Kerana pada dasarnya wang adalah baik. Tetapi jika disalahgunakan ianya boleh mengakibatkan masalah, kejahatan dan keganasan. Jadi, kebaikan atau keburukan wang adalah bergantung sepenuhnya kepada cara seseorang menggunakannya! Jadi, yang membuatnya jahat ialah penggunanya atau pemiliknya yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawap. Jestru itu, marilah kita sama-sama mencari wang dengan cara yang baik dan menggunakannya dengan baik dengan melakukan kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia. Jangan sekali-kali kita menggunkannya untuk kejahatan. Amin.