Saturday, March 21, 2009

Mau berkat kahwin?

Tahukah anda bahawa di dalam Gereja Katolik hanya orang-orang yang telah ditabis menjadi Dikon atau Paderi yang boleh memberkati(bless) perkahwinan. Kategis, Sister, Brother, Pelayan Komuni, Pengerusi atau Ketua mana-mana pertubuhan, kerasulan, atau pelayanan yang terdapat didalam Gereja Katolik tidak diberi mandat dan tidak ada kebenaran untuk memberkati apa juga jenis/bentuk perkahwinan. Ini bererti mereka tidak boleh menjalankan apa-apa upacara pemberkatan perkahwinan. Hanya Dikon atau paderi yang boleh memberkati perkahwinan.

Siapa yang boleh memohon pemberkatan perkahwinan? Pasangan yang sudah dibaptis atau salah seorang daripadanya sudah dibaptis tetapi, berkahwin samaada mengikut Adat Kahwin Kampung atau melalui Makhamah Anak Negeri atau mengikut Undang-undang Kerajaan Malaysia iaitu melalui Jabatan Pendaftaran Perkahwinan, perkahwinan seperti ini perlu diberkati dan disahkan menurut Undang-Undang Perkahwinan Gereja supaya mereka tidak ada lagi halangan untuk menerima Sakramen-sakraman yang lain seperti Sakramen Misa Kudus dan Pengakuan Dosa dan sebagainya.

Dokumen-dokumen yang biasa diperlukan untuk pemberkatan perkahwinan adalah Sijil Baptis, Sijil Seminar Persiapan Kahwin, Sijil/Surat perkahwinan, Kad Pengenalan, Sijil Penguatan dan gambar berukuran paspot.

Jadi, kalau ada yang mahu berkat kahwin, pergilah ke pejabat Gereja yang berdekatan iaitu diparoki anda sendiri. Ini bukan susah diurus. Senang saja. Jestru itu, kalau belum berkat kahwin, sila urus dengan baik dan secepat yang mungkin agar anda dapat hidup sebagai orang Kristian yang baik dan bahagia. Amin

No comments: