Saturday, December 17, 2011

Buatlah yang terbaik....

Kebiasaan dan kecenderungan kita selaku manusia ialah membuat sesuatu hal atau kerja  adalah berdasarkan kepada  fikiran "asal siap".  Dimana cara kerja seperti ini tidaklah begitu mementingkan kualiti dan mutu hasil pekerjaan. Kerana yang dianggap penting ialah kerja itu siap dan ini membuat mutu kerja itu tidak begitu baik pun tidak begitu diperdulikan. Ini adalah satu cara kerja yg tidak baik dan merugikan. Kerana kerja yang tidak dibuat dengan baik memyebabkan hasil kerja itu tidak tahan lama dan tidak bermutu. Maka ianya akan mudah rosak dan terpaksa dibuat lagi. Bila keadaan ini berlaku, bukan saja masa terbuang tetapi kos atau biaya pekerjaan juga bertambah. Ini bukan saja menyusahkan tetapi benar-benar membazir tenaga dan kewangan. Jestru itu, kita haruslah belajar dan jadilah berkerja dengan baik sebagai pegangan didalam hidup kita supaya mutu dan hasil pekerjaan kita baik dan diakui serta dihormati.

Sifat berkerja dengan baik sesungguhnya menguntungkan semua pihak dan mengembirakan semua pihak juga. Sebab itu, kita mesti buang tabiat "asal siap." Kita mesti belajar melakukan sesuatu hal atau kerja dengan baik agar mutu pekerjaan terjamin dan martabat diri kita tetap disanjung dan dihormati. Jestru itu, marilah kita buang sifat pekerjaan yang tidak baik kerana ini bukan saja merugikan tetapi ianya juga bertentangan dengan  pengajaran agama dan menyimpang dari nilai-nila etika pekerjaan. Sebab itu, kita mestilah bekerja dengan baik kerana kita dibayar atau digaji bukan untk memberi pekerjaan atau perkhidmatan yang buruk dan tak berkualiti tetapi, kita diberi upah untuk berkerja dengan baik dan menghasilkan mutu kerja yang baik. Jadi, Jangan malas dan jangan main-main berkerja. Kerjalah baik-baik! Pendek kata, bila membuat sesuatu hal atau kerja, buatlah yang terbaik!