Friday, October 18, 2013

Lebih baik beli beras...

Baru-baru nii saya pergi ke kedai runcit. Setelah mendapatkan barang-barang  yang saya perlukan, saya ke kaunter untuk membayar. "Wah! harga rokok dah naik. RM10.50 sekotak." "Ya...baru-baru saja naik. Boss merokokkah? tanya gadis yang manis itu sambil memasukkan barang-barang yang sudah kubayar kedalam plastik."
"Tidak.Lebih baik beli beras."
"Betul tuu. Kenyang lagi.....kan!" katanya dengan senyuman yang lebar dan manis.

Bah fikir-fikirlah. Kalau anda berbelanja RM10.50 sehari untuk rokok maka didalam sebulan anda tabur RM315.00(RM10.50 x 30 hari). Ini bererti didalam setahun anda pasti  hanguskan wang kira-kira  RM3150.00(Tiga ribu satu ratus dan lima puluh ringgit). Dan dalam 10 tahun , wang anda hangus begitu saja sebanyak RM31,500). Rugi betul kan!

Bayangkanlah kalau anda simpan wang rokok itu didalam bank, sudah tentu didalam tangan anda ada RM31,500 berserta dengan "bunga" atau "faedah". Dengan wang sebanyak itu, anda boleh gunakan untuk perbagai projek misalnya  membesarkan atau mengubahsuai rumah anda, atau membeli kereta terpakai yang masih baik, atau mendapatkan sebuah motosikal, atau membeli perbagai keperluan untuk kegunaan semua ahli keluarga atau untuk belanja anak-anak  ke sekolah sampai ke peringkat yang tinggi seperti masuk ke Universiti. Jestru, itu BAGUSLAH BERHENTI MEROKOK kalau anda merokok. DAN yang belum merokok, JANGANLAH menyentuh benda nii. Kerana hidup anda lebih baik tanpa rokok. 

Tuesday, October 15, 2013

Dulu dan sekarang

Dulu memang berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Walau bagaimana pun bukan semua yang dulu-dulu itu tidak boleh dipakai. Sebenaranya banyak perkara atau hal yang dulu-dulu masih lagi baik dipakai dan digunakan pada masa kini. Misalnya hal yang berkaitan dengan etika atau moral kehidupan. Contohnya dulu kalau getah dibiarkan  di kebun berminggu-minggu pun tidak  kena curi. Sekarang nii, jangan harap getah tak kena curi. "Sikarap"(sisa-sisa getah) pun kena curi!

Sekarang nii memang dah maju dan canggih. Banyak hal dan perkara yang baik yang membuat hidup manusia lebih mudah dan selesa. Walau bagaimana pun jangan terlalu terbawa-bawa  atau terikut-ikut dengan arus modern kerana bukan semua dizaman ini baik terutama sekali  hal yang berkaitan dengan gaya dan cara kehidupan masa kini. Kita pandai-pandailah ikut yang baik dan buanga yang buruk. Yang penting ambil dan yang tak berapa penting tinggalkan saja. Jangan terlalu terpengaruh dengan cara duniawi. Ingat-ingatlah Tuhan dan jadikan pengajaran Tuhan menjadi dasar dan inti kehidupan kerana ini yang membawa kebahagian sejati. Bukan cara duniawi. Jestru itu, marilah kita pelihara dan amalkan apa yang baik dan jauhi perkara yang jahat terutama sekali yang bertentang dengan pengajaran agama.

Monday, October 14, 2013

Bergaya OK tapi...

Tidak salah bah bergaya sikit tapi.....fikir-fikirlah dan pakai otak sikitlah. Janganlah terlalu bergaya sedangkan berhutang sini sana. Janganlah terlalu mementingkan penampilan luar seperti memakai pakaian yang berjenama dan kasut yang berjenama, jam yang mahal-mahal, handphone yang terlalu mahal sedangkan makan dan minum masih lagi bergantung kepada ibubapa. Patut dah ada kerja, pandai-pandailah belanja ibubapa seperti membeli  keperluan didalam rumah seperti membeli beras, sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Dan tolong-tolonglah bayar bil letrik dan air. Jangan asyik terlalu bergaya dengan belanja yang mahal  dengan  balik-balik makan ditempat-tempat yang mahal. Bah! Ubahlah sifat dan perangai. Uruslah hal kewangan  dan pendapatan dengan baik. Ingat-ingatlah.........simpan wang dan jangan terlalu pakai duit. Kerana kalau dah tak ada duit yang cukup nanti merana dan susah. Takkanlah asyik pinjam wang orang lain saja! Malulah sikit. Kasi nipis itu kulit muka sikit. Hutang dulu belum bayar, masih nak berhutang?!

Sebenarnya, biarlah tidak ada gaya. Main-main biasa-biasa saja. Tak payah ikut-ikut  gaya orang lain yang memang berada dan berduit. Yang penting hati senang dan fikiran pun aman dan yang paling penting tidak ada hutang. Jadi, hidup pun RELAX saja...Inilah kebahagian hidup yang patut kita kecapi. Tidak ada gaya tapi bahagia. Hehehe........Tapi kalau mau bergaya juga, boleh bah tuu.....yang penting mengikut kedudukan kewangan sendiri dan jangan terlalu bergayalah......banyak belanja bah tuu.
Jadi, bergaya secara sederhana sajalah.....SIMPLE AND HAPPY.