Monday, March 15, 2010

Pasal hutang.

"Tokey, seluar ini berapa harganya?"
"Dua puluh ringgit saja."
"Buli hutangkah?"
"Buli tapi ini seluar simpan dulu disini."

Yaa......manusia memang suka berhutang kerana ini adalah cara yang mudah dan jalan pintas untuk memiliki dan menikmati sesuatu yang diidam-idamkan selama ini. Kalau tungguh sampai ada wang yang cukup,  jangan-jangan sampai mati pun tak merasanya. Jadi, jalan yang mudah untuk mendapatkan sesuatu ialah main hutang. 

Tabiat berhutang ini tidak mengenal batas. TV hutang; Kereta hutang, rumah hutang,  peti sejuk hutang. Malah bini pun hutang kerana berian dibayar secara ansur-ansur. Maklumlah berian mahal bah! Mahal pun tak apa bah!  Yang penting dapat hidup bersama-sama. Lagi pun mentua boleh runding mah....(Hehehe..).

Sesungguhnya, tabiat berhutang ini  tidak baik dan tidak digalakkan. Kerana ini boleh memburukkan keadaan hidup dan  mengakibatkan kehidupan tidak tenteram dan tidak bahagia. Kerana asyik risau memikirkan bagaimana mahu membayar hutang. Sesungguhnya,  banyak sekali keburukan berhutang. Sebab itu, janganlah suka berhutang sini sana sehingga hutang keliling pinggang.

Kalau mahu berhutang, boleh juga tetapi berhutanglah sesuai dengan kemampuan untuk membayarnya kembali. Misalnya gaji anda RM800.00 sebulan, maka tindakan untuk  berhutang antara diantara RM50.00 sehingga RM300.00 adalah manasabah dan logik. Kerana ianya mampu  anda bayar apabila menerima gaji tanpa berhutang kembali. Tapi kalau  anda berhutang RM1000.00, jumlah ini besar daripada gaji anda. Ini bererti anda tidak mampu membayarnya  apabila anda menerima gaji. Tindakan berhutang melebihi daripada pendapatan adalah satu tindakan yang  bukan saja kurang  bijak tetapi bodoh! Sebab itu, kalau terpaksa berhutang kerana ada keperluan yang mendesak dan penting sekali maka, berhutang  dengan bijak. Dimana ianya mampu anda bayar didalam jangka masa yang dipersetujui bersama. Jangan sekali-kali berhutang melebihi  daripada wang pendapatan anda setiap bulan.

Walau bagaimana pun, yang paling baik ialah tidak berhutang. Ini bererti kita berbelanja sesuai dengan wang pendapatan kita setiap bulan. Sebab itu, janganlah suka berhutang. Dan kalau mau terpaksa berhutang pun, pastikan ianya mampu anda bayar tanpa berhutang kembali. Dan akhir sekali, elakkan berhutang untuk membayar hutang yang lain. Kalau ini diamalkan, akibatnya tak habis-habislah hutang anda. Sampai mati pun asyik aje membayar hutang. Jestru itu, amalkan cara pengurusan wang yang bijak. Rancang perbelanjaan sesuai dengan wang pendapatan(gaji) supaya tabiat berhutang boleh dielakkan. Kerana  hidup lebih bahagia dan aman tanpa hutang!