Tuesday, March 10, 2015

Bila dapat gaji..



Kalau dapat gaji atau wang apa anda buat? Makan besar? Bayar hutang? Bayar loan? Belanja kawan-kawan? Beri derma? Main judi? Atau buat Aramai Tii? Beli baju baru? Set rambut? Kasut baru? Handphone baru? Yaa....memang banyak idea baru timbul didalam kepala bila dapat gaji atau bila ada duit. Macam-macam mau beli. Tapi, jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah baik-baik dan rancang cara penggunaan wang. Berikut adalah beberapa pedoman yang mungkin baik dijadikan panduan bila dapat gaji atau bila ada duit.

1) Bayar dulu perkara-perkara yang penting seperti bayar hutang, sewa/loan rumah, loan kereta, bil letrik, bil air, tambang kereta/bas anak-anak ke sekolah;

2) Beli keperluan asas iaitu keperluan setiap hari terutama barang-barang makanan dan dapur. Misalnya beras, gula, kopi, susu anak, garam, ikan, daging, gas, minyak makan, roti/biskut dan lain-lain.

3) Simpan wang di Bank: Simpan bah sikit-sikit. Kalau ada "lebihan" simpan banyak sikit.

Hal-hal yang lain seperti membeli baju dan seluar baru, TV baru, handphone baru, kasut baru dan lain-lain yang dianggap sebagai "perhiasaan" dikurangkan atau dibelakangkan. Kerana boleh hidup tanpa benda-benda berkenaan. Tak payahlah bulan-bulan membeli baju, kasut, make-up, dan lain-lain. Utamakan membeli barang-barang atau benda yang benar-benar diperlukan. Selain daripada itu, buatlah beberapa langkah untuk berjimat-cermat dan mengurangkan aliran wang keluar. Contohnya, tanam-tanamlah perbagai jenis sayuran disekeliling rumah, buat kolam ikan(kecil-kecil pun ok bah tuu!)berhenti merokok, jangan sikit-sikit beli gincu dan minyak wangi. Habis dulu, baru beli bah! Kurangkan membeli minuman yang alkohol(memabukkan), Selalu makan dan minum di rumah, bawa tapau pergi kerja, dan sebagainya.

Jangan ada saja duit, berbelanja macam  minum air! Ubahlah sikap. Bah! jimat-jimatlah. Fikirlah kepentingan keluarga, anak-anak dan dihari tua. Pendek kata, didalam hal duit, berjimat-cermatlah. Berhati-hatilah didalam hal menggunakannya dan jangan lupa simpanlah sikit-sikit wang di bank. Kalau tidak, nanti sendiri juga yang "susah dan sakit" di kemudian hari. Sebab itu, simpanlah sikit-sikit wang di bank. Lama-lama jadi bukit bah tuu dan bila dah jadi bukit, kau juga yang untung!