Sunday, April 5, 2009

Politik sikit-sikit!

"Bagus ikut politik. Boleh juga tulung-tulung urang!" Demikianlah salah satu daripada alasan atau sebab yang pernah saya dengar daripada beberapa orang yang masuk politik. Wah! Kalau beginilah alasan dan sebab orang masuk dan melibatkan diri didalam dunia politik, alangkah baiknya! Memang alasan ini NGAM dan BETUL!
Sebenarnya, tujuan utama untuk melibatkan diri didalam bidang politik adalah untuk berkhidmat dan berjasa kepada rakyat tanpa mengira bangsa, kedudukan dan agama. Tetapi masalahnya ialah apabila orang politik dah ada kedudukan, ada kuasa dan ada pangkat didalam parti dan parti yang diikutnya berkuasa dan memerintah kadang-kadang (atau selalunya) tujuan utama memasuki politik itu seolah-olah diabaikan atau diketepikan atau dilupakan atau TERLUPA. Maklumlah dah sibuk...atau dah lupa daratan!
Gelagat dan sifat kebanyakan atau beberapa ahli politik memang bikin maradang dan bikin sakit hati! Berikut adalah beberapa "gelegat politik" yang biasa kita nampak, terutama sekali bila dekat-dekat atau semasa musim pilihanraya: 1) Para orang-orang politik rajin dan sibuk sekali melawat atau berjumpa dengan rakyat. Mereka rajin betul masuk kawasan atau turun padang; mereka berkempen siang dan malam sampai ada yang sakit-sakit. Kerana mau memancing undi. Tetapi, bila dah selesai mengundi, susah betul nampak mereka dan susah betul mau jumpa dengan mereka. Kenapa? Sibuk? Tapi, bukankah sepatutnya melawat dan bertemu dengan rakyat dijadikan salah satu daripada kesibukan YB dan orang-orangnya?
2) Janji manis: Semasa berkempen banyak janji-janji manis yang diucapkan oleh orang-orang politik dengan senyuman yang manis dan lebar. Tapi bila dituntut atau diingatkan tentang janji yang diucapkan semasa kempen pilihanraya, jawapan yang biasa diberikan ialah," Dalam pertimbangan. Jangan kamu susah. Sabar saja yaa..." ; Atau "Sabar saja yaa....sudah diluluskan cuma menungguh wang peruntukkan." Inilah yang bikin maradang dan bikin sakit hati rakyat!
3) Projek kilat: Tiba-tiba ada projek di kampung maupun di kawasan bandar. Tiba-tiba muncul projek baru. Rakyat pun terkejut. Misalnya jalanraya diaspal kembali atau diperbaiki; jalan yang baru dibuat, balairaya dibina atau diperbaiki; tiang dan wayar letrik dipasang(tapi sampai habis pilihanraya eletrik belum ada), parit dibersihkan atau dibesarkan, suran, rumah ibadat atau gereja diperbaiki atau bangunan baru diluluskan dan macam-macam lagi projek kilat! Dan, biasanya projek-projek ini dimulakan dengan serta-merta tapi selepas pilihanraya projek digantung atau diberhentikan. Alasan "wang peruntukan tidak cukup. Tapi, akan disambung kemudian. Kamu tunggu saja." Rakyat pun binggung dan garu kepala sambil berfikir, " Betulkah nii?
Hmmmm....Janganlah terlalu beria-ia betul nak dirikan papantanda, "Satu lagi Projek Kerajaan....." tetapi tak ditunaikan atau langsung tidak disiapkan apa yang sudah dimulakan. Nanti rakyat akan berkata, "Satu lagi projek pembohongan kepada rakyat!" Sebab itu, perkara ini harus diperbaiki dan dikikis. Buanglah unsur-unsur ini. Janganlah menjanjikan "bulan" yang susah dipetik. Buatlah janji yang sesuai dan boleh ditunaikan tanpa banyak masalah. Biarlah janji itu kecil-kecil sahaja. Yang penting ianya dapat dilaksanakan mengikut masa yang dijanjikan maka dengan ini kepercayaan rakyat akan bertumbuh dengan baik.
Jadi, kepada mereka yang melibatkan diri didalam bidang politik, berpolitiklah dengan cara yang baik, jujur dan bersih. Jangan main bohong-bohong! Janganlah main trik-trik(tipu) atau sengaja memperdayakan rakyat terutama sekali orang-orang kampung. Berpolitiklah dengan jujur dan iklas supaya kamu dihormati dan disayangi rakyat. Ingatlah, tujuan utama untuk melibatkan diri didalam bidang politik adalah untuk berkhidmat dan berjasa kepada rakyat. Kepentingan dan kebajikan rakyat mestilah sentiasa diutamakan dan bukannya semata-mata untuk kepentingan dan kebajikan diri sendiri sahaja. Jagalah hati rakyat dan jangan kecewakan mereka. Sebab itu, jadilah ahli atau tokoh politik yang jujur, iklas, perhatin dan baik. Pendek kata, Selamat berpolitik dengan baik dan bersih!