Ruangan bagiku untuk memberi SHARING atau PERKONGSIAN mengenai beberapa Pedoman dan Inspirasi yang mungkin berguna kepada sesama insan. Semoga sharing ini membawa sesuatu yang baik kepada setiap pembaca.
Saturday, August 16, 2014
Pedoman untuk Suami dan isteri
1. Hai suami, Janganlah memperlakukan isteri mu sebagai "amah". Ingatlah bahawa Kerja-kerja didalam rumah adalah tanggungjawap bersama. Ini adalah penting supaya tidak ada pihak yang merasa keberatan dan dibebani didalam perkahwinan.
2. Bah....suami Janganlah malu-malu bersifat "romantic" kepada isteri. Kemesraan dan keromantikan didalam perkahwinan mestilah sentiasa diamalkan sepanjang hidup selaku pasangan suami-isteri.
3. Janganlah bersifat kasar kepada isteri/suami.
4.Hai isteri, Janganlah memperlakukan suami mu sebagai "bodyguard dan handyman".
5.Jagalah kesehatan badan bersama.
6. Bersolek tuu OK bah. Tapi, jangan berlebih-lebihan"lah...
7.Wang pendapatan adalah milik bersama sebagai satu keluarga. Jangan bersifat "kedekut dan luki" bila berbelanja demi keperluan keluarga.
8.Jangan lupa berdoa bersama.
9.Hai isteri, janganlah terlalu membebel kepada suami.....cakap palan-palan bah...
10. Kuatkan dan mantap cintakasih bersama melalui perkataan, fikiran dan perbuatan.
11.Cintai dan sayangilah pasanganmu SE-ADA-NYA.
12. Sentiasa elakkan pergaduhan dan utamakan kebahagian bersama.
13.Buanglah tabiat dan sifat yang buruk demi kebaikan dan kebahagian bersama dan keluarga.
14.Apa lagi yaaa......Bah fikir-fikirlah........banyak lagi tuu....
Bah....fikir-fikirlah dan renung-renunglah pedoman yang dikatakan diatas semoga ianya membawa kesan yang baik didalam kehidupan kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)