Sunday, November 30, 2014

Buatlah sampai berjaya

Apakah anda mudah berputus asa? Gagal sekali dah angkat bendera putih? Tak  mahu mencuba untuk kedua kali? Kenapa tak mencuba lagi? Taku kecewa lagi? Takut gagal lagi? Sebenarnya didalam hidup ini kalau kita  mahukan kejayaan kegagalan dan kekecewaan adalah sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kejayaan.  Seperti kalau kita  mahu menikmati durian, kulitnya yang berduri kita tak  perdulikan. Buka kulitnya barulah kita dapat menikmati kesedapan dan keenakan isi durian. Kalau terluka dari semasa membukanya, jangan putus asa cuba lagi dan cuba lagi sehinggalah Berjaya. Jangan mudah berputus asa nanti gagal menikmatinya.
 
Jadi, didalam hidup ini apa saja kita buat samada didalam bidang pelajaran atau menceburi dunia perniagaan kita mesti ada semangat berjuang sampai Berjaya. Jangan alang-alang didalam melakukan sesuatu yang baik. Ketabahan dan kerajinan didalam memperjuangkan sesuatu yang baik pasti akan menghasilkan kejayaan. Yang penting ialah jangan sekali-kali mudah berputus asa apabila mengalami kegagalan.
 
Kegagalan itu tidak berpanjangan tetapi kejayaan pasti dicapai jika berbekalkan kepada semangat yang tinggi untuk Berjaya. Jestru itu kalau mahu melakukan sesuatu untuk  memajukan diri dan untuk tujuan  bagi mengubah kehidupan yang lebih baik BUATLAH SAMPAI BERJAYA.
 
Selagi kejayaan itu belum berada didalam  genggaman anda, janganlah berhenti. Teruskan usaha dan ubah teknik  yang tak membawa hasil yangbaik. Cuba teknik yang baru yang mungkin boleh mendatangkan kejayaan. Jangan takut dan malu mencuba cara yang baru demi mengejar kejayaan dan kemajuan. BUATLAH SAMAPAI BERJAYA!