Friday, May 17, 2013

Pantang mengalah!

Ada kata-kata hikmat yang berbunyi: Orang yang benar-benar kalah adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapannya sendiri. Jestru itu, kalau kita kalah didalam sesuatu pertandingan atau permainan atau pilihanraya, janganlah menyalahkan orang lain gara-gara kecewa tidak menang. Tetapi, Ingatlah bahawa disebalik kegagalan atau kekalahan   ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari.  Kerana peristiwa pahit ini boleh dijadikan sebagai satu kesempatan dan  peluang untuk  menilai diri kita sendiri secara jujur dan dengan kerendahan hati. Luangkan masa yang baik untuk menilai apa punca kegagalan diri sendiri.  Cuba renung secara mendalam supaya kelemahan itu  dapat diperbaiki. Selepas mengenal pasti puncanya, maka rancanglah  satu langkah yang baru yang bukan saja lebih berkesan dan lebih berbisa  tetapi juga lebih menarik yang mugkin dapat membawa kejayaan dan kemenangan dimasa akan datang. Pendek kata, belajarlah daripada kesilapan. Jangan  bersedih hati kerana gagal atau kalah; Jangan juga marah dan meresa kecewa. Tetapi Bangkitlah dan teruskan perjuangan. Kerana esok masa ada bah! Ini bererti masih ada  harapan dan peluang untuk berjaya. Pandanglah ke hadapan kerana dihadapan masih banyak peluang untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. BAH! Biarlah kalah hari ini tapi sifat jangan  mengalah itu mesti diteruskan. Pantang mengalah selagi badan bernyawa! Perjuangan mesti diteruskan.............sehingga mendapat kejayaan! Tapi....berjuanglah dengan cara yang baik dan mulia supaya kejayaan yang bakal dikecapi bermakna dan diberkati Tuhan.