Saturday, November 2, 2013

Hari para arwah

Pada 2hb November, biasanya  dianggap sebagai Hari para arwah terutama sekali dikalangan orang Kristian. Hari ini adalah khas untuk mengingati para ahli keluarga, para saudara-mara, kenalan dan semua orang yang telah meninggal dunia. Bukan sekadar mengingati mereka tetapi juga untuk mendoakan roh mereka agar mereka selamat dan menikmati kebahagian abadi bersama-sama dengan Tuhan Allah di Surga. Dan selain daripada itu, kita juga diingatkan bahawa bagaimana para arwah yang sudah mendahului kita, kita juga disedarkan bahawa suatu hari nanti kita juga akan seperti mereka juga. Mereka telah mati, kita juga akan mati. Titik perhentian kita selaku manusia adalah sama saja. TIdak kira kaya atau miskin, cantik atau hodoh, tinggi atau rendah, kita semua akan meninggalkan dunia ini suatu masa nanti. Ini boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa amaran  dan tanda jemputan.  Jestru itu, baiklah kita sentiasa bersedia dengan saat ini iaitu saat kematian. Jangan berkata," Ahh.....lama lagi bah tuu!" Kerana saat itu boleh terjadi pada hari ini atau esok atau bulan depan atau tahun depan. Ia boleh terjadi dimana-mana saja. Mungkin semasa kita berkerja atau bersukan atau semasa menonton TV atau semasa bercuti diluar negara.

Ya....boleh terjadi pada bila-bila masa saja. Yang penting kita bersedia pada saat itu dengan menghidupi kehidupan yang baik dan beriman. Ingatlah pada Tuhan Allah selalu dan jangan buat benda-benda yang jahat dan dosa. Jagalah cara kehidupan. Peganglah dan ikutilah ajaran Tuhan dengan setia dan iklas. Dan jangan lupa membuat seberapa banyak  kebaikan dan kebajikan kepada sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.

 Saudara dan saudari, kita semua akan mati suatu hari nanti. Kita bukan hidup selama-lama diatas bumi. Sebab itu, marilah kita hidup dengan baik semasa hidup diatas bumi ini. Semoga  apabila sampai masa kita menemui PENCIPTA kita yang MAHAKUASA kita akan mendapat belaskasihan daripadaNYA dan seterusnya dikurniakan kehidupan yang bahagia dan abadi. Amin.