Tuesday, April 9, 2013

Kejujuran berkerja....

Apakah anda seorang  pekerja yang rajin dan jujur? Apakah anda dengan setia dan iklas melaksanakan kerja yang anda pohon  dahulu dan menerima gaji kerja membuat kerja berkenaan?
Jam berapa anda datang ke pejabat atau tempat kerja? Dan pulang pula jam berapa anda berangkat daripada pejabat atau tempat kerja?

Kalau lambat datang ke pejabat  sekali-sekala, ini dapat kita fahami dan dapat diterima. Tetapi kalau balik-balik lambat atau hari-hari lambat datang maka, inilah yang dikatakan kurang komitment dan kurang iklas didalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Begitu juga kalau selalu  keluar pejabat atau hari-hari pulang awal daripada kerja. Alasan? Konon-konon mau menggelak "trafik jam".  Sifat seperti ini  mengambarkan etika bekerja yang salah. Kalau dah  ditetapkan masa pulang ialah jam 5.00 petang. Maka seorang pekerja yang jujur akan keluar daripada pejabat tetap pada jam 5.00 petang.Dan bukannya jam 4.30 pm dah berada  dijalanraya.....siok-siok(senang) memandu kereta yang berhawa dingin. Sifat seperti ini tak baik dan memang melambangkan ketidak-jujuran dan tidak bermoral.

Seorang pekerja dibayar gaji sesusai dengan perjanjian yang dipersetujuhi bersama. Pekerja dibayar gaji untuk melakukan kerja yang dia setuju untuk melakukannya dan  majikannya  pula membayar gaji berdasarkan kepada ikatan perjanjian berkenaan. Jadi kalaulah seorang perkerja selalu lambat datang kerja atau selalu sangat pulang awal, mungkin lebih baik dan adil jika gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan dikaji semula.

Pekerja yang malas lebih baik diberhentikan dan biarkan dia pergi mencari kerja yang lain. Rugi saja membawa gaji pekerja yang malas dan tidak jujur! Walau bagaimana pun pekerja yang rajin dan jujur sebaiknya diberi "BONUS" atau kenaikan pangkat atau gaji atau kedua-duanya sesuai dengan "terma dan syarat" yang dipersetujui bersama.

Bah.....kalau dah dapat kerja, baik-baiklah bekerja Jangan malas. Jangan curi tulang  nanti kena  potong gaji atau lebih teruk nanti  kena buang kerja pula.! Sendiri juga yang menderita dan susah.  Ingatlah bahawa adalah menjadi satu kerugian  bagi majikan atau tokey untuk membayar gaji  pekerja yang malas dan tak amanah. Tambahan pula, seorang pekerja yang menerima gaji penuh tanpa bekerja dengan baik dan jujur adalah satu  kerugian kepada diri sendiri. Kerana gaji yang diterimanya  bukanlah  "gaji bersih" tetapi "gaji kotor." Ianya tidak membawa  berkat dan  kebaikan kepada diri sendiri kerana menipu didalam pekerjaaan tetapi menerima gaji yang penuh. Jestru itu, bekerjalah dengan baik, jujur dan iklas supaya gaji yang diterima adalah halal, bersih dan diberkati oleh Tuhan yang Maha Esa..

Sunday, April 7, 2013

Jangan Putus Asa bah!

Kalau kalah didalam pertandingan. Jangan lemah semangat. Berlatih lagi dan lagi...kemudian ikut lagi pertandingan. Cuba lagi. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perniagaan. Jangan berhenti buat bisnes. Cuba lagi secara-cara kecil-kecilan. Jangan putus asa bah!
Kalau gagal didalam perkahwinan. Jangan terlalu risau. Carilah yang lain. Jangan Putus asa bah!
Kalau tak lulus peperiksaan. Belajar lagi dan ikut peperiksaan lagi samapi lulus! Jangan mudah putus asa bah!
Kalau tak kena hari ini. Cuba lagi sehingga kena bah. Jangan mudah putus harapan bah..
Kalau gagal bertobat, cuba lagi.Perbaiki diri dengan lebih berdispilin dan buang  perkara dan sifat yang menghalang pertobatan. Jangan mudah berputus asa bah.
Kalau selalu gagal berdoa. Cuba lagi sehinggalah sifat berdoa setiap hari  itu menjadi pegangan utam didalam hidup.
Pendak kata, apa juga kegagalan yang kita alami didalam kehidupan, jangan mudah berputus
 asa. Cuba lagi dan lagi sehinggalah berjaya. Kerana kecekalan, kesabaran dan semangat perjuangan yang tinggi akan membawa kejayaan dan kebahagiaan.