Apakah anda cemburu melihat orang lain lebih berjaya daripada dirimu?
Apakah anda iri hati dengan pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh orang lain?
Kalau jawapan anda adalah YA.................maka belajarlah menerima kelebihan orang lain dengan rendah hati. Dan berusahalah dengan sabar dan tabah untuk memajukan diri sendiri tetapi dengan cara yang senyap. Janganlah baru maju sikit dah cakap besar. Janganlah seperti ayam betina, baru bertelur sebiji dah riau sekampung. Diam-diam berusaha bah! Ikutilah ibu kayu. Diam-diam berisi...Diam-diam berusaha......
Tapi kalau jawapan anda adalah TIDAK. Maka ini menandakan bahawa anda adalah seorang yang BAHAGIA meskipun belum lagi bergelar jutawan. Mungkin didalm proses menjadi salah satu daripadanya. Betulkah? Ada harapan?
Sebenarnya...memang baik kalau dapat menjadi jutawan. Tapi kalau tak sampai ke tahap itu pun tak apa bah tuu. Yang penting.....kita ADA makanan yang cukup, ada pakaian yang diperlukan dan ada tempat tinggal(rumah) untuk berteduh.
Hidup kita mungkin sederhana saja tapi bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada sebarang kerisauan dan kesusahan dan tak berhutang kepada sesiapa pun DAN setia beriman kepada Tuhan. Inilah yang membahagiakan didalam hidup bukan harta dan wang yang bertimbun-timbun. Pendek kata, KeBahagiaan didalam hidup bukan bergantung kepada banyaknya harta-benda kita. Kerana kita boleh hidup dengan bahagia tanpa bergelar JUTAWAN. Hehehe......
Ada satu cerita pasal seorang yang miskin ditanya kenapa dia sentiasa senang hati dan happy meskipun dia tak punya banyak wang dan harta. Dia menjawap: "Aku bahagia meskipun miskin, kerana saya bukanlah orang yang termiskin didalam dunia ini. Tetapi yang benar-benar membuat saya HAPPY ialah saya tak ada hutang dengan sesiapa pun," katanya sambil mengukir sebuah senyuman yang manis dan lebar sekali......
"BE HAPPY AND DON'T WORRY! "
No comments:
Post a Comment