Friday, August 7, 2009

Esok masih ada?


Ungkapan bahawa "Esok masa ada" memang menarik sekali. Yaa...Esok masih ada! Esok pasti datang. Tapi persoalanya ialah apakah kita masih ada didunia ini pada keesokan hari? Pendek kata, "Esok masa ada untukku?"


Esok pasti ada tetapi hari esok itu tidak pernah dijanjikan untuk kita. Kita mungkin masih ada pada esok hari. Tapi boleh jadi juga bahawa hari esok kita sudah tidak ada lagi! Ini bererti kehidupan kita untuk keesokan hari bukanlah suatu yang pasti. Kerana kita bukan berkuasa keatas kehidupan kita sendiri dan menentukan bahawa esok kita masih hidup. Sebah Tuhan yang Maha Kuasa yang menentukan samada pada hari esok kita masih berdiri diatas bumi ini atau kita bersemadi kedalam tanah.


Sebab itu, adalah lebih baik kita membuat apa yang dapat kita buat pada hari ini. Jangan main tangguh-tangguh terutama sekali perkara yang penting sekali diselesaikan. Selesaikan perkara atau pekerajaan yang mampu kita buat pada hari ini. Jangan tunggu sehingga hari esok kerana persoalan didalam hidup kita bukanlah lebih kepada soal "Esok masih ada," tetapi sebuah pertanyaan yang perlu kita hayati sedalam-dalamnya demi mencari jawapannya: "Esok masa ada?"


Secara jujur persoalan ini sukar sekali untuk dijawap. Tetapi apa yang pasti ialah hari esok pasti datang meskipun kita mungkin tidak ada untuk menyambutnya. Jadi, saudara dan saudari, marilah kita membuat apa yang kita boleh dan mampu buat pada hari ini supaya seandainya kita tidak sempat melihat "kebangkitan sinaran matahari pada hari esok sekurang-kurang kita sudah menyiapkan apa yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan dunia ini. Amin.

Tuesday, August 4, 2009

Jangan begitu bah boss...

Bagi setengah-tengah orang, hidup ini memang dirasakan bagaikan neraka dan tidak adil kerana boss mereka punya "keras dan jahat"! Boss yang suka menengking dan marah-marah! Misalnya para pekerja di ladang-ladang merunggut: " Kami penat berkerja dibawah sinaran matahari (Aduh! Panas bah!). Tapi gajinya kecil; Tak seberapa. Bolehlah dianggap cukuplah untuk menahan lapar tapi tidak ada lebih-lebih untuk "ramai-ramai" sikit. Selain daripada itu, kami juga berhadapan dengan perbagai bahaya seperti patukan ular, gigitan kala jengking, seranga dan yang paling terus ialah serangan nyamuk yang bagaikan tak puas-puas menghisap darah manusia yang kepenatan berkerja. Dah...tuu boss "jahat" pula! Hari minggu pun dia suruh kerja. Kami mau pergi sembayang pun tidak boleh. Tapi boss kami, mahu kami menjadi pekerja yang baik. Bagaimanalah mau menjadi pekerja menjadi baik, kalau pergi sembayang pun kena larang? Dan hari cuti umum pun disuruh kerja! Celaka punya boss! Nanti kami kasih celaka baru tau!" Demikianlah serba-sedikit keluhan para pekerja yang punya boss yang "jahat."
Bah, kepada boss-boss layanlah para pekerja dengan baik. Kerana tanpa mereka bisnes kamu tidak akan berjalan dengan baik. Mesralah kepada mereka dan berilah gaji yang berpatutan dan kadanga-kadang tuuu berilah kejutan didalam bentuk "bonus atau hadiah" terutama sekali di hari-hari perayaan atau di awal tahun. Jagalah hati para pekerja supaya mereka pun senang dan bahagia berkerja dengan anda.
Kepada para pekerja pula, berkerjalah dengan baik dan jujur. Janganlah main-main kerja nanti boss atau komponi rugi. Bila ini terjadi, kamu pun rugi juga. Keraan mungkin gaji lambat dibayar atau dikurangkan gara-gara keuntungan jatuh kerana pekerja main-main kerja.
Jestru itu, untuk kebaikan bersama diantara pekerja dan boss, baguslah masing-masing mengamalkan cara kerja yang baik supaya kedua-dua pihak senang dan untung. Jadi, bagi yang boss, bah jadilah boss yang bagus, penyayang, sabar dan mesra kepada pekerja. Dan bagi pekerja, bah, jadilah pekerja yang baik, jujur dan rajin. Jangan curi tulang bah! Boss pula...Jangan marah-marah bah boss.....(He he he.....).