Saturday, April 10, 2010

Kawan atau pengawan?

Kata orang," Berkawan biarlah banyak tapi pilihan hanyalah satu." Begitulah kalau mahu mencari kawan untuk seumur hidup. Ini bererti kita berkenalan dan berkawan  dengan banyak-banyak orang dulu dan dimasa yang sama cubalah melihat dan menilai mana satu yang berkenan dihati. Kalau dah dapat yang NGAM dan sesuai dengan diri sendiri, maka rapatkan dan mantapkan persahabatan sehinggalah menjadi "Raja dan Permaisuri sehari."

Walau bagaimana semasa berkawan dengan banyak orang berhati-hatilah  dengan kawan-kawan, baik yang  kawan-kawan lama maupun dengan kawan-kawan yang baru. Kerana ada orang memang mencari  kawan tetapi bermotif jahat. Mereka pura-pura berkawan tetapi tujuan utama mereka untuk mendapatkan kawan-kawan bukanlah untuk berkawan tetapi  untuk mengawan mereka.

Mereka mahu memuaskan nafsu seks mereka  tanpa mahu terikat dengan apa tanggungjawap dan komitmen dengan orang yang mereka sasarkan. Target mereka adalah untuk main siok-siok saja. Lepas tuu, mereka tinggalkan kawan yang mereka dah curi keperawanannya dengan cara  yang licik sekali. Misalnya memberi berbagai-bagai hadiah yang mahal dan menarik, dengan berlagak sebagai orang baik dan alim, dengan kata-kata yang manis dan mendayu-dayu dan sebagainya. Jadi, bila kawan dah terpikat dan merasa terhutang budi, maka pada saat-saat seperti itulah mereka akan meminta  supaya si kawan membuktikan cinta mereka dengan menyerahkan tubuh mereka. Jadi, didalam keadaan serba-salah diantara mahu membuktikan cinta dan takut ditinggalkan oleh si kawan sekiranya permintaannya ditolak, maka terpaksalah mengadai badan dan maruah demi memuaskan hati si kawan. Sesungguhnya, Jangan menyerah dan jangan termakan dengan kata-katanya yang manis dan mendayu-dayu. Kuatkan hati dan pertahankan maruah dan harga diri sendiri. Jangan mudah mengalah dengan mengikut telunjuk si kawan mementingkan kepuasan dirinya sendiri.

Sesungguhnya kawan jenis seperti ini buang saja, tinggalkan saja tanpa menitiskan airmata. Kerana niatnya jahat dan tidak suci dan tidak iklas. Dia mahukan apa yang belum menjadi miliknya. Jadi, tak perlulah melayan kawan seperti ini. Kerana dia bukanlah  seorang kawan tetapi dia adalah seorang pengawan! Putuskan saja persahabatan. Jangan takut ditinggalkannya. Kerana bukan seekor ikan di laut dan bukan sekuntum bunga di taman.Jadi, tinggalkan dia, dan carilah  yang baru dan yang lebih baik. Kalau tak dapat pun, biarlah hidup membujang sampai akhir zaman asalkan bahagia dan aman  sepanjang hidup didunia ini. He he he.......