Monday, January 6, 2014

Petua am menghadapinya kenaikan harga....

Apabila harga petrol atau minyak naik, semua barang-barang pun naik termasuklah harga makanan dan minuman. Kini secawan kopi tidak ada yang dibawah RM1.00 DAN  makanan pula tidak ada yang dibawah RM3.00. Kini semua pun mahal. Masuk tandas awam pun naik juga! Apa pun, beginilah kenyataan hidup dimasa kini. Barangan sentiasa naik dan bila naik tak pernah turun. Sementara itu, gaji tak naik-naik. Dan kalau esok-esok gaji naik, macam tidak ada erti juga. Kerana bila saja naik gaji, harga barang-barang pun naik juga. Jadi didalam keadaan seperti ini memang menyusahkan tetapi didalam masa yang sama kita harus berfikir dan bertindak bijak didalam hal berbelanja. Maka dengan itu baiklah sekali jika kita rancang baik-baik perbelanjaan kita. Beli apa yang benar-benar diperlukan. Dan jangan boros berbelanja. Selain daripada itu, elakkan makan dan minum ditempat-tempat perniagaan yang mahal-mahal. Dan untuk mengurangkan perbelanjaan terutama sekali sayur , cubalah menanam  perbagai jenis sayur dihalaman rumah. Jangan biarkan tanah terbiar begitu saja. Mulakanlah "Kebun hijau." Tanam sayuran yang mudah tumbuh dan senang dijaga. Tanam juga lada, halia, serai,  pokok limau, pisang dan betik dan sebagainya. Dan jika tidak menjadi masallah, boleh juga memelihara ayam dan ikan untuk keperluan keluarga. Maka, dengan cara ini perbelanjaan secara tunai boleh dikurangkan dan simpanan tunai boleh ditingkatkan demi kebaikan keluarga  sendiri.
 
Barang naik tapi jangan mengalahlah. Naikkan semangat untuk memulakan Kebun sendiri. Ini bukan saja untuk keperluan sendiri tetapi jika melebihi daripada keperluan sendiri yang lebih-lebih tuh bolehlah dijual. Maka dengan ini anda mendapat "wang tambahan."  Jadi pendapatan pun naiklah. Jadi kemelut naik harga boleh kita jadikan sebagai peransang dan penaik semangat untuk menaikkan pendapatan dan mengurang perbelanjaan agar tidak menjadi MANGSA KENAIKAN BARANG-BARANG.