Friday, January 29, 2010

Hujan di tengah hari...

Di awal-awal pagi matahari bersinar dengan terang dan di langit pula tak kelihatan awan-awan hitam. Semua ini memberi gambaran bahawa sepanjang hari cuaca adalah baik. Tapi kadang-kadang hujan pula di tengah hari dan ini merosakkan aktiviti atau agenda  yang sudah dirancang diawal-awal pagi lagi. Perkara seperti ini bukan suatu yang baru dan mengejutkan kerana ia dah beberapa kali terjadi. Maka tak perlulah bersedih, kecewa dan marah-marah. Keadaan seperti ini adalah diluar kuasa kita seperti  kata orang," Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan."

Walau bagaiman pun apa yang penting ialah kita sentiasa membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu perkara. Amalan ini memang baik sekali dan ini haruslah menjadi pegangan didalam hidup kita setiap hari. Jadi, rancang dulu, barulah buat. Jangan "main hantam" saja kerana ini boleh membawa keburukan dan kerugian kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Jadi, kalau mahu melakukan sesuatu, buat dulu perancangan atau persiapan sebaik-baik yang mungkin.. Lepas itu, barulah dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan atau mengikut pelan tindakan. Jangan tukar-tukar pelan. Buat apa yang sudah dirancang supaya   kejayaan adalah  lebih cerah dan kegagalan dapat dielakkan. Nah! Inilah kebaikan ada persediaan dan perancangan. Jestru itu, selalulah membuat perancangan dan persiapan sebelum membuat sesuatu perkara atau kerja.