Sunday, November 13, 2016

Hidup ini sentiasa indah bah!

Didalam hidup ini memang banyak sekali cabaran, masallah dan godaan dan juga peluang utk kita harungai dan lalui. Inilah reality atau hakikat didalam kehidupan setiap hari. Kita boleh memilih utk berjuang utk menghadapinya atau duduk saja tanpa melakukan apa-apa. Relax aje bah, tapi hidup haruslah aktif dan hidup kalau tidak hidup ini agak membosankan. Bikin boring saja! Jestru itu, apa pun cabaran yang kita hadapi didalam hidup ini, kita harus memberanikan diri utk menghadapinya. Jangan takut dengan cabaran kerana ianya dihadapan kita utk ditakluk.

Kalau kita menghadapi berbagai-bagai masallah ianya bukan dibiarkan begitu saja. Tetapi utk kita hadapi untuk menyelesaikannya. Bukan untuk dibiarkan begitu saja sehingga menjadikan hidup kita lebih bermasallah gara-gara tidak membuat apa-apa tindakan pada masallah yang ada didepan mata. Jadi jangan biarkan masallah tanpa usaha untuk menamatkannya. Kerana kalau tidak ada usaha maka masallah akan bertimbun-timbun sehingga hidup menjadi tidak selesa dan lebih menderita. Jestru itu, jangan takut menghadapi apa juga masallah yang datang  didalam hidup. Jadilah insan yang berprinsip "pantang undur sebelum mencuba."

Kalau kita menghadapi godaan, jangan banyak berfikir "mau lawan atau tidak". Kalau dah pasti bahawa godaan itu boleh merosakkan dan membahayakan kehidupan kita lebih baik jangan layan godaan yang menarik tetapi  merosakkan hidup sendiri. Apa lagi kalau godaan itu  didalam bentuk yang memang benar-benar bertentangan dengan ajaran agama. Buang saja dan lupakan saja godaan yang membawa kepada dosa.

Hal peluang,  jangan lupa mengambil peluang-peluang yang ada didalam hidup ini terutama sekali peluang-peluang utk memajukan diri. Jangan lepaskan peluang yang datang ke arah kita. Ambil yang baik dan buatlah yang terbaik utk kebaikan dan kemajuan diri agar kita juga boleh membantu orang lain berdasarkan apa yang telah kita pelajari.

Yaa.....hidup ini memang serba mencabar tetapi kita mesti tidak mudah mengalah dengan perbagai perkara yang kita hadapi dan alami didalam hidup ini. Dan jangan kerana gara-gara ini maka kita menganggap hidup ini susah dan membosankan. Kerana didalam apa pun keadaan kalau kita berfikiran positif sesungguhnya HIDUP INI SENTIASA INDAH BAH!