Thursday, October 29, 2009

Kawan-kawan


Didalam dunia persahabatan kita janganlah terlalu mengharap kepada kawan-kawan untuk ingat-ingatkan kita. Kerana biasanya kawan-kawan itu datang dan pergi. Bila dah selesai sekolah dan mereka dah berkerja dan berkeluarga maka, kesibukan kehidupan setiap hari membuat mereka lupa pada kawan-kawan yang dulu tanpa mereka sedari. Maklumlah dah sibuk betul mengurus kehidupan yang penuh dengan perbagai cabaran, kerja, dan lain-lain tugas. Sebab itu janganlah terlalu mengharap mereka memanggil kita melalu HP atau talipon atau menerima SMS. Jadi, kitalah yang sendiri perlu bertindak supaya tali persahabatan itu tidak putus dan terkubur begitu saja. Sebab itu, jangan lupa panggil kawan-kawan atau sekurang-kurangnya mengirim SMS sekali-sekala bah. Macam satu bulan satu kalikah atau Dua kali sebulan. Ini terserahlah kepada kita sendiri untuk menentukannya. Yang penting jangan biarlah api persahabatan itu padam begitu saja disebabkan oleh kesibukan hidup. Kawan-kawan yang baik tidak baik dilupakan. Lagi pun kita perlukan kawan bah! Jestru itu, pandai-pandailah kita memelihara hati kawan-kawan kita. Meskipun dah berjauhan, dan sibuk dengan kerja serta urusan peribadi setiap hari tapi kawan-kawan tu, janganlah dilupakan.

Thursday, October 22, 2009

Obat untuk hilangkan "Tension."

Kenapa si Ah Bian pergi tingu wayang bersama denga 18 org kawannya? Sebab, di bawah 18 tidak dibenarkan masuk!

(Why did Ah Bian go to a movie with his 18 friends?
Because below 18 not allowed! )

Si Ah Bian mau beli TV berwarna. Jadi dia pegi kedai lah.
Ah Bian: "Tokey, ada TV yang ada warnakah?
Tokey: "Ada!
Ah Bian:" Bah, kasi saya warna hijau ahh."

(Ah Bian wants to buy a TV set. He goes to a shop.
Ah Bian : "Tokey, Do you have color TV ?"
Tokey: "Yes !" Ah Bian : "Give me a green one, please.)

Nota: Bagus juga bah, baca buku atau tingu wayang yg bikin Ha ha ha/He he he....Biasanya selepas ketawa, "tension"(tekanan & kerisauan) hilang bah! Jadi, kalau susah-suah hati atau sedih, bah, pandai-pandailah menghibur hati. Tapi, jangan terlampau nanti, termasuk pula Hospital Bahagia @ Bukit Padang. He he he....

Sunday, October 18, 2009

Tidak ada Masa bah!

Biasanya orang memberi berbagai-bagai alasan bila tidak berjaya melakukan suatu kerja yang disuruh. Dan antara alasan yang biasa sekali diberi ialah, "Tidak ada Masa bah!" Misalnya boss tanya pekerjanya kenapa tak buat kerja yang disuruh. Jawapan: "Tidak ada Masa bah boss."; Demikian juga bila guru bertanya kepada murid, kenapa tak buat kerja rumah? Murid menjawap: " Sori...Tak ada masa bah cikgu." Begitu juga dengan anak-anak yang sibuk berkerja di bandar, bila ditanya kenapa tak sering balik ke kampung untuk bertemu dengan ibubapa. Alasan: "Tidak ada masa bah! Sibuk betul." Demikian juga bila umat yang jarang-jarang pergi sembayang. Alasan mereka,"Tidak ada Masa."
Betulkah alasan ini? Bila difikirkan secara mendalam alasan Tidak ada Masa adalah satu alasan yang tidak logik dan tidak masuk akal. Kerana kita sentiasa ada masa bah! Kita ada 24 jam didalam sehari. Jadi, pandai-pandailah kita mengatur masa dan membahagi-bahagikan masa mengikut kepentingan dan keutamaan sesuatu perkara atau hal.
Perkara yang penting sekali misalnya hal pergi sembayang dan bersembayang dirumah didahulukan dulu. Keutamaan harus diberikan kepada perkara ini terutama sekali didalam kehidupan kita setiap hari dan khasnya pada Hari Ahad. Selepas itu diikuti dengan perkar yang lain seperti Hal keluarga, kerja, membuat kerja-kerja rumah, anak, bil, hutang, pakaian, rumah dan sebagainya.
Mengatur masa adalah penting sekali didalam kehidupan kita. Sebab itu, buatlah perancangan bagaimana menggunakan masa yang ada sebaik yang mungkin. Jangan terlalu tumpuhkan kepada suatu perkara sahaja sehingga hal-hal yang lain diabaikan. Misalnya terlalu bekerja sehingga lupa sembayang. Atau terlalu keluar dan bersama-sama dengan kawan-kawan(Aramai Tii bah!) sehingga kurang masa untuk bersama dengan ahli-ahli keluarga sendiri. Atau seorang pelajar terlalu belajar sehingga hal berdoa ditinggalkan dan kesihatan badan diabaikan. Keadaan seperti ini boleh membawa padah dan kerugian kepada diri sendiri. Sebab itu Keseimbangan didalam mengatur masa haruslah ada.
Perkara yang penting mestilah dimasukkan didalam "Perkara Utama "yang penting yang mesti dilakukan setiap hari. Walau bagaimana pun perkara yang penting tidak semestinya diluangkan masa yang terlalu banyak. Misalnya hal berdoa. Penting sekali berdoa tapi tak perlulah berdoa berjam-jam setiap hari. Yang penting kita berdoa dan luangkan masa yang dianggap logik dan manasabah. Misalnya satu jam masa berdoa setiap hari.
Selain daripada itu ada perkara yang terpaksa kita luangkan masa yang lebih lama daripada berdoa. Kerana ini dah mengikut Peraturan berkerja. Jadi, Undang-undang ini haruslah kita hormati dan patuhi iaitu berkerja 8 jam sehari!
Apa yang penting didalam hal MASA ini ialah kita aturlah MASA kita dengan baik supaya perjalanan hidup kita lebih aman dan teratur. Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan didalam hal mengurus kehidupan kita setiap hari agar kita mempunyai ketenangan dan kebahagian didalam hidup.
Kalau kita atur MASA kita dengan baik maka, hidup kita tidak akan kelam-kabut dan tidak huru-hara. Sesungguhnya perancangan dan pembahagian MASA yang baik adalah penting sekali didalam hidup kita supaya boleh memastikan kita ada MASA untuk semua perkara. Maka dengan itu kita tidak payah lagi berdalih "Tidak ada Masa bah!"

Friday, October 16, 2009

Yang wanita tak suka!


Mengikut beberapa orang, berikut adalah antara perkara yang wanita tak suka. Jadi, baik juga kalau kaum lelaki mengetahui hal ini supaya pandailah jaga hati para wanita terutama sekali wanita yang istimewa da nspecial sekali didalam hidupnya.


1. MENINGGIKAN SUARA: Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA: Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’: Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG: Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO: Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU: Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN: Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI: Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN: Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA: Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN: Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA: Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN: Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK: Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan perkara yang tak berguna!
15. PENGOTOR: Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
engan merokok.
16. GELOJOH: Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN: Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI: Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT: Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO: Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Jestru itu, wahai kaum ADAM bin LELAKI pandai-pandailah kamu “Mengambil & menjaga hati” buah hati kamurang kio…Baru aman dan bahagia.He he he…

Tuesday, October 13, 2009

Kata-kata "berbisa."


Orang selalunya tidak munasabah, tidak logik dan mementingkan diri; ampunilah sahaja.Jika kita baik hati, orang mungkin menuduh kita memiliki motif tertentu, teruskan berbuat baik.Jika kita berjaya, kita akan mendapat beberapa kawan palsu dan beberapa musuh sebenar; teruskan kejayaan kita.Jika kita jujur dan ikhlas, orang mungkin akan menipu kita; teruskan bersikap jujur dan ikhlas.Apa yang kita bina selama bertahun-tahun boleh dimusnahkan oleh seseorang dalam sekelip mata; teruskan membina.Jika kita menemui ketenangan dan kebahagiaan, mereka mungkin cemburu; teruskanlah berbahagia.Kebaikan yang kita lakukan hari ini mungkin akan dilupai esok; teruskan berbuat baik.Berikanlah kepada dunia yang terbaik dan usaha kita mungkin tidak pernah memadai; teruskanlah memberi yang terbaik kepada dunia.Dalam analisis terakhir, ia adalah antara kita dan Tuhan; ia sebenarnya bukan di antara kita dan mereka.(Mother Theresa of Kalkuta,India).

Wednesday, October 7, 2009

Kuasa senyuman!


Salah satu daripada teknik atau pedoman yang paling senang untuk dilakukan jika kita mau orang suka pada kita ialah dengan senyuman. Yaa.....senyumlah kepada orang. Kalau terjumpa kawan atau orang yang kita kenali seperti bekas guru kita, senyumlah. Dan kalau ngam-ngam berpandangan atau bertemu muka dengan orang yang kita tak kenali, bah senyumlah. Begitu juga kalau ketemu atau kena tahan polis dijalanraya Maka, hadiahkanlah dia dengan satu senyuman yang manis sekali supaya dia pun bersifat lembut dan peramah dengan kita. Dan kalau ada orang senyum dengan kita, balaslah senyumannya. DAN kalau terjumpa "musuh" kita, janganlah buang muka, tetapi lemparkanlah sebuah senyuman yang manis. Pasti musuh kita merasa menyesal kerana menyakiti hati kita dulu. Silap-silap mungkin dia minta maaf dan belanja kita makan. Untungkan macam ini! Semuanya kerana kita senyum.
Kalau kau berniaga macam menjual-jual barang-barang di kedai atau tamu, bah, senyumlah kepada pelanggan supaya hati mereka pun lembut lalu membeli apa yang anda jual. Kalau orang tidak pandai senyum lebih baik jangan buka bisnes! Orang biasanya suka membeli di kedai-kedai dimana bukan saja pembantunya pandai senyum tetapi tokey/bossnya pun mudah tersenyum. Inilah kuasa senyuman.

Kalau kita pergi mana-mana ofis atau pejabat, dermakanlah sebuah senyuman sebelum berurusan dengan orang berkenaan. Pasti urusan akan lebih senang dan mengembirakan. Demikian juga bila bercakap dengan orang melalui talipon atau HP, senyumlah....maka, orang yang mendengar disebelah talipon/HP dapat merasakan "kesan senyuman kita." Mereka akan merasa kebaikan dan keramahan kita

Sesungguhnya, senyuman membawa beribu-ribu kebaikan kepada kita dan kepada orang lain. Sebab itu, marilah kita mengamalkannya didalam kehidupan kita setiap hari. Senyumlah! Jangan malu-malu bah! Apa yang dimalukan? Kalau kita malu mengukir senyuman, nanti kena "singkir" orang. Akibatnya, kita tidak ada kawan dan tidak ada orang mau berkawan dengan kita. Jestu itu, senyum-senyumlah selalu!

Sunday, October 4, 2009

Pasal hutang!

Ada orang apa saja pun minta hutang. Duit, garam, gula, beras, minyak....orang macam ini memang bikin pening kepala dan bikin sakit hati. Tapi...sabar sajalah. Marah-marah pun tidak juga bagus. Nanti berasam-asam pula muka. Macam tak kenal pula bila bertemu atau terjumpa. Cuba bawa bertenang dan renunglah secara mendalam betulkah orang yang selalu berhutang pada kau tuu, benar-benar susah atau tidak. Kalau menurut penyelidikan, permerhatian, dan tinjauan anda dia bukanlah orang susah tetapi sengaja tidak mahu belanja wang sendiri maka manasabahlah, kalau lain kali kalau dia minta hutang lagi, TOLAK saja permintaanya secara baik-baik. Tak payah main kasar. Kalu dia minta kasihan pun, JANGAN kasih bah! Kerana dia bukan orang susah. Dia sengaja mau kasi susah saja. Mau senang sendiri. Adakah siok-siok sendiri saja!
Tapi kalau dia memang benar-benar orang susah. Bah! Berilah tanpa banyak merunggut. Bantulah dengan hati yang iklas dan diiringi dengan senyuman yang manis supaya apa yang anda berikan tuu mendatangkan berkat dan kebahagian kepada dirimu sendiri. Orang yang pemurah hati memang diberkati Tuhan. Amin.

Saturday, September 26, 2009

Jaga badan bah!


Dan...bila saya pikir-pikir lagi apa bah yang nombor dua yang terpenting sekali didalam hidup. Maka setelah memeras otak beribu-ribu saat akhirnya saya percaya bahawa perihal "Jaga badan" ini penting ooh! Sabab kalau kita tidak Jaga Badan, nanti sakit-sakit susah juga! Bukan saja diri sendiri yang menderita tapi orang lain pun turut sengsara. Kerana mereka, mau atau tidak terpaksa juga tingu-tingu dan menjaga kita semasa sakit. Maklumlah sayang boh gia....Lagi pun satu keluarga bah! Tapi ..mungkin didalam diam-diam mereka mungkin merunggut-runggut juga kerana penat bah jaga orang sakit lebih-lebih lagi kalau kes yang berat dan teruk! Misalnya sakit dan tidak dapat berjalan: Kasi makan tuh ok lah. Senang.. kasi suap saja. Dan time kasi mandi pun tak berapa susah. Tapi kalo dia mau pegi tandas untuk "melabur." Tada cara lain terpaksa diangkat. Aduh! Bukan main susah. Lepas tuu "saham-saham" yang "dikeluarkan" tuh...bukan wangi ooh!(Huak! Wak! Wak....eee macam mau muntah pula! He he he...). Sebab itu, pandai-pandailah Jaga Badan supaya tidak sakit dan tidak kasi susah orang! Hargailah kesihatan badan. Jangan cari penyakit. Kata orang Pencegahan itu lebih baik daripada berubat! Maklumlah berubat bukan murah oh! Nyawa bah tuu....MAHAL! Jadi, janganlah kita sia-siakan kesihatan badan kita. Pandai-pandailah bah JAGA BADAN Yang di beri oleh Tuhan dengan Iklas. Tada sewa ooh! Free bah!


Macam-macam keburukan dan kesusahan kalau kita sakit, antaranya: Tada selera makan, rasa lemah dan layu, pening kepala, sakit perut, tak dapat tidur dengan baik, tak dapat pegi kerja atau buat kerja, tak dapat pegi sembayang dan mau acara "Aramai Tii" pun susah. Percayalah......tidak SIOK bah kalau sakit. Jadi, tidak rugi bah Jaga Badan atau Jaga kesihatan badan. Banyak kebaikan dan keuntungan kalau kita sihat dan walfiat! Jestru itu, Jagalah kesihatan. Sayang-sayanglah itu badan.


JADI.....Hal Makan, makan juga tapi janganlah berlebih-lebih. Nanti bertambah berat, jadi gemuk mengundang masalah tuh. Senang tau menjadi besar tapi kasi kurang balik susah oh. Susah oh kasi slim balik. Jadi, kalau makan, janganlah ikut nafsu tapi ikut keperluan mah...Dan jangan lupa kalau dah jadi besar berusahalah dengan sedaya upaya untuk kasi kurang itu makanan dan buatlah kerja-kerja yang boleh mengurangkan berat badan. Misalnya jogging, berjalan kaki, berkebun sikit-sikit, atau apa saja aktiviti yang boleh membantu meringankan badan kita.


Pasal minum.....kalau boleh minum puas-puas. Air lah! Bukan yang bikin kasi pening kepala. Tapi kalo mau juga, bah.....sikit-sikit bah. Jangan sampai "ampai-ampai dan kalapik." Janganlah bah main mabuk-mabuk. Bahaya tuu...Lagi pun sakit bah kalau mabuk. Jadi sadang-sadanglah...Jangan talampau kio!Jadi, kalau difikirkan secara mendalam, memang banyak betul keburukan dan kesusahan yang kita akan alami jika kita tidak JAGA BADAN. Jestru itu, marilah menyayangi badan kita supaya sihat dan bebas daripada kesusahan dan penyakit yang merbahaya. Janganlah kita sia-sia pemberian Tuhan. Badan kita adalah hadiahNya kepada kita. Jadi marilah menghargai hadiah ini dengan memeliharanya dengan baik sekali. Pendek kata, marilah kita "JAGA BADAN!"(He he he...)

Thursday, September 24, 2009

Apa bah yang terpenting sekali....?

Saya barabis berpikir,"Apa bah yang TERPENTING sekali didalam hidup ini? Akhir-akhirnya saya yakin bahawa berikut adalah yang TERPENTING sekali adalah mengimani Tuhan Allah. Kerana kalau bukan kerana DIA, manakan kita hidup dan jalan-jalan didunia ini! Jadi, sebagai tanda terima kasih, saya pikir, Baguslah kita mencuba sedaya upaya menjadi orang yang baik-baik. Lagi pun jadi orang jahat pun tidak bagus. Kerana belum mati pun kita sudah kena sumpah-sumpah dan dimaki-maki orang. Dan kalau mati, silap-silap masuk neraka lagi tuu! Orang bilang, sengsara ooh kalau kena masuk disana. Bukan main-main dia punya suhu kepanasan disana. Susah dan sengsara betul kalau kena kasi masuk disana. Kipas pun susah mau cari. Kalau dapat pun tiada guna. Kerana bekalan letrik disana tidak ada bah! Jadi, saya fikir-fikirkan, Bagus lagi jadi orang baik.Kerana belum mati pun sudah hidup aman dan bahagia. Abis tidak kena sumpah dan dimaki orang. Dan kalau mati pun besar kemungkinan masuk tempat yang bukan saja ada letrik dan kipas tapi silap-silap dapat bonus besar lagi. Jangan-jangan dapat bilik yang ber-air-kon; berhawa dingin bah. Masuk surga memang siok bah! Untungkan jadi orang baik! Jadi, pendek cerita, marilah kita jadi orang baik-baik bah. Marilah menyembah Tuhan sepenuh hati dan peganglah dan lakukanlah segala pengajaran-Nya. Dan jauhilah segala jenis kejahatan dan dosa supaya peluang kita untuk menikmati kehidupan dan kebahagian yang abadi adalah cerah sekali. Marilah kita mengingini dan merindui kehidupan di Surga. Amin.

Wednesday, September 9, 2009

Apalah guna....

Apalah guna ada sekolah tinggi-tinggi tapi cara dan gaya hidup macam orang tak pernah ke sekolah!
Apalah guna ada sekolah tinggi-tinggi tapi perangai dan sifat macam orang yang tak ada sekolah!
Apalah guna banyak duit tapi hidup macam orang yang tiada duit!
Apalah guna mengaku sebagai orang yang percaya kepada Tuhan tapi hidup bagaikan orang yang tidak kenal Tuhan!
Bagus lagi itu orang rendah sekolah tetapi baik dan alim!

Thursday, August 27, 2009

Bosan bin Boring


Perasaan bosan atau boring tidak semuanya jahat kerana ada juga perkara yang membosan itu tetapi berguna. Misalnya bosan mencuri lalu bertobat, bosan hisap rokok lalu berhenti merokok, bosan dengan orang yang handsome tapi pembohong lalu berpisah dengannya, bosan dengan wanita yang cantik tapi mata duit lalu memutuskan percintaan, bosan tidak ada kerja lalu mencari kerja dan sebagainya. Jadi, ini bererti kadang-kadang merasa bosan pun ada juga kebaikannya asalkan ianya ditangani secara baik. Dimana perasaan bosan itu diarah kepada suatu yang positif dan kebaikan.

Monday, August 24, 2009

Bahagia atau tidak.


Samada anda hidup dengan bahagia atau tidak, ini adalah bergantung kepada keinginan anda untuk memilih diantara satu. Kalau keinginan anda untuk hidup bahagia maka, anda akan berusaha sedaya upaya dengan penuh kesabaran dan ketekunan untuk memajukan diri anda demi menikmati kehidupan yang bahagia.

Sunday, August 23, 2009

Surga

Banyak orang mahu masuk Surga tetapi kehidupan
mereka setiap hari bagaikan orang yang tidak
mahu masuk Surga. Jadi, kalau ada niat yang suci, jadilah manusia yang beriman, taat dan setia kepada Tuhan supaya ada peluang yang besar dan cerah ke Surga.Amin.

Friday, August 21, 2009

Yang penting siap bah!



Tidak ada masalah atau kerja yang terlalu susah untuk diselesaikan jika ianya dipecahkan atau dibagi-bagikan kepada kerja kecil-kecil. Misalnya mengangkat 50 kg beras sekali gus memang berat dan susah. Tapi jikanya dibagi-bagi kepada 25 kg dan diangkat dua kali, maka ianya senang, mudah dan tidak memenatkan. Jadi, kerja yang berat dan susah,buatlah sedikit demi sedikit. Meskipun mungkin lambat sedikit,tetapi yang penting siap dan bahagia!