Tuesday, February 21, 2012

Harta & wang.

Harta & wang adalah menjadi "kegilaan" umat manusia. Manusia berusaha & bertungkus-lumus utk mendapatkan harta & wang yang banyak. Kerana ingin bergelar org kaya. Meskipun, hal ini tidaklah dilarang tapi kita janganlah terlalu tertumpuh kepada hal mengumpul harta & wang sehingga perkara yang penting sekali didalam hidup kita lupa.

Jangan LUPA TUHAN ALLAH. Lupa mencari & mengumpul harta & wang tidak apa. Tapi jangan sekali-kali lupa pada TUHAN ALLAH. Kerana diakhir hidup, kita akan bertemu dengan-NYA.

Kalau kita ada rezeki yang banyak sehingga mendapat harta & wang yang banyak, jangan lupa melakukan kebajikan kpd orang-orang yang miskin dan memerlukan. Ingatlah harta & wang yang kita dermakan secara iklas kpd orang lain akan menjadi "harta surgawi." Sebab itu, janganlah lalai didalam hal menderma. 

Ingatlah harta & wang tidak akan kita bawa mati, yang kita bawa adalah iman dan perbuatan amal kita. Jestru itu, berimanlah sepenuh hati kepada Tuhan Allah dan jangan lupa melakukan kebajikan kepada sesama manusia semasa hidup di dunia ini.