Thursday, February 13, 2014

TAK perlu kebenaran..UNTUK MAJU

Jika anda ingin mahu didalam hidup anda tak perlu kebenaran dari sesiapa pun untuk melakukan sesuatu yang dapat memajukan dirimu sendiri. Buat saja asalakan jalan yang anda pilih untuk memajukan diri tidak melukakan sesiapa pun termasuk dirimu sendiri. Jangan takut untuk melakukannya asalkan anda pasti bahawa  cara yang anda pilih itu tidak merosakkan dan tidak membinasakan sesiapa pun. Mungkin jalan  anda pilih itu cara baru lalu timbullah keraguan tapi teruskan saja. Yang penting tujuan anda memilih jalan itu adalah bermaksud   yang baik dan jujur.  Dan bukan dengan tujuan yang jahat. Teruskan saja kerana anda tidak tahu samada cara itu berkesan atau tidak selagi anda tidak mencubanya. Seandainya menemui kegagalan sekurang-kurangnya anda tahu bahawa jalan yang anda pilih itu membawa kegagalan dan dengan ini anda dapat mencari cari yang lain dan baru untuk mencari kejayaan. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Cuba dulu barulah tahu hasilnya.
 
Sesungguhnya  ketakutan untuk mencuba sesuatu yang baru melambatkan kemajuan diri sendiri. Ingatlah bahawa orang-orang yang mendapat kejayaan dan kemajuan didalam hidup mereka adalah orang-orang yang terus berusaha dan mencuba berkali-kali sehinggalah mereka mendapat apa yang mereka mahu capai didalam hidup mereka. Kegagalan tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya kegagalan itu mereka jadikan  sebagai "minyak pendorong" untuk terus  berusaha untuk mencapai apa yang mereka idam-idamkan didalam hidup. Maka dengan itu TERUSKANLAH PERJUANGAN UNTUK MEMAJUKAN DIRI SEHINGGA BERJAYA DAN BAHAGIA.