Friday, October 25, 2013

Berkat Berdoa..

Kalau kita  percaya kepada Tuhan Allah maka, berdoalah selalu secara tetap dan konsisten dengan tujuan  untuk menyembahNya, memujiNya, memohon sesuatu daripadaNya, dan bersyukur kepadaNya atas segala perkara yang dinikmati didalam hidup ini.

Orang yang rajin berdoa biasanya lebih rendah hati, lebih penyabar, lebih menyayangi, lebih dermawan, jarang jatuh kedalam dosa-dosa yang berat, bersifat lebih jujur dan iklas, lebih setia, lebih mudah mengampuni, lebih bersopan didalam percakapan dan perbuatan, lebih menghormati dan mencintai sesama manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan pegangan dan  lebih rajin membaca dan merenung Kitab Suci. Malah lebih daripada itu. Kerana ada orang beriman yang sungguh-sungguh luarbiasa. Misalnya melakukan kerja-kerja  amal dan kebajikan kepada orang lain lebih daripada kebiasaan orang lain.

Yaaa...demikianlah "BERKAT DAN PAHALA" yang Tuhan Allah berikan kepada orang-orang beriman yang rajin beribadat kepadaNya. Jestru itu, marilah kita mencuba sedaya-upaya supaya rajin berdoa agar kita lebih diberkati dan diredai oleh Tuhan Allah yang Maha Esa. Amin.

Monday, October 21, 2013

Jangan jual..

Kalau ada sebidang tanah yang memang hak-milik keluarga sejak dahulu-kala maka baiklah dipertahankan dan dikekalkan. Jangan jual kerana bukan senang untuk mendapatkan tanah dimasa kini. Susah bah! Jadi, walau apapun masallah yang dihadapi didalam hidup, jangan sekali-kali jual tanah milik sendiri. Lebih baik tanah itu diusahakan sendiri dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Atau  disewakan dengan perjanjian bertulis yang jelas dan betul. Ini adalah untuk mengelak daripada ditipu. Jangan main cakap saja kerana cara ini bila-bila boleh berubah  kerana dipertikaikan dari semasa ke semasa. Jadi, tulis itu perjanjian yang dipersetujui bersama. Lebih baik kalau pakai peguam atau lawyer. Lebih terjamin dan selamat. 

Janganlah kerana gara-gara mahu "cepat kaya" maka tanah pusaka menjadi mangsa. Ingatlah tanah yang dijual pergi selama-lamanya dan wang yang didapati hasil daripada jualan tanah takkan berkekalan. Ianya boleh habis dan lesap didalam sekelip mata saja. Maka dengan itu, jagalah tanah pusaka keluarga dengan baik. Jangan jual.

Bah! Sayangilah harta-pusaka yang diturunkan oleh nenek-moyang. Jangan sia-siakan pemberian dan titik-peluh mereka.

Sunday, October 20, 2013

Hai Anak-anak...

Hai Anak-anak, janganlah  kamu kuat melawan ibubapa. Sayangilah dan hormatilah mereka. Dengarlah nasihat dan teguran mereka Dan jangan kecewakan dan lukakan hati mereka terutama sekali dihari-hari tua mereka. Ingatlah bahawa TANPA mereka, kamu tidak akan ada didunia ini. Tetapi Kerana mereka berkerjasama dengan TUHAN dan mencinta kamu maka, kamu wujud didalam dunia ini.Jestru itu, hargailah jasa mereka, dan cintailah mereka sepanjang hidupmu. 
YAAA..........tanpa ibubapa siapalah kita!