Saturday, December 24, 2011

Yang pasti didalam hidup ini...

Memang banyak sekali yang tidak pasti didalam hidup ini namun kita boleh menyatakan bahawa ada beberapa perkara yang pasti terjadi didalam hidup kita ini, antaranya ialah:
1.Yang bermula pasti akan berakhir: Hal/perkara ini dapat kita lihat atau perhati didalam banyak perkara. Yang paling nyatalah semua orang yang hidup didunia ini suatu hari nanti akan mati-masuk kedalam kuburan.
2.Harta-benda: Segala titik peluh kita utk bertungkus-lumus utk mengumpul harta-benda yg dianggap suatu "kekayaan" akhir-akhirnya kita tinggalkan begitu saja apabila kita meninggalkan dunia ini. Jadi, jangalah terlaku gila mencari harta-benda.
3.Kecantikan atau ketampanan kita tidak akan berkekalan kerana bila kita sampai  kpd tahap org tua-tua, muka dan wajah tetap berkeropot juga!
4.Kepintaran dan kepandaian kita pun ada hadnya kerana bila kita sudah benar-benar tua alias nyanuk, kita mana lagi pandai. Pelupa sudah bah!
5.Badan yang sihat dan tegap pun akan lenyak begitu saja. Ini pasti terjadi apabila kita mati dan badan kita menjadi rebut dan menjadi tanah. Jadilah....janganlah terlalu sombong kerana cantik atau tampan. Kerana semua itu akan berakhir.
Pendek kata, yang benar-benar  pasti yg akan terjadi didalam hidup kita ialah kita akan MATI BAH SUATU HARI NANTI. SEBAB ITU, SEDIA-SEDIALAH SEBELUM TERLAMBAT. Imanilah Tuhan Yesus sepenuh hati dan cintailah Tuhan Allah seiklas hati dan sayangilah sesama manusia dgn baik. Dan Bertobatlah dan buatlah yang baik-baik sebelum kematian menwarni kehidupan kita. Amin.

Saturday, December 17, 2011

Buatlah yang terbaik....

Kebiasaan dan kecenderungan kita selaku manusia ialah membuat sesuatu hal atau kerja  adalah berdasarkan kepada  fikiran "asal siap".  Dimana cara kerja seperti ini tidaklah begitu mementingkan kualiti dan mutu hasil pekerjaan. Kerana yang dianggap penting ialah kerja itu siap dan ini membuat mutu kerja itu tidak begitu baik pun tidak begitu diperdulikan. Ini adalah satu cara kerja yg tidak baik dan merugikan. Kerana kerja yang tidak dibuat dengan baik memyebabkan hasil kerja itu tidak tahan lama dan tidak bermutu. Maka ianya akan mudah rosak dan terpaksa dibuat lagi. Bila keadaan ini berlaku, bukan saja masa terbuang tetapi kos atau biaya pekerjaan juga bertambah. Ini bukan saja menyusahkan tetapi benar-benar membazir tenaga dan kewangan. Jestru itu, kita haruslah belajar dan jadilah berkerja dengan baik sebagai pegangan didalam hidup kita supaya mutu dan hasil pekerjaan kita baik dan diakui serta dihormati.

Sifat berkerja dengan baik sesungguhnya menguntungkan semua pihak dan mengembirakan semua pihak juga. Sebab itu, kita mesti buang tabiat "asal siap." Kita mesti belajar melakukan sesuatu hal atau kerja dengan baik agar mutu pekerjaan terjamin dan martabat diri kita tetap disanjung dan dihormati. Jestru itu, marilah kita buang sifat pekerjaan yang tidak baik kerana ini bukan saja merugikan tetapi ianya juga bertentangan dengan  pengajaran agama dan menyimpang dari nilai-nila etika pekerjaan. Sebab itu, kita mestilah bekerja dengan baik kerana kita dibayar atau digaji bukan untk memberi pekerjaan atau perkhidmatan yang buruk dan tak berkualiti tetapi, kita diberi upah untuk berkerja dengan baik dan menghasilkan mutu kerja yang baik. Jadi, Jangan malas dan jangan main-main berkerja. Kerjalah baik-baik! Pendek kata, bila membuat sesuatu hal atau kerja, buatlah yang terbaik!

Sunday, November 13, 2011

Berpura-pura..

Berpura-pura adalah satu drp  sifat yang tidak baik dan merugikan diri sendiri. Misalnya bila ada "Boss" ada beberapa pekerja bekerja pun berlakun. Mereka mau tunjukkan kpd "Boss" bahawa mereka adalah pekerja yg rajin dan baik. Jadi, mereka pun kerjalah bagus-bagus. TETAPI bila "Boss" tidak ada, mereka bertukar rupa & sifat. Mereka tidak berkerja dgn baik. Mereka malas dan banyak bercerita drp berkerja. Bila kedapatan maka mereka memberi perbagai alasan: penatlah(Mmg berkerja penat bah! Adakah kerja tak penat?, Panaslah(Mmglah panas kerana bukan kerja didalam ofis/pejabat), gaji kecillah(Macam mana nak kasi  naik gaji kalau mutu & kualiti kerja tak baik) dan macam-macam lagi alasan.

Macam juga tuu budak-budak sekolah/para pelajar ada yg  pura-pura pegi sekolah tapi tak sampai kat sekolah kerana "ESCAPE" pegi jalan-jalan atau lepak-lepak sanaaaa...Supermarket atau bangunan perniagaan. Patut utamakan pelajaran supaya masa hadapan pun cerah  utk mendapatkan pekerjaan yg baik & bergaji lumayan.

Ada juga org pura-pura didalam hal percintaan & perkahwinan. Dah kahwin dan beranak pun masi lagi "main kayu tiga"(Kena pukul dgn kayu besar baru tau!).

Bah! Janganlah main pura-pura. Buat yang betul-betul bah. Jangan berlakun. Jgn main wayang. Yang rugi tuu diri sendiri juga. Sebab itu kalau mau buat sesuatu buatlah dgn iklas dan jujur. Jgn kasi buduh org lain dan diri sendiri.  Buatlah yg betul-betul punya. Barulah kita dihormati orang dan kita pun dipercayai dan disenangi oleh orang. Jadi, janganlan berpura-pura. Jangan berlagak. Kalau tak tahu, kasi tahu tak tahu supaya org buli tolong mah. Atau org pun tak mengharap apa-apa dari diri kita. Kalau tahu, jangan pula berbohong. Pura-pura pula tak tahu pada hal pandai. Jgn "kuburkan" kepandaian & pengetahuan anda. Tolong bah org lain kalau tahu. Jgn bersifat kedekut.

Jadi, Buatlah yang terbaik & yang betul. Jangan asyik berpura-pura atau berbohong atau temberang nanti diri sendiri juga yang rugi  dan merana. Jujur dan iklaslah didalam segala hal.

Thursday, September 15, 2011

Pedoman am...

1.Bah...kalau ada kerja, kerjalah bagus-bagus. Jangan malas...Ingatlah gaji diberikan bukan untuk kemalasan tetapi pekerjaan yang dijalankan. Jadilah pekerja yang baik,iklas & jujur. Barulah padan menerima gaji setiap bulan.
2.Bah...dah kahwin jadilah suami atau isteri yang baik. Janganlah dah berkahwin pun masi hidup macam orang bujang. Ingatlah tanggungjawap sebagai orang yang dah berkahwin.
3.Bah..kalau ada duit, pandai-pandailah berbelanja. Gunakan wang untuk kebaikan ahli-ahli keluarga. Jangan asyik kasi belanja kawan-kawan dan orang lain sedangkan ahli-ahli keluarga sendiri diabaikan. Jangan begitu bah!
4.Bah...baguslah berhenti merokok. Membakar duit bah tuu dan bikin sakit. Berhentilah sebelum "KO" gara-gara merokok. Berhentilah supaya hidup lebih "OK."
5.Bah...Janganlah gara-gara dah  bergelar "Tuan" dan kaya lupa pula  Tuhan. Ingat-ingatlah bahawa TUHAN LEBIH PENTING  daripada gelaran "Tuan."

Saturday, September 10, 2011

Tinggal & Meninggal

Kita tinggal didunia ini bukanlah untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini. Sama ada kita telah menjadi manusia yang berjaya atau gagal, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin....kita semua akan pergi. Satu per satu kita akan pergi. Kemana? Sudah pasti badan kita akan menuju kepada tanah perkuburan tetapi roh kita kembali ke hadapan Pencipta kita iaitu Tuhan Allah yang Maha Esa. Sebab itu, kita harus usahakan dan mencoba sedaya-upaya menjadikan kehidupan semasa tinggal di dunia ini suatu kehidupan yang baik, bermoral, beragama dan setia kepada Tuhan sampai kepada hafas kita yang terakhir. Kerana meskipun kehidupan didunia ini akan berakhir tetapi selepas kita meninggalkan dunia ini, kehidupan kita akan bermula iaitu satu kehidupan yang baru. Tetapi semasa ada baik atau jahat, bahagia atau sengsara kehdiupan kita selepas kita meninggalkan dunia ini adalah bergantung kepada kehidupan kita semasa hidup didalam dunia ini. Sebab itu, marilah kita menjadi manusia yang sungguh-sungguh menyembah Tuhan Allah dan mengikut segala Pengajaran-Nya sesuai dengan tunjuk-ajar yang diberikan oleh Tuhan Yesus, Anak Allah yang dihantar-Nya bukan saja untuk mewartakan Khabar Gembira tetapi bertindak selaku Penebus dosa dan Penyelamat umat manusia.
Secara am, Tuhan Yesus mengajar kita utuk mencintai Tuhan Allah segenap hati kita dan mencintai sesama manusia seperti kita mencinti diri kita sendiri(Injil Markus 12:28-31). Kegagalan kita untuk metaati Pengajaran Tuhan bererti kegagalan kita mencintai Tuhan dan sesama manusia dan ini adalah satu dosa besar. Sebab itu marilah kita, jauhkan dosa dan segala jenis kejahatan kerana dosa mendatangkan maut( Yakobus 1:15). Jestru itu, marilah kita tinggal baik-baik semasa hidup didalam dunia ini supaya apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan ketinggalan utuk memasuk Kerajaan Surga. Amin.

Thursday, August 18, 2011

Jalan terus....


Kata-Kata pendorong dan pembangkit semangat diatas ini kira-kira boleh diterjemah seperti berikut: Tidak apa bah tuu, bagaimana lambat sekali pun kau berjalan asalkan kau tidak berhenti! Kata-kata ini memang ada kebenarannya tapi kalau kita mampu berjalan laju sikit, jalanlah laju sikit supaya cepat sampai. Tapi kalau ada masalah, bah palan-palan jalanlah yang penting tak berhenti. Jalan terus meskipun ada rintangan.  Pendek kata, jangan mudah berputus asa. Teruskan perjalanan dan perjuangan. Ingatlah bahawa ketabahan dan kesabaran adalah kunci kejayaan dan kemajuan. Kalau mahu maju, kita mestilah berjalan terus meskipun langkah tuu kecil saja. Yang penting kita mulakan langkah pertama kerana perjalanan seribu kilometer bermula dengan langkap pertama. Jalan punya jalan lama sampai juga; Buat punya buat akhirnya siap juga tu karaja! Jangan mengaku kalah sebelum mencuba. Jangan takut bah untuk mencuba dan belajar perkara yang baru.

Monday, August 8, 2011

Hal Marah.

Marah memang buli tapi mestilah ada sebabnya dan alasan untuk marah pun manasabahlah. Janganlah main marah-marah; Jangan sikit-sikit marah. Tak baik bah main marah-marah orang. Bikin panas hati bah tuu kalau kena marah. Dan sakit hati bah tuu kalau kena marah terutama sekali kalau kena marah tanpa alasan. Jadi, sebelum marah orang, fikir-fikirlah samada tindakan  itu manasabah atau tidak. Tapi kalau boleh kita janganlah main marah-marah kio. Bagus lagi kalau orang buat kesalahan atau kesilapan kita tegurlah bagus-bagus, barulah kita dihargai dan dihormati. Dan teguran itu besar kemungkian berhasil. Kerana biasanya orang mendengar teguran yang baik. Jadi, Cakap bagus-baguslah kalau mau tegur orang.

Jangan main teriak-teriak atau main maki-maki kerana cara ini tak akan berhasil dan tidak akan didengar orang. Kerana Cara ini tak baiklah. Jadi, Cakaplah dengan sopan dan dengan suara yang terkawal; ada kesabaran.

Biasanya, kalau kita main marah-marah, orang pun akan panas hati dan kemungkinan akan marah balik. Dan ini boleh mengakibatkan "perang lidah" atau perang mulut. Sebab itu, elakkan main marah-marah supaya permusuhan dan kebencian tidak timbul. Sebaliknya cakaplah bagus-bagus supaya persahabatan dan kehormanian sesama dapat dikekalkan. Musuh jangan dicari dan kawan pula jangan disakiti hatinya. Ok, demikianlah perkongsian hari ini. Bah! Jangan marah-marah ah....

Thursday, July 21, 2011

Jangan salahguna bah!

Kalau pandai, janganlah salahguna itu kepakaran untuk kasi jahat atau buruk atau kasi rugi sama orang lain. Ada orang yang pandai didalam dunia Internet, mereka salahgunakan kepandaian mereka dengan menghantar maklumat yg jahat kepada orang lain atau kawan-kawan mereka dengan menggunakan nama orang lain atau nama kawan sendiri atau nama ahli keluarga mereka. Mereka menyembunyikan identiti/nama mereka sendiri dan orang lain yang mereka kenakan! Misalnya, menghantar "VIRUS" kepada orang lain supaya rosak sistem komputer mereka; menerbitkan gambar atau "upload" gambar/clips video yang diubah-suai dengan tujuan untuk memalukan atau  memburuk-burukkan orang lain. Sesungguhnya, perbuatan dan tindakan seperti ini adalah  jahat, tak bermoral dan berdosa!  Hentikanlah perbuatan ini. Jestru, Gunakanlah kepandaian dan kepakaran anda untuk membuat kebaikan dan membawa kebaikan kepada sesama manusia. 

Ingatlah.....apa yang kita tanam, begitulah buahnya yang akan kita dapat. Jadi, kalau kita menjahat-jahatkan orang lain yang tak bersalah kepada kita, suatu hari nanti kita akan "kebalikan" juga bah tuu dengan perbuatan kita sendiri. Kata orang, "buat baik berpada-pada, buat jahat, sekali jangan." Bah! Bagus-bagus bah kita hidup didunia nii. Jangan buat jahat bah! Tidak bagus tuuu...


Friday, May 20, 2011

Kasi beranak wang@duit.

Kebanyakan kita bukanlah mempunyai pendapatan atau gaji yang banyak sangat. Dan biasanya apa yang kita terima atau dapat kebanyaknya dibelanjakan untuk keperluan  didalam rumah. Cukup juga lah tapi kadang-kadang hampir-hampir tak cukup. Ada tinggal sikit-sikit dan nii simpang dimana? Bank? Bagus tu. Selamat dan terjamin. Hujung tahun "bunga wang" dapat berapa? Sikit saja? Terlalu sikit?

Kalau kita menyimpang wang di bank secara "simpanan biasa" tak hairanlah bunganya sikit saja. Biasanya 1%  aje bah tuu.Mau lebih sikit? Bah cuba "simpanan Tetap(Fixed deposit). Ini  bunganya lebih sikit dari simpanan biasa. Selalunya dapatlah 3 %. Tapi ada yang lebih baik daripada ini iaitu membeli AMANAH SAHAM  BUMIPUTERA(ASB). Ini barulah ada banyak sikit bunganya. Tahun-tahun biasanya 5% keatas bunga ada  ada bonus free lagi tuu. Ini barulah lumayan. Dulu pernah bunganya sampai 10% bah!

Walau bagaiman pun ada had atau limit untuk membeli saham ini. Hadnya RM200 ribu. Tetapi masih lumayan bah tuu. Jesteru itu, kalau anda mau  "wang free" melaburlah didalam ASB atau mana-mana saham yang mendatangkan faedah/bunga yang lebih baik dari simpangan biasa & FD.

Akhir sekali, simpan sikit-sikitlah kat Akaun Simpanan Biasa untuk keperluan sehari-hari. Tapi untuk jangka masa yang panjang dan untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik daripada wang anda, baguslah simpan  lebih banyak didalam Akaun Amanah Saham Bumiputera. Kalau ada duit simpanlah,  sikit-sikit pun tak apa, yang penting ada menyimpan atau menabung wang demi kedudukan kewangan yang lebih baik dan kukuh. Inilah yang dikata Bijak Menyimpan.......Ingatlah kalau dah simpan duit kat bank atau beli saham, janganlah balik-balik korek .......nanti  tak dapat menikmati hasil dan bunga wang tersebut.  Sabar-sabarlah. Tungguh sehingga wang dah berbunga barulah kasi keluar sikir-sikit mengikut keperluan. Inilah yang dikatakan Bijak menimpan bah...Hehehehe...OK! Selamat menabung wang...dan jangan lupa beli saham  ASB! Inilah cara kasi beranak duit@wang yang mudah dan senang dan menguntungkan lagi tuu....Cubalah kiooo....

Wednesday, May 18, 2011

Jangan....

Kehidupan hari ini banyak sekali yang boleh membuat kita terpengaruh dengan iklan-iklan yang mempamerkan dan mengajak kita agar memiliki apa yang mereka iklankan. Mereka menawarkan perbagai pilihan yang konon-konon membuat hidup lebih senang dan menyeronokkan. Meskipun memang ada  juga kebenaran sikit-sikit apa yang mereka perkatakan tapi tak sepenuhnya. Kerana kalau kita terlalu terpengaruh dgn iklan-iklan berkenaan maka "bingkarap"(muflis) lah...kita. Jestru itu, janganlah mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan perbagai  barangan yanga  menarik dan canggih. Apa yang penting kita utamakan didalam kehidupan ialah memastikkan kita sentiasa mempunyai keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal(rumah sendiri bah!). Barang-barang yang lain bulilah dianggap perkara kedua atau ketiga. Kalau kita ada kemampuan dan barang itu memang  membawa kebaikan didalam hidup misalnya kereta(2nd hand pun OK bah tuu, yang penting ada kurita dan tak berhutang!).Maka dapatkan satu kereta tapi tak payah bergaya betul kecuali mampulah. Cukuplah ada kereta biasa-biasa saja yang penting ada untuk dipakai pegi karaja atau pergi sembayang atau pegi makan angin. Jgn terlau bergaya, lalu membeli kereta yang mahal-mahal tetapi membebankan & menyusahkan diri kerana setiap bulan terpaksa  membayar bayaran ansuran kereta yang tinggi. Bah...Beli dulu yang sederhana bah. Dah kukuh ekonomi, barulah beri yang buli-buli sikit. Dah .....tu barulah beli yang memang ada "klass" lah.(Hehehe..).

Bah, apa yang ini ditekan didalam sharing kali ini ialah jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan. Kita mesti bertindak bijak didalam hal untuk memiliki sesuatu. Kerana kalau tak hati-hati didalam hal berbelanja, nanti kedudukan kewangan akan mudah "kering" dan terjadilah kemarau panjang tanpa kewangan yang kukuh. Jestru itu, sebelum berbelanja, fikir-fikirlah samada barang yang ingin dibeli atau dimiliki itu benar-benar kita perlukan atau tidak. Dan  tidak menjejaskan dan "membahayakan" kedudukan kewangan anda. Jadi, pandai-pandailah membeli dan jgn terlalu "boros" nanti sekejap saja bocor dan kering itu dompet.

Akhirsekali, Kata orang: "Segala-gala didalam hidup pakai wang tapi wang bukanlah segala-gala didalam hidup. Kerana ada yang lebih penting daripada wang." Apa tuu? TUHAN LAH BAH! Heheheh...

Thursday, March 31, 2011

Satu satu bah!

Bila banyak kerja yang perlu disiapkan macam binggung pula yang mana satu yang  perlu dibuat dulu kerana macam semua pun penting dan semua pun perlu disiapkan dengan cepat. Tak payah panik sangatlah. Lihat dan selediki semua kerja yang perlu dibuat dan buat pernilaian berdasarkan kepada :
1) Penting sekali dan perlu dibuat dengan cepat;
2) Penting sekali tapi tak mendesak;
3) Penting tapi boleh ditunda sehingga beberapa hari/minggu
4) Tak penting boleh ditunda sehingga bulan/tahun depan.
Jadi berdasarkan kepada panduan diatas, buatlah kerja anda menurut kepentingannya. Jangan terburu-buru nanti kerja tak baik terpaksa dibuat lagi. Ingatlah bila mau buat sesuatu kerja, buatlah sebaik-baik yang mungkin supaya ianya berkualiti, bermutu, dan tak perlu dibuat berkali-kali. Sekali aje buat, dah OK dan bagus lagi tuu..

Janganlah buat kerja alang-alang atau "sinsai-sinsai" . Kerja yang kurang bermutu dan tak bagus nanti terpaksa dibuat lagi dan lagi. Hal ini menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kita dan membajir masa serta merugikan kepada kedua-dua pihak. Dan satu lagi, jangan buat dua kerja didalam masa yang sama. Jangan ikut itu peribahasa "sambil menyelam minum air." Nanti sakit minum air yang tak dimasak, kan rugi sendiri! Jadi buat kerja satu, satu bah! Dan buat baik-baik. Ini macam barulah ada mutu kerja dan berkualiti dan orang pun harap & percaya kepada keupayaan & mutu kerja kita. Dengan reputasi dan maruah diri terjaga dan terpelihara malah tersebar luas. Nah, kan baik macam nii, banyak orang hormat kita kerana buat kerja baik-baik. Kalau buka bisnes pasti laku punya! Hehehe...

Thursday, February 24, 2011

Fikir-fikirlah...

Kebanyakan kita bukanlah kaya sangat. Tapi tidak juga miskinlah. Inilah yang dikatakan kita ini adalah orang yang berpendapatan sederhana. Cukup makan dan tak juga kebuluran atau kelaparan. Pendek kata kita mempunyai dan memiliki keperluan asas yang kita perlukan. Tapi yang anehnya, banyak diantara kita yang berpendapatan sederhana  atau miskin  mempunyai tabit yang tidak sihat dan buruk. Dua tabit yang biasa melanda dikalangan orang-orang sederhana dan termasuk juga orang-orang miskin ialah tabiat  suka merokok dan meminuman keras secara berlebihan. Inilah "penyakit" yang sebenarnya boleh dibendung dan diatas  tapi terlalu sayang ditinggalkan oleh para pegamal dan perlakunya. Kenapa? Tak sayang nyawakah? Susah sudah mau kasi tinggal? Sakit kalau tak merokok? Sakit kalau tak minum?

Yaaa.....kalau kita tak rela untuk berhenti merokok  dan meninggalkan minuman keras, sudah pasti kita mempunyai seribu macam alasan untuk mempertahankan tabit kita yang berguna dan tak berfaedah ini. Tapi fikir-fikirlah.....kebaikanya untuk berhenti. Ingatlah mungkin kesengsaraan dan ketidak-selesaan dialami  untuk beberapa hari apabila berhenti merokok tapi ianya berbaloi dijangka masa yang panjang. Misalnya Pertama,  tidak akan mendapat penyakit yang ada kaitan dengan tabiat merokok. Kedua, kita dapat menjimatkan wang yang digunakan untuk membeli rokok atau minuman dan wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berguna.

Jadi, fikir-fikirlah perkara ini. Ubahlah tabiat  yang merugikan  kepada tabiat  yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat,  lebih aman, senang dan bahagia.

Wednesday, February 16, 2011

Realiti Kehidupan 2

+ Bahawa suatu hari nanti kita akan pergi daripada dunia ini. Kita akan mati! Inilah realiti kehidupan yang kita tidak dapat nafikan dan sangkalkan. Ia pasti akan terjadi.

+ Jadi untuk menghadapi reliti ini maka marilah kita mempersiapkan diri dengan sentiasa melakukan yang baik dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa.

+Dan sembahlah Tuhan sepenuh hati dan gengamlah pengajaranNya segenap hati.

+Jangan main-main didalam hal mempercayai dan beriman kepada Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan itu tidak dapat dipermain-mainkan. Dia tahu dan Dia melihat. Dia bukan buta!

Monday, January 24, 2011

Realiti kehidupan 1

Kehidupan ini adalah pemberian Tuhan Yang Mahas Esa,
maka dengan itu gunakanlah kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Jangan sia-siakan kehidupan ini dengan membuat perkara-perkara
yang tidak berguna dan tidak berfaedah. Buatlah kebaikan
sebanyak yang boleh dan elakkan kejahatan dan dosa!

Thursday, January 13, 2011

Sihat atau sakit.

Dimasa muda, ingat-ingatlah masa akan datang iaitu masa tua. Sebab itu, dimasa muda jagalah kesihatan supaya tidak ada masalah kesihatan dimasa tua nanti. Ini bererti kita mesti mengambil beberapa langkah yang asas bagi menjaga kesihatan kita. Jadi,  untuk tujuan ini tiga  perkara yang penting  perlu kita jaga: Pertama, jagalah makanan dan minuman. Jangan terlalu memakan makanan yang boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas misalnya makanan yang berminyak dan masin-masin. Makanlah  mengikut keperluan bukan mengikut sedap mulut. Demikian juga dengan minuman, jangan terlalu meminum minuman yang manis-manis dan yang beralkohol atau yang "bikin mabuk" nanti rosak badan. Maka dengan itu, kalau makan, pandai-pandailah mengawal itu "nafsu makan" dan kalau mau minum sikit-sikit bah!

Kedua, jangan malas bersukan. Aktiviti untuk mengeluarkan peluh badan adalah penting sekali. Sebab itu luangkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 kali seminggu untuk tujuan ini. Tapi lebih baik jika kita dapat  bersenam atau bersukan setiap hari. Kita perlu bersenam demi memastikan  kesihatan terjamin. Dan akhir sekali, berhentilah "main asap." Tidak bagus bah itu merokok. Didalam jangka masa yang panjang perbuatan merokok ini bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir wang. Jestru itu, berhentilah merokok dan kalau belum pandai "main asap", jangan belajar merokok.

Jestru itu, marilah kita menjaga kesihatan badan kita. Kerana kalau kita sakit bukan saja  diri sendiri yang menderita dan susah tetapi kita juga menyusahkan orang lain terutama sekali ahli-ahli keluarga. Ingatlah bahawa  banyak belanja bah tu kalau sakit.

Jadi, dimasa-masa muda dan apa lagi kalau dah tua jaga-jagalah diri agar sentiasa sihat dan walafiat. Kerana kalau  badan sihat hati pun senang bah!!

Monday, January 3, 2011

Berkobar-kobar semangat tapi...

Pada permulaan Tuhan Baru banyak orang berkobar-kobar semangat membuat resoluti atau melakukan apa yang dirancang seperti kurangkan berat badan, lebih sabar, berhenti merokok, kurangkan minum-minuman keras, lebih loving, rajin ke Gereja, tetap berdoa, meluangkan masa untuk membaca Alkitab, tak mau berjudi lagi, luangkan banyak masa dengan anak-anak sendiri, merapatkan kasih-sayang  dengan sumai/isteri, kerja kuat, simpan lebih, kurangkan belanja dengan tidak membeli barang-barang tak begitu diperlukan dan sebagainya...Pendek kata, mahu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada tahun yang lalu. Tapi setelah beberapa hari di tahun yang baru ini, apakah semangat itu masih hidup? Masih berkobar-kobar? Atau dah mula kembali kepada kebiasaan seperti tahun lalu? Dah mula merokok lagikah? Marah-marah lagikah? Miss ke Gerejakah? Dan seterusnya....

Membuat janji atau resoluti memang mudah & senang sekali tapi untuk menunaikannya dan melakukannya setiap hari adalah satu cabaran yang besar sekali. Sebab itu, apa yang telah dirancang haruslah diperjuangkan dengan sepenuh hati. Jangan mudah mengalah. Jangan mudah putusa asa. Teruskan perjuangan meskipun dah gagal beberapa kali. Bangun & Bangkit lagi! Cuba lagi.....Jangan lemah semangat. Teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan. Semoga apa yang dirancang dapat dicapai dengan baik. Kalau tak dapat 100% pun tak apa asalkan dapat mencapai beberapa peratus(%) misalnya 80% atau 50% atau 40%. Dapat sesuatu dah memadai daripada langsung tak dapat apa-apa. Maka dengan itu, teruskan perjuangan yang sudah dirancang. Tabahkan hati dan teruskan perjuangan. Semoga diakhir tahun ini, anda dapat berbangga dan merasa puas hati kerana mencapai sesuatu meskipun tak seratus peratus. Selamat terus mencuba dan terus berjuang. Good luck & God bless.